Rancangan Pengajaran Harian

  • Published on
    11-Dec-2014

  • View
    66

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 20.3.2013 Masa : 08.15 09.15 ( 60 minit) Tahun : 5 Zuhal Bilangan Murid : 35 orang Tema : Cerita Binatang dan Pahlawan Tajuk Pelajaran : Arnab dan Kura-kura

OBJEKTIF PELAJARAN :

Pada akhir pelajaran murid dapat : Menyenarai dan menyusun lima isi penting mengikut urutan cerita yang terdapat dalam bahan petikan yang telah dibaca. Menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan menggunakan pelbagai ayat. Membaca tiga daripada lima ayat tunggal yang dicatat pada kad ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Utama : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.Aras 1 (i) : Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan : 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.Aras 2 (i) :Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis pola ayat.

5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) :Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa mendengar dan membaca cerita-cerita binatang daripada pelbagai sumber. Sistem Bahasa: Tatabahasa : ayat tunggal Kosa kata : tekad, juara Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sains dan Matematik Nilai Murni : hormat-menghormati , kesederhanaan.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir : membanding dan membeza Belajar cara belajar : mengumpul maklumat Teori kecerdasan pelbagai : verbal linguistik, interpersonel, muzik dan kinestatik

Isi Pelajaran : Cerita Arnab dan Kura-kura Ayat tunggal Kosa kata Bahan Bantu Mengajar : Kad teka-teki Video cerita Arnab dan Kura-kura Kad perkataan Topeng Kad ayat Seni kata lagu Arnab dan Kura-Kura

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran-Guru mengemukakan teka- teki dengan menggunakan kad teka- teki dan murid mendapatkan jawapan yang tepat. -Guru meminta murid beraksi dengan gerak badan -Guru mengaitkan tekateki tersebut dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan dipelajari.

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Teka-teki a)Ada kaki tetapi pendek, Kalau berjalan membawa kulit, Kalau adik orang cerdik, cuba teka siapa saya ? b)Ada telinga sejengkal panjang, Ada gigi laksana papan, Kalau berlari terlalu kencang, Lobak jadi makanan idaman.

-powerpoint tekateki -Teknik main peranan dan sumbang saran.

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Perkembangan Langkah 1 ( 10 minit )

Cerita Arnab dan Kura-kura

-Guru bersoal jawab dengan murid tentang cerita binatang dan meminta murid menyenaraikan cerita yang pernah didengar -Guru memperlihatkan dan memperdengarkan rakaman cerita Arnab dan Kura-kura dan meminta murid melihat dan mendengar dengan teliti. -Guru bersoaljawab dengan murid tentang watak-watak yang terdapat dalam cerita.

-Video cerita Arnab dan Kura-Kura - Topeng - Nilai Murni : Hormat- menghormati Kesederhanaan -Penilaian HP 5.1 Aras 1 (i)dan HP 2.1 Aras 2(i) Main peranan Main peranan

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

-Guru mengedarkan Petikan cerita Arnab dan Kura-kuradan membimbing murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. -Guru meminta beberapa orang murid tampil di hadapan kelas untuk memegang watak arnab dan kura-kura. -Berapa kumpulan murid melakonkan semula watak tersebut.

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 2 ( 10 minit )

Petikan cerita Arnab dan Kura-Kura . Soalan guru 1.Siapakah yang menang dalam pertandingan tersebut? 2.Bagaimanakan Arnab kalah dalam pertandingan? 3.Bagaimanakan strategi Arnab untuk memenangi pertandingan itu semula ? Nilai Murni Baik hati Jangan pandang rendah pada orang yang lemahGigih

-Guru bersoaljawabmengenai isi cerita dan menerapkan nilai murni. -Guru membimbing murid mencari dan menyusun isi-isi penting cerita yang telah di baca.

-Petkan cerita -Nilai murni: Hormat- menghormati -KMD Strategi mengatasi cabaran -TKP verbal linguistik

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 3 ( 10 minit )

Membanding dan membeza Sifat-sifat Arnab dan Kura-kura Perbandingan dan perbezaan Sifat Arnab dan Kura-Kura .Kura-Kura sombong ,berdendam arnab rendah diri dan kuat semangat

-Guru membimbing murid membanding dan membeza sifat Arnab dan Kura-kura secara kumpulan dengan mengguna kan borang pengurusan grafik -Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka.

-Kemahiran Berfikir : membanding membeza -Alat berfikir Borang Pengurusan Grafik -Penyerapan ilmu:sains -Kemahiran Interpersenol -Kemahiran mengumpul maklumat

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 4 ( 10 minit )

-Penyerapan Tatabahasa ( Ayat Tunggal ) -Memberi erti kosa kata tekad dan juara

-Guru membimbing murid mem baca ayat tunggal yang disediakan pada kad ayat. -Guru membimbing murid mencari ayat tunggal yangterdapatdalam cerita bacaan. -Guru membimbing murid menbina ayat tunggal sendiri. -Guru membimbing murid Untuk memberi erti kosa kata yang disediakan.

-Kad ayat Carta bacaan -TKP Verbal lingustik

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 5 ( 10 minit )

Latihan Kumpulan A : Menyenarai dan menyusun mengikut urutan lima isi penting daripada petikan. Kumpulan B : Menyenarai dan menyusun mengikut urutan tiga isi penting daripada petikan. Kumpulan C : Memadan empat isi penting dengan gambar bersiri.

-Guru meminta murid Membuat tugasan mengikut Kumpulan masing-masing. -Guru membimbing murid membuat tugasan mengikut kumpulan.

Penilaian : HP 10.1 Aras 1 (i)

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Pengayaan

Guru meminta murid membanding dan membeza antara cerita Arnab dan Kura-kura dengan cerita Kancil dan Buaya dengan menggunakan borang pengurusan grafik.

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Pemulihan

: Murid menceritakan semula cerita Arnab dan Kura-kura.

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Penutup ( 5 minit )

-Lagu Arnab dan Kurakura -Rumusan isi pelajaran. -Penerapan nilai murni.

-Guru membimbing murid menyanyi lagu Arnab dan Kura-kura disertai dengan gerak tangan dan badan. -Guru membimbing murid merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut.

-Topeng Arnab dan Kura-kura -Main peranan -Nilai murni Hormat-menghormati -TKP muzik dan kinestatik