Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5 2

• Published on
24-Apr-2015

• View
64

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tema Tajuk : Bahasa Melayu : 16 Februari 2011 : 8.30 pagi 9.30 pagi : 5 Darussalam : 26/26 orang : Patriotisme : Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 11.2 : Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran. Aras 3 i. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan. ii. 7.3 Fokus Sampingan

Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Aras 2 i. Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat 1. Menulis satu perenggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2. Membaca cerita Lahirku di Bumi Malaysia dan mengumpulkan maklumat tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini. 3. Menjawab 2 daripada 3 soalan pemahaman tentang cerita Lahirku di Bumi Malaysia dengan menggunakan bahasa yang santun. Sistem Bahasa : Kosa kata : merentap , memekakkan, menusuk, memercik , berpinar mengimbau, derapan, menekup Pengisian Kurikulum 1. Ilmu 2. Nilai Murni 3. Kemahiran Bernilai Tambah a. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan b. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran, mencatat nota c. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual ruang Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang keganasan pihak komunis di televisyen. Bahan Bantu Mengajar : : Sastera : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang ,

1. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bum Malaysia 2. Bendera Malaysia 3. Lembaran Kerja 4. Kad huruf Langkah Masa Set Induksi 5minit 1. Bendera Malaysia 2.Contoh soalan: Apa yang sedang murid lihat? Contoh jawapan: Bendera Malaysia Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1.Murid dipamerkan Bendera Malaysia dan diminta untuk mentafsir gambar tersebut. 2. Murid disoal tentang bendera tersebut. 3.Murid dikehendaki melengkapkan perkataan tentang tajuk dengan menyebut huruf LAHIRKU BERTUAH DI BUMI MALAYSIA BBM : Bendera Malaysia Kad perkataan Langkah 1 15 minit 1.Teks cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia (Lampiran 1) 2.Memahami teks yang dibaca. 3.Kosa kata - merentap - memekakkan - menusuk - memercik 1.Murid diedarkan petikan yang bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2.Tiga orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan petikan secara bergilir mengikut perenggan. 3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpuan. Setiap kumpulan diminta membaca cerita mengikut perenggan secara bergilir. 4.Murid diminta menyenaraikan Nilai : bekerjasama Kemahiran BCB: membaca Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik BBM : Petikan Kemahiran berfikir: menjana idea Kecergasan pelbagai: Verbal linguistik Catatan

- berpinar - mengimbau - derapan -menekup

perkataan yang tidak difahami dalam petikan tersebut. 5.Guru menerangkan makna perkataan tersebut .

Langkah 2 10 minit

Soalan kefahaman tentang teks. a.Apakah tajuk lain yang sesuai bagi cerita ini? b.Apakah tema dan persoalan cerita ini? c.Pada pendapat kamu,mengapakah penulis menyatakan dia sangat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia? Contoh jawapan: a.Aku Anak Malaysia b.Tema - Malaysia sebuah negara aman dan makmur Persoalan - Bersyukur kerana dilahirkan di Malysia. -Peperangan akan memusnahkan segala-galanya.

1.Guru bersoal jawab dengan murid. 2.Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

BBM: Petikan Kemahiran BCB: Menjawab soalan Kemahiran berfikir: Mencirikan Menganalisis Membuat kesimpulan Nilai murni: keyakinan

-Peperangan membawa kesengsaraan - Hubungan yang erat antara adik-beradik yang diikat dengan kasih-sayang. c.Pada pendapat saya, penulis berasa bertuah tinggal di Malaysia kerana dia tidak perlu melalui kesusahan hidup sebagaimana rakyat di negara lain yang terpalsa menghadapi peperangan di negara mereka.

Langkah 3 25 minit

1.Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lampiran 2

1.Secara individu murid diminta untuk menulis nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia pada lembara kerjakan yang diedarkan. 2.Murid menulis nilai dan pengajaran dalam satu perenggan berdasarkan isi-isi tang telah diberi.

BBM : Petikan Kemahiran belajar cara belajar: menulis nota Kemahiran berfikir: mencirikan dan

Pemulihan

1.Murid pemulihan diminta

Keberanian Kesyukuran Kasih sayang

menyalin nilai murni yang terdapat dalam petikan ke dalam buku latihan dengan bimbingan guru.

membuat kesimpulan Nilai murni: tekun

Pengayaan Sajak Tanah Pusaka Tercinta Lampiran 3 Penutup 5 minit Kognitif 1.Penerapan nilai murni -kesyukuran -keberanian -kasih saying 2, Sosial Penghargaan

1. Murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam sajak yang bertajuk Tanah Pusaka Tercinta 1.Guru menasihati murid supaya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia dan menghargai keamanan negara kita. 2.Guru meminta murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. 3.Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama murid. Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Refleksi

Lampiran 1 Petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga. Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami.Aku sangat mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain.Dia saudara yang aku ada kini. Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tiba-tiba, aku ternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Aku membatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan jeritan silih berganti.Aku tahu beberapa orang dibunuh.Giliranku bila? Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu menjejak anggota bersembunyi berhampiran dengan kami telah

keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa. Derapak sepatu tentera mengejutkan kami.Pelukanku semakin kemas.Aku menekup mulut adikku.peluh memercik di dahi.Adik kecilku yang tidak mengerti apaapa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannya terlerai.Adik berlari keluar sambil menangis.Turt! Trut! Trut!

Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi.Aku terpempan.Aku menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku memeluk tubuh kaku adikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja mengetahui betapa luluhnya hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluh-puluh butir peluru.Aku memeluknya erat. Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku.Aku terpelanting.Sakitnya bukan kepalang.Mataku berpinar-pinar. Aku bingkas bangun.Aku mengucap panjang.Terasa lega.Bermimpi ruparupanya aku.Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah pendudk di negara lain.Aku berdoa agar negaraku tetap merdeka.Sesungguhnya, aku sangat bertuah kerana di lahirka di bumi ini.

Lampiran 2

Lembaran kerja

Nama : Tahun : 5 Darussalam Tuliskan nilai dan pengajaran dalam satu perenggan Nilai -kesyukuran -keberanian -kasih sayang Pengajaran peperangan membawa kesengaraan hidup.- amalkan sikap berbaik-baik dan saling menghormati perpaduan antara masyarakat di negara ini telah membawa kemakmuran Tarikh : 16 Februari 2011

Lampiran 3

Tanah Pusaka Tercinta Malaysiaku tercinta Disini tumpahnya darahku Disini tanah air yang kucinta Setiaku tidak akan berbelah bahagi Bakti kuberi Demi agama dan bangsa Negara yang kukagumi Bersatu padu bertoleransi Cabaran dan rintangan Kita patahkan bersama Demi kemakmuranmu Wahai teman Curahkan kesetiaan Curahkan kasih sayang Suburkan patriotism Bersama menggapai cemerlang Menjadikan tanah pusaka kita terbilang Inilah tanah pusaka kita Kedaulatannya pertahankan sentiasa

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tema Tajuk : Bahasa Melayu : 18 Februari 2011 : 11.00 12.00 tengah hari : 5 Darussalam : 22/26 orang : Patriotisme : Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama 11.2 : Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,nilai dan pengajaran. Aras 2 i.Menyaring maklumat untuk mendapatkan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan

Fokus Sampingan 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Aras 2 ii. Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat 1. Menulis satu perenggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2. Menjawab 3 daripada 5 soalan pemahaman tentang cerita Lahirku di Bumi Malaysia secara objektif 3. Melengkapkan 5 daripada 10 ayat dengan menulis kata kerja yang betul. Sistem Bahasa : Kata Kerja : memegang , merentap , memeluk , meronta-ronta , Pengisian Kurikulum 1. Ilmu 2. Nilai Murni 3. Kemahiran Bernilai Tambah d. Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan e. Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran,menulis f. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual ruang, muzik Peengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang keganasan pihak komunis di televisyen. Bahan Bantu Mengajar : : Sastera : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang

1. Bendera 2. Lagu Jalur Gemilang 3. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia 4. Lampiran 2 Soalan Kefahaman 5. Lampiran 3 - Borang pengurusan grafik 6. Lampiran 4 Lembaran Kerja Langkah Masa 1. Jalur Gemilang. Set Induksi 5 minit 2.Lagu Jalur Gemilang. 3.Contoh soalan: Apakah perasaan kamu ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang? 4.Tajuk pelajaran: Lahirku Gemilang di Bumi Malaysia. Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1.Seorang murid ke hadapan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang 2.Murid diminta menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama sama dengan penuh semangat. 3. Murid disoal oleh guru tentang perasaan mereka ketika menyanyikan lagu tersebut. 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Langkah 1 18 minit 1.Teks bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia, Lampiran 1 2. Soalan Kefahaman Lampiran 2 1.Murid diedarkan petikan yang bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. 2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan petikan menggunakan teknik permainan bola beracun. 3.Murid dibahagikan kepada lima Kemahiran Belajar Cara Belajar: BBM: Muzik Bola tenis Petikan Nilai: berbangga Kecerdasan Pelbagai: Muzik Catatan BBM : Bendera Lagu Jalur Gemilang

kumpulan.Setiap kumpulan membaca teks secara bergilir mengikut perenggan. 4. Setiap kumpulan diedarkan soalan kefahaman berbentuk objektif dan diminta menjawab soalan-soalan tersebut. 5. Wakil setiap kumpulan diminta untuk membacakan jawapan dan menilai hasil kerja kumpulan lain. 6.Guru merumus hasil jawapan murid Langkah 2 20 minit 1.Petikan 2. Borang Pengurusan Grafik Lampiran 3 1.Murid diminta meneliti semula petikan yang diberi. 2. Setiap kumpulan diedarkan borang pengurusan grafik. 3.Murid diminta melengkapkan borang pengurusan tersebut dengan menyatakan nilai murni yang terdapat dalam petikan. 4.Setiap kumpulan diminta membentangkan dapatan hasil kumpulan. 5.Guru dan murid berbincang hasil dapatan. 6..Murid diminta menulis satu perenggan nilai murni ke dalam buku latihan sebagai kerja susulan .

Membaca secara luncuran Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik Nilai: kerjasama

BBM: Borang pengurusan grafik Nilai: Kerjasama keberanian Kemahiran berfikir: mencirikan Merumus Kemahiran belajar Cara Belajar: Menulis

Kecerdasan pelbagai: Visual ruang, Interpersonal

Langkah 3 12 minit

1.Kata kerja memegang , merentap , memeluk , meronta-ronta 2.Lembaran kerja Lampiran 4

1.Berpandukan petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia, murid diminat untuk menggariskan kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. 2. Murid diminta menyebut kata kerja yang telah digariskan. 3. Secara individu murid diedarkan Lembaran Kerja dengan meminta murid melengkapkan ayat menggunakan kata kerja. 4.Murid diminta menyemak hasil kerja rakan dengan bimbingan guru.

BBM : Petikan Lembaran Kerja Kemahiran berfikir: Menjana idea Mengklasifikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar: Menulis Nilai: yakin

Pemulihan - Menggariskan kata kerja Pengayaan - Membina ayat - bergelimpangan

1.Murid pemulihan diminta menggariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat. 2.Murid diminta membina ayat menggunakan perkataan kata kerja

- berlumuran - berpelukan Penutup 5 minit Penutup Sosial Menyanyi lagu Jalur Gemilang 1.Murid diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat Kecerdasan Pelbagai:Verbal lingiuistik

Refleksi Lampiran 1 Petikan Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentap tangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga. Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi.Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli.Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami.Aku sangat mengasihinya.Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain.Dia saudara yang aku ada kini. Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir...