Refleksi Pelaksanaan Projek Setelah Menyiapkan Kerja Projek Saya

• Published on
29-Dec-2015

• View
20

• Download
7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nb

Transcript

MATHANAKUMAR A/L SUBRAMANIAMKDPM-KDC NOV 2010 (PT4)REFLEKSI PELAKSANAAN PROJEK SETELAH MENYIAPKAN KERJA PROJEK SAYA.Isu /masalah : Sokongan ibu bapa dan guru guru yang kurang memuaskan dalam memotivasikan anak anak mereka . Salam sejahterah. Sebelum saya berkongsi kekangan yang dihadapi, saya ingin mengucapkan ribuan terimah kasih kepada tuan pensyarah saya pn.Shuaibah bt Rashid . Saya tidak hanya menumpukan perhatian saya dalam meyiapkan projek ini semata-mata tetapi , saya berusaha gigih untuk menjalankan projek ini supaya benar benar saya dapat pengalaman. Ada juga alas an lain iaitu saya perlu memebuat satu kerja projek untuk fasa praktikum saya .walau apa pun , kerana belaiu lah saya dapat menyerlaahkan bakat saya dalam melatih anak murid saya untuk mengambil bahagian dalam permainan sepak takrow ini. Setelah belaiu mengarah saya untuk menyediakan tugasn berbentuk projek , saya telah berunding dengan guru besar saya En.Krishnan a/l Sundara rajoo berkenaan tugasan ini.Belaiu menyokong saya untuk menganjurkan satu permainan yang boleh mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah. Saya ,meminta cadangan daripada rakan sekerja saya mengenai tugasan ini dan guru besar saya menyarankan saya untuk menganjurkan permainan sepak takrow peringkat kelompok 8.

Oleh itu saya meminta keizinan tuan guru besar untuk membenarkan saya menghadiri mesyuarat guru kelompok 8 dalam membuat rancangan tahunan saperti yang dilakukan pada tahun- tahun yang lepas. Pada 12 Februari 2014 saya dengan guru besar saya telah mengahadiri mesyuarat kelompok 8 . Ini adalah pengalaman pertama , saya terlibat dalam mesyuarat guru besar kelompok 8. Dalam mesyuarat ini saya mengambil kesempatan untuk menggumumkan cadangan saya iaitu mengadakan pertandingan sepak takrow peringkat kelompok yang terdiri daipada 11 buah sekolah dan bilangan guru sejumlah 102 orang dan enrolmen murid sebanyak 1027 orang murid.

Tidak dapat dinafikan bahawa saya memang terharu dan terbelik matanya semasa berucap dalam mesyuarat yang format begitu. Saya dengan keizinan pengerusi mesyuarat itu membincnagkan mengenai projek ini. Setelah panjang lebar perbicaraan saya , saya memohon respond guru besar guru besar yang hadir ke mesyuarat itu atas cadangan yang saya kemukakan . Daripada 11 buah sekolah hanya 7 buah sekolah sahaja yang membalas jawapan yang positif kepada saya. Saya berasa amat sedih dan kecewa atas pengelibatan sekolah .Mujurnya , pengerusi kelompok 8 Tn.Hj Azlan bin Saidan memohon sebab kepada sekolah - sekolah yang enggan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pada suatu masa dalam mesyuarat ini beliau telah hilang kesabaran apabila mendengar alasan alasan guru yang tidak munasabah itu. Belaiu dengan tegasnya mengarah semua sekolah mesti mengambil bahagian dalam pertandingan sepak takrow ini.

Saya nampak ada guru yang mula mengamuk dengan saya sebab beban tugasnya meningkat.Saya tidak mempedulikan sindiran mereka dan terus berpegang teguh dengan pendirian saya setelah mendapat kelulusan majority dalam mesyuarat itu.Hanya satu perkara yang melayang dalam fikiran saya iaitu , mengapa guru guru tidak berminat untuk melatih murid untuk pertandingan permainan sedang sekolah sekolah yang menolak tawaran saya itu mempunyai guru PJK yang beroption dan ini adalah permaian kebangasaan kita.kelompok kami adalah kelompok yang berasaskan murid murid kampong dan murid murid kampong ini memang berminat sangat dalam permainan ini.Dalam mesyuarat itu kami telah membincangkan tentang tapak permainan,pengadil ,peraturan peraturan permainan , hadiah kepada pemenang, pengadil, jamuan, pendaftaran, pengacara majlis, perasmian,penutupan siaraya dan lain- lain lagi.tarikh program telah ditentukan kemudian.setelah selesai mesyuarat itu saya mula berkerja keras untuk mengagihkan tugasan kepada guru-guru sekolah saya. Guru besar saya telah melantik saya sebagai ketua projek. Saya mendapat sokongan yang padu daripada guru guru sekolah saya. Saya menjadi pelatih pemain tetapi saya mempunyai pengetahuan yang kurang sangat mengenai permainan ini. Saya menggunakan khidmat bekas murid sekolah saya dalam melatih murid- murid ini untuk menang dalam pertandingan ini. Saya juga turut terlibat dalam sesi latihan setiap hari selepas waktu sekolah pada pukul 4.30 petang.setiap hari sesi latihan berjalan selama 2.30 jam. Semasa latihan ini saya juga turut bermain dengan murid saya. Sewaktu melatih saya juga turut mengetahui dan belajar mengenai permaian sepak takrow.

Saya berasa sungguh terharu melihat murid- murid saya yang sangat berminat dalam permainan ini. Mereka bermaian lebih bijak dan sistematik daripada saya.apabila saya analisis kemajuan murid itu, saya dapat tahu murid murid sentiasa bermain dengan kawan kawannya setiap hari pada waktu petang. Murid murid saya memberitahu kepada saya bahawa kemahiran permainan ini datangnya daripada pendatang asing yang hidup di ladang itu. Jiran jiran Indonesia yang tinggal di lading itu melatih murid- murid saya dengan lebih bijak. Adakalanya , saya belajar daripada anak murid saya mengenai kemahiran permainan itu. Atas kebenaran , bekas murid saya yang berusaha gigih dalam melatih murid murid saya. Semasa menjalankan projek ini saya mendapat kenalan daripada ramai orang guru dari sekolah jiran saya.adakalanya mereka memantau tahap latihan saya di sekolah saya. Mereka benar- benar memuji saya atas usaha saya . Pujian ini datangnya sebab tugasan ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pensyarah saya sebab mengarah saya melakukan tugasan ini.

Sewaktu program ini , saya tiba ke dewan permainan itu lebih awal 20 minit.segala urusan pendaftaran telah diurus dengan teratur oleh rakan sekolah kami iaitu, Sk sungai Nipah, Sk Simpang Tiga , Sk Sungai Betul , Sk Bagan Datoh dan sekolah SMK TUN ABDUL RAZAK yang memberi keizinan kepada kita untuk menggunakan dewan sekolahnya.Perlawanan antara murid berlaku secara sihat dan pemain mendapat sokongan yang kuat daripada semua guru yang hadir. Sekolah saya ( SJKT LDG STRATHMASHIE) menang dalam tiga pusingan separuh akhir dan Berjaya menjadi naib johan. Satu perkara yang membangakan saya ialah , Cuma kami ( SJKT LDG STRATHMASHIE ) saja mewakili sekolah tamil di daerah hilir perak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Penggumuman keputusan berlaku pada pukul 5.30ptg. Sekolah saya , telah mendapat tempat kedua dalam permainan ini dan berjaya masuk ke daerah.Saya tidak menerima sebarang hadiah tetapi kemenangan murid saya adalah kemenangan saya sendiri. Saya juga berazam akan melatih murid saya ini untuk berlawan di peringkat daerah pada bulan April nanti.1