Research (Pop)

  • View
    2.855

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

1.0 PENGENALAN1.1 Pengenalan Pendidikan kesihatan didefinasikan sebagai satu kaedah penyampaian maklumat pelajaran kesihatan, tunjuk ajar kesihatan kepada orang awam atau masyarakat yang mana ianya bertujuan untuk mengubah sikap dan tingkah laku dalam aspek kesihatan daripada yang lama kepada yang baru dan juga terbaik serta berkesan. Pendidikan kesihatan merupakan satu langkah yang berkesan untuk membantu dalam bidang rawatan yang sempurna dan di dalam konteks untuk menyembuhkan pesakit, kakitangan perubatan perlu berinteraksi serta menolong pesakit dengan memberi sokongan dan memberi informasi tentang

penyembuhan. Perhubungan pesakit dengan bahagian perawatan perlu rapat untuk meningkatkan pengetahuan dan mengawal kesihatan. Di dalam rawatan ortopedik, Plaster of Paris (POP) atau Plaster Casts memainkan peranan yang begitu penting untuk keberkesanan rawatan kepatahan. Plaster of Paris (POP) ini adalah suatu alat yang digunakan serta dikaskan untuk mengekalkan dan menghadkan pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan. Ianya diperbuat daripada lapisan plaster di mana ianya disediakan oleh gipsum (kalsium sulfat) yang akan menjadi keras apabila ianya di tambah dengan air. Bahan sintetik ini diperbuat daripada gabungan fabrik dengan sensitiviti tinggi thermoplastik resin. Bahan ini amat kuat serta ringan dan tahan walaupun ianya basah. Ia perlu dikeringkan untuk mengelakkan komplikasi terutamanya dibahagian anggota kulit yang berplaster.

1

Plaster of Paris (POP) telah pun digunakan secara meluas untuk merawat kepatahan tulang, sejak turun temurun. Ianya digunakan dalam rawatan pemulihan deformities misalnya CTEV dan DDH dan juga rawatan tisu lembut. Walaupun terdapat kaedah rawatan melalui pembedahan namun peratusan pesakit yang memerlukan rawatan secara pemasangan kas masih tinggi. Jika dilihat di Hospital Kuala Lumpur sahaja, jumlah pemasangan Plaster of Paris (POP) adalah lebih kurang 12,000 setahun. Pemasangan kas, walaupun nampaknya mudah tapi perlu latihan dan kemahiran kerana sebarang kesilapan boleh membawa mudarat yang serius kepada pesakit. Jika berlaku kesilapan yang tidak sepatutnya, ianya akan menjadi isu yang sensitif kepada masyarakat dan mencerminkan keupayaan dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit. Untuk mencapai pemasangan kas yang sempurna, seseorang itu perlu menjalani latihan praktikal dan pendedahan dengan teknik yang betul dan mengetahui bahan-bahan kas yang terkini. Pemasangan kas adalah tanggungjawab pegawai perubatan atau pakarpakar ortopedik, tetapi kebanyakan pemasangan dilakukan oleh pembantu perubatan. Berbagai-bagai jenis plaster kas yang boleh didapati di dalam rawatan ortopedik seperti:Buddy Splint Below Elbow Cast Scaphoid Cast Bennettes Cast Colles Cast

2

Above Elbow Cast Below Knee Cast PTB Cast (Patella Tendon Bearing) Cylinder Cast Above Knee Cast Body Cast

3

1.2 Kenyataan Masalah Pendidikan kesihatan adalah suatu pengajaran di dalam penglibatan untuk merealisasikan tahap pengetahuan pesakit dalam mengendalikan sesuatu perkara tentang masalah yang dihadapi. Walaupun berbagai-bagai cara dan langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya Jabatan Ortopedik untuk menangani masalah yang timbul dalam memberikan pendidikan kesihatan yang terbaik tentang pemakaian serta penjagaan Plaster of Paris (POP) ini, namun ianya masih belum mencapai tahap dan objektif yang dikehendaki. Permasalahan yang cuba dikupas di dalam penyelidikan ini adalah tentang keberkesanan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) dalam rawatan ortopedik di Hospital Seremban. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya ialah : Sikap pesakit yang tidak dapat memahami akan arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kakitangan perubatan. Ini disebabkan oleh masalah bahasa serta berbeza fahaman dan budaya. Sikap kakitangan perubatan yang kasar dan menyebabkan pesakit gagal menerima nasihat dengan baik. Pesakit mengutamakan rawatan kepatahan secara tradisional dan akupuntur. Kurang pengetahuan rawatan di kalangan kakitangan perubatan dalam menyebarkan maklumat kepada pesakit.

4

1.3 Tujuan Kajian dan Objektif 1.3.1 Tujuan Kajian Kajian penyelidikan ini dijalankan serta dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) kepada pesakit di Hospital Seremban.

1.3.2 Objektif Untuk mengetahui dan mengukur tahap kefahaman pesakit yang memakai atau menggunakan Plaster of Paris (POP) tentang pendidikan kesihatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan di Hospital Seremban. Untuk mengetahui sama ada pesakit yang memakai atau menggunakan Plaster of Paris (POP) benar-benar faham tentang pendidikan kesihatan yang diberikan oleh kakitangan perubatan Hospital Seremban setelah discaj dengan anggota yang berplaster. Untuk mengenal pasti sikap kakitangan perubatan dalam memberikan pendidikan kesihatan tentang penjagaan Plaster of Paris (POP) kepada pesakit di Hospital Seremban. Untuk mengetahui tahap keberkesanan rawatan yang diberikan dalam penjagaan Plaster of Paris (POP) kepada pesakit.

5

2.0 KAJIAN SEMULAPengetahuan dan kefahaman pesakit tentang masalah pendidikan kesihatan tentang penjagaan anggota-anggota yang berplaster merupakan satu perkara yang harus dititikberatkan. Perkara ini memang telah lama

diketengahkan oleh pakar-pakar perubatan sebelum ini dan ianya telah dapat dibuktikan melalui kajian-kajian seperti yang tertera di bawah. Susan Morgan (1989) telah menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk Plaster Casting : Patient Problems and Nursing Care, bahawa setiap pesakit yang discaj dengan anggota badan yang berplaster mesti mendapatkan nasihat serta pendidikan kesihatan yang khusus untuk memahami cara penjagaan anggota yang berplaster agar kaedah dan konsep rawatan yang diberikan berkesan dan efektif serta berkualiti. Hull and Smith (1984) telah menulis satu artikel di dalam Fracture Magazine yang bertajuk The Patient Outside Hospital dan ianya menyatakan bahawa biasanya pesakit yang telah dipasangkan dengan plaster akan diberi nasihat secara lisan tentang cara merawat anggota yang berplaster.

Memandangkan masyrakat disesebuah negara itu terdiri daripada berbilang kaum, bahasa serta budaya, sebilangan daripada mereka tidak dapat memahami akan arahan serta nasihat yang diberi. Dalam memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, kakitangan perubatan seharusnya peka tentang tugas dan peranan mereka bagi memastikan pesakit mendapat mesej dengan tepat. Menurut Hopps dan Redman (1983) di dalam buku yang bertajuk The Process of Patient Teaching in Nursing telah menyatakan bahawa kakitangan

6

perubatan khususnya jururawat perlu memainkan peranan yang lebih dalam memberi pendidikan kesihatan yang terbaik kepada pesakit. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kebolehan mengajar dan mendidik pesakit. Bagaimanapun, menurut kajian yang telah dibuat oleh Stewart J.D.M dan Hallett J.P (1988) di dalam Journal of Advanced Nursing telah menyatakan bahawa keberkesanan sesuatu pendidikan kesihatan itu bergantung kepada kedua-dua modul iaitu jururawat dan pesakit. Sarren dan Eriksson B. (1988) telah menyatakan di dalam Journal of Orthopedics Appliances in Plaster Casts bahawa setiap pesakit yang perlu di pasangkan dengan Plaster of Paris (POP) ini akan diberikan nasihat sertamerta bagaimana untuk menjaganya dengan cara yang betul agar ianya tidak rosak.

7

3.0 METODOLOGI KAJIAN3.1 Metodologi Metodologi atau pendekatan yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah dengan kaedah deskriptif di mana ianya melibatkan pengumpulan data secara sistematik untuk memberikan satu gambaran yang jelas berkenaan dengan situasi sekarang ataupun yang telah lepas. Kaedah deskriptif ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara kualitatif dan juga kuantitatif. Kaedah kualitatif ialah kaedah di mana temubual dan juga pemerhatian dijadikan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat daripada responden-responden yang tertentu, manakala kaedah kuantitatif ialah kaedah yang menggunakan borang kaji selidik sebagai medium bagi mengumpul data dan maklumat penyelidikan. Kedua-dua bahagian di dalam kaedah deskriptif ini sama ada kualitatif ataupun kuantitatif, dapat memberikan impak yang berlainan ke atas maklumat yang ingin dikumpul bagi menyokong andaian-andaian yang telah dibuat. Walaubagaimanapun, kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif sebagai cara ataupun pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan kaedah ini dapat menyumbang kepada beberapa faedah atau kebaikan jika dibandingkan dengan kaedah kualitatif dan antara faedah dan kebaikannya adalah:-

Ianya memudahkan responden untuk menjawab kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah ringkas dan padat.

8

Ianya juga memudahkan responden dari segi menjawab soalan kerana jawapan telah disediakan dan ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk mereka menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

Ianya memudahkan penganalisaan data selepas data dikumpul kerana perbezaan ataupun persamaan ke atas statistik yang telah dibuat dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketara berbanding dengan cara yang lain.

9

3.2 Populasi Populasi dapat ditakrifkan ataupun merujuk kepada sesebuah kumpulan sama ada ianya melibatkan orang, persitiwa ataupun benda dan untuk kajian ini, populasinya diambil daripada pesakit-pesakit yang menggunakan ataupun yang memakai Plaster of Paris (POP) yang berada di Hospital Seremban. Hospital Seremban dipilih sebagai lokasi ataupun populasi untuk kajian ini kerana ianya adalah pusat ataupun tempat bagi pelatih-pelatih Pembantu Perubatan menjalankan latihan praktikal sekaligus ianya memudahkan proses pengumpulan data kerana dapat meminimumkan masa untuk mencari maklumat terutamanya terhadap pesaki