Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3

• Published on
15-Oct-2015

• View
110

• Download
4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

matematik

Transcript

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3 - Dua Dimensi (2D)

Mata Pelajaran: MatematikTema : Bentuk dan RuangTajuk : Bentuk Dua Dimensi (2-D)Tarikh : 19-10-2012Hari : JumaatMasa : 30 minitKelas : 3KBilangan Murid : 42 orangStandard Kandungan : Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a.Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D). b.Mengetahui ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D).Pengetahuan sedia ada:Nilai Murni seperti berkerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasan.

Bahan Bantu Mengajar: Komputer riba, kertas warna bersaiz A4, sampul surat, gambar danlembaran kerja.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi(5 minit)Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D).1. Guru menayangkan video klip tentang bentuk dua dimensi(2D).

2. Guru bersoal jawab dengan murid.Contoh soalan:Apakah bentuk yang dapat kamu lihat dalam video klip ini?

3. Guru masukkkan tajuk hari ini iaitu bentuk dua dimensi (2D).1. Murid menonton video klip tentang bentuk dua dimensi (2D) dengan sepenuh perhatian.

2. Murid menjawab soalan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.Jawapan murid :Bulatan, bujur, segi empat tepat, segi empat sama, segitiga, bintang dan segi lima.

Strategi/ Teknik: Penyoalan untuk kelas

Sumber pengajaran:Video klip

Penglibatan murid yang aktif

Langkah 1(8 minit)Ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D).1.Guru menayangkanPower Pointdi hadapan kelas.

2. Guru memperkenalkan bentuk dan ciri-ciri bentuk dua dimensi (2D) dalam Power Point.a. Bulatan- mempunyai permukaan rata-mempunyai sisi melengkung- tiada bucu

b. Segiempat sama- mempunyai permukaan rata- mempunyai 4 sisi- mempunyai 4 bucu- setiap sisi adalah sama panjang

c. Segiempat tepat- mempunyai permukaan rata- mempunyai 4 sisi- mempunyai 4 bucu- 2 sisi bertentangan adalah sama panjang

d. Segitiga- mempunyai permukaan rata- ada 3 sisi.- ada 3 bucu.

e. Bujur- mempunyai permukaan rata- mempunyai sisi melengkung- tiada bucu- bentuk tidak bulat

f. Bintang- mempunyai permukaan rata- mempunyai 10 sisi- mempunyai 5 bucu

g. Segi lima- mempunyai permukaan rata- mempunyai 5 sisi- mempunyai 5 bucu1. Murid memberi perhatian.

2. Murid memerhatikan bentuk dua dimensi (2D) dan ciri-cirinya dengan sepenuh perhatian( dalam Power Point).

Strategi/ Teknik: Pemerhatian

Sumber pengajaran:Slaid Power Point

Sikap Murid:Ketelitian, sifat ingin tahu

Penglibatan murid yang aktif

Langkah 2(4 minit)Menamakanbentuk dua dimensi (2D).1. Guru menunjukkan gambar-gambar bentuk dua dimensi (2D).

2. Guru meminta murid menamakanbentuk dua dimensi (2D) seperti di dalam gambar.1. Murid memerhatikan gambar bentuk dua dimensi (2D) dengan sepenuh perhatian.

2. Murid menamakanbentuk dua dimensi (2D) seperti di dalam gambar.Strategi/ Teknik: Pemerhatian

Sumber pengajaran:Gambar

Sikap Murid:Ketelitian

Penglibatan murid yang aktif

Langkah 3(10 minit)Melakarkan bentuk dua dimensi (2D).1. Guru memaparkan satu jadual dalam nama bentuk dua dimensi (2D) di atas papan putih. Contoh: bulatan, segitiga, segi empat sama, segi empat tepat, bujur, bintang segi lima.

2. Guru membahagikan murid dalam 7 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kertas warna bersaiz A4, gam dan satu sampul surat yang berisi dengan satu bentuk dua dimensi (2D) yang telah dipotong dalam 5 cebisan.

3. Guru meminta murid mencantumkan kelima-lima cebisan gambar bentuk dua dimensi (2D) dan melekatkan di atas kertas warna bersaiz A4.

4. Setelah mencantumkan gambar bentuk dua dimensi (2D), salah seorang murid diminta menampalkan hasilan kumpulan masing-masing di atas papan putih mengikut kumpulan bentuk dua dimensi (2D).

5. Guru membuat pengesahan betul atau salah pada hasilan setiap kumpulan.

1. Murid memerhatikan jadual yang telah terpapar di atas papan putih.

2. Murid dibahagikan dalam 7 kumpulan.Setiap kumpulan akan mendapat sekeping kertas warna bersaiz A4, gam dan satu sampul surat yang berisi dengan satu bentuk dua dimensi (2D) yang telah dipotong dalam 5 cebisan.

3. Murid mencantumkan kelima-lima cebisan gambar bentuk dua dimensi (2D) dan melekatkan di atas kertas warna bersaiz A4.

4. Setiap kumpulan mencantumkan lima cebisan (gambar bentuk dua dimensi ), seorang wakil kumpulan menampalkan hasilan kumpulan merekadi atas papan putih mengikut kumpulan bentuk dua dimensi (2D).

5. Setiap murid memberi perhatian pada hasilan tiap-tiap kumpulan.Nilai dan sikap murid:Bekerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan kekemasan

Penutup(3 minit)Lembaran kerja sebagai pengukuhan.1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.1. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh guru.Murid perlu menyiapkan lembaran kerja dengan betul.

Lembaran kerja

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3 Bentuk dan Ruang9:14 AM| Labels:Bahan Mengajar,Rancangan Tahunan KSSR Matematik Tahun 3

Butir-butiran Penting

Mata Pelajaran: Matematik

Kelas: Tahun 3 Waja

Bilangan Murid: 28 orang

Tarikh: 24 April 2012

Hari: Selasa

Masa: 9.10 9.40 pagi

Tema: Bentuk dan Ruang

Tajuk: Bentuk Tiga Dimensi (3-D)

Objektif Pembelajaran:8.1.1 Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan bentuk tiga dimensi (3-D)

Objektif Yang Diharapkan:8.1.1.i Mengenalpasti pelbagai jenis prismaTriangle Rectangle - Square

Hasil Pembelajaran:Diakhir pembelajaran sekurang-kurangnya 23 daripada 28 orang murid akan dapat:1. Mengenal dan menyebut dengan betul nama-nama prisma2. Menulis ejaan setiap prisma dengan betul3. Menjawab dengan betul 20 daripada 25 soalan lembaran kerja.

Pengisian kurikulum:i). Ilmu : Moralii). Nilai murni : bekerjasama, tolong-menolong, beraniiii) Kemahiran Nilai Tambaha) Kecerdasan Pelbagai : Verval Linguistikb) Kemahiran Berfikir : Mentafsirc) Pembelajaran kontruktivisme

Pengetahuan sedia ada:i) Murid sudah pernah melihat bentuk-bentuk tiga dimensi (3-D)ii) Murid ada memiliki bentuk-bentuk tiga dimensi seperti pensil, kotak pensil dan getah pemadam.

Bahan bantu mengajar:Komputer riba, bentuk-bentuk 3-D maujud, kad puzzle, buku teks dan lembaran kerja

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah/MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(3 minit)Gambar slaid- Bentuk 3-D- Bebtuk 2-Da) Guru tayangkan gambar-gambar bentuk 3-D dan 2-Db) Guru meminta murid untuk memilih (mengkelaskan) gambar 3-D dan 2-D yang di tayangc).Guru menjelaskan perbezaan bentuk 3-D dan 2-Dd). Guru jelaskan tajuk pelajaran hari ini iaitu bentuk-bentuk 3-DBBMKomputerGambar Slaid

Langkah 1(3 minit)Gambar slaid- Perkataan Triangular, Rectangular danSquare- Bentuk 3-DTriangular, Square dan Rectangulara) Guru tayangkan perkataan dan murid mengeja dan menyebut dengan kuat dan betulb)Guru tayangkan gambar 3buah bentuk 3-D satu demi satuc)Guru ulangi aktiviti a dan b secara kelas, kumpulan dan individu.KPVerval- LinguistikSebutan dan ejaan

Langkah 2(4 minit)Bentuk 3-D Maujud- Triangular- Rectangular- Squarea)Guru berikan setiap kumpulan bentuk-bentuk 3-D (maujud) untuk diteliti dan lebih difahami.b)Guru menyebut nama-nama bentuk dan setiap kumpulan tunjukkan bentuk bentuk tersebut.c)Guru berikan ganjaran pujian kepada kumpulan yang pantas dan menjawab dengan betulBBMKad PerkataanGambar 3-DPendekatan direktifKemahiran berfikirKerjasamaPemikiran kritis

Langkah 3(6 minit)Aktiviti Kumpulan- Plastisin- Kad Manila- Pen White-boarda)Guru berikan plastisin kepada setiap kumpulan.b)Guru meminta murid-murid membuat bentuk 3-D secara kumpulan menggunakan plastisinc). Guru meminta setiap kumpulan menulis semula nama-nama bentuk pada manila kad dan dipamerkan pada setiap bentuk.d). Guru melihat hasil aktiviti setiap kumpulan dan membuat pengesahan betul atau salah.BBMKemahiran berfikirPemikiran kreatifNilai murni bekerjasama, tolong-menolong

Langkah 4(6 minit)Aktiviti Kumpulan-Permainan Ligoa)Guru berikan permainan Ligo kepada setiap kumpulan.b)Guru meminta murid-murid membuat bentuk 3-D secarakumpulan menggunakan permainan Ligoc). Guru meminta setiap kumpulan pamerkan kad perkataan pada setiap bentuk . (Gabungan plastisin dan Ligo)d). Guru melihat hasil aktiviti setiap kumpulan dan membuatKontektekstualPemikiran kritis

Langkah 5(6 minit)Latihan Penilaiana)Guru edarkan lembaran kerja kepada setiap muridb) Guru membincangkan jawapan dengan memaparkan di skrin tayanganc)Guru memberikan ganjaran kepada murid-murid yang menjawab dengan betul semua soalanKontektekstualPemikiran kritis

Langkah6(2 minit)Penutup / Rumusan-Menghargai bentuk-bentuk dalam kehidupan sehariana) Guru menyoal semua murid nama-nama bentuk 3-D yang telah dipelajari tadi.b) Guru mnyoal kepentingan dan kegunaan bentuk-bentuk dalam kehidupan seharian.KontektekstualPemikiran kritis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3

Mata pelajaran: Matematik

Kelas & masa: 3 Arif / 7:10 a.m. 8:10 a.m.

Tema / Tajuk: Sukatan & Geometri / Ruang

Standard Pembelajaran: 14.3 (i)

Objektif pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid berupaya untuk mengenal pasti bentuk separuh bulatan dan poligon sekata : pentagon, heksagon, heptagon dan oktagon

Aktiviti P&P :1. Murid menceritakan bentuk-bentuk yang mereka nampak dalam gambar yang di tayangkan.( Gambar )

2. Murid mencirikan bentuk-bentuk yang mereka lihat.

3. Menyusun tangram secara berkumpulan untuk mendapatkan bentuk 2D dan murid menyatakan nama bentuk yang diperolehi serta mencirikannya.

- Murid diminta untuk melabel bentuk yang ditampalkan pada papan tulis.

4. Murid bermain teka-teki ala rummy dalam kumpulan.

( Teka-teki)- Setiap kumpulan diberikan satu soalan teka-teki.- Kumpulan A membacakan soalan dan kumpulan B akan meneka jawapan.- Kumpulan B pula akan membacakan soalan yang mereka perolehi dan akan dijawab oleh kumpulan C.- Kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diberikan token.

5. Murid menjawab soalan secara berkumpulan.

6. Guru mengedarkan lembaran kerja.

EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi

BBB: Kad Manila, slide power point, Sampul teka-teki, lembaran kerja.

Penilaian P&P: Murid boleh mengenal pasti bentuk 2D melalui aktiviti mencantum kepingan kad manila dan menjawab teka-teki.

Refleksi:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PERMAINAN TEKA-TEKI : SIAPA SAYA?

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.2. Ketua kumpulan mencabut soalan untuk dijawab oleh kumpulannya.3. Ulang langkah 2 sehingga tamat permainan.4. Dua markah diberikan kepada jawapan yang betul dan tambah satu markah bonus bagi jawapan yang munasabah.

Soalan Teka-Teki

1.Perut saya melengkung,belakang saya lurus,pepenjuru saya dua,teka siapa saya?

2.Ada satu bentuk,terdiri lima sisi,pepenjuru ada limaSuperman ada di dada.

3.Saya ada enam sisi,pepenjuru saya ada enam,saya terdapat pada sarang lebah,cuba teka siapa saya?

4.Saya mempunyai tujuh pepenjuru,sisi saya juga tujuh,bentuk saya tiada lengkung,cuba teka siapa saya?

5.Sisi saya lapan,pepenjuru juga lapan,terdapat di jalan-jalan,jumpa saya tidak boleh jalan.

Mata Pelajaran:Matematik Tahun 3

Topik:Ruang

Kelas:3 Teratai

Bilangan murid:30 orang

Masa:60 minit

Standard Pembelajaran:14.2 (i)

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Mengetahui ciri-ciri prisma dan bukan prisma.2. Membandingkan prisma dengan bukan prisma. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

1)Murid-murid diminta untuk menyatakan bentuk-bentuk 3D yang mereka tahu.Guru menunjukkan gambar bentuk 3D yang terdapat di dalam gambarajah danmurid menyatakan dan menamakan bentuk 3D seperti di dalam gambar.

Gambarajah Bentuk 3D

2)Guru menunjukkan gambar prisma yang mengandungi 3 jenis iaitu prisma segitiga, prisma segiempat tepat, prisma segempat sama.

3) Murid diminta menyatakan ciri-ciri yang terdapat di sesebuah prisma iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 2 tapak yang terdiri daripada 5 permukaan yang rata dan 6 bucu serta 9 hingga 12 sisi mengikut bentuk.

4) Murid diminta memilih bentuk lain yang hampir sama dengan bentuk prisma segitiga seperti kon dan piramid. Murid menyatakan ciri-ciri bentuk persamaan dan perbezaan antara bongkah tersebut.

5) Seterusnya guru menunjukkan bentuk prisma segiempat tepat dengan silinder.Murid menyatakan bentuk yang hampir sama akan tetapi berbeza ciri-cirinya.

6) Murid diminta memilih bentuk lain yang hampir sama dengan bentuk prisma segiempat sama . Murid menyatakan ciri-ciri bentuk persamaan dan perbezaan antara bongkah tersebut.Contoh prisma segiempat sama dan sfera.

7) Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada murid.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):Kreativiti dan Inovasi.

Bahan Bantu Belajar:Kad gambar 3D, Model 3D, Lembaran aktiviti.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Murid boleh membandingbezakan bentuk prisma dan bukan prisma berdasarkan ciri-cirinya.

Refleksi: 2 daripada 30 murid belum mencapai objektif pembelajaran dan perlu bimbingan guru.