Resipi Kek

  • Published on
    11-Aug-2015

  • View
    85

  • Download
    8

Embed Size (px)

Transcript

Kek Hati Pari Bahan-bahan: 10 biji telur ayam 16 auns mentega 1 tin susu manis 9 gelas tepung gandum 6 gelas gula pasir 8 sudu gula hitam 3 sudu teh soda bikarbonat 300gm kismis 1 bungkus buah prune Cara membuat: Pukul telur dengan gula sampai kembang. Mentega dipukul hingga kembang baru dimasukkan ke dalam adunan telur tadi. Tepung gandum diayak berserta dengan soda bikarbonat. Kemudian tepung itu digaul ke dalam adunan tadi. Bubuh susu dan gaul hingga rata baru masukkan buah prune dan kismis. Akhir sekali masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati. Kukus selama 8 jam. Kek Kukus Buah-Buahan Bahan-bahan: 500 gm mentega 600 gm tepung gandum 370 gm gula halus 450 gm buah-buahan dipotong kecil 250 gm gula-dihanguskan 5 biji telur- yang besar 2 sudu teh rata soda bikarbonat 2 sudu teh rata cream of tartar sudu teh serbuk buah pala 2 sudu makan lemon sunquick 1 sudu makan penuh perasa coklat Cara membuat: Mentega dan gula dipukul hingga putih lalu masukkan telur sebiji demi sebiji dipukul lagi hingga pekat dan kembang. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar, buah-buah campuran dan serbuk pala digaul hingga rata. Masukkan lemon sunquick, perasa coklat dan kacau lagi hingga rata. Masukkan gula hangus, dipukul dengan cepat-cepat sehingga rata. Tuang ke dalam loyang berukuran 10x10x3 inci dan kukuslah selama 4 jam. Di atasnya ditutup dengan kertas timah.

Kek Nakhoda 8 biji telur ayam 1 gelas gula halus 2 gelas tepung gandum tin susu manis 3 sudu makan browning 16 auns mentega 1 tin tinggi kaya 1 botol horlick kecil 4 sudu makan milo Cara membuat: Mentega,susu dan kaya dikacau dalam satu bekas hingga sebati tetapi jangan sampai kembang. Telur dan gula dipukul hingga kembang. Kemudian campurkan menjadi satu adunan tadi dan masukkan tepung gandum. Selepas itu masukkan horlick, milo dan browning, Pukul hingga sebati dan kukus selama 4 jam. Kek Hijau 6 biji telur 1 gelas horlick 8 auns mentega 1 gelas kaya 1 gelas tepung gandum gelas gula halus Sedikit pewarna hijau Cara membuat: Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil memukul. Kemudian masukkan kaya dan horlick. Kacau rata-rata. Masukkan tepung dan pewarna hijau. Masukkan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.

Kek Widuri 10 biji telur 300 gm mentega 1 gelas gula (diberi warna kuning dan hijau) 100 gm manisan masam manis 125 gm minyak sapi 1 gelas gula halus 2 gelas CERELAC (Nestum with milk) 1 gelas tepung biskut cracker 1 tin susu manis Cara membuat: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga kembang. Ketepikan dahulu. Di dalam bekas yang lain pukul mentega dan minyak sapi sehingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Campur adunan mentega ke dalam adunan putih telur. Gaul hingga rata. Masukkan cerelac, tepung biskut kraker, gula berwarna hijau dan kuning, buah masam-manis dan susu. Kukuslah adunan tadi sehingga masak. Kek Lapis Hitam Putih Bahan-bahan: 16 auns mentega 10 biji telur 3 sudu meja gula hitam 3 gelas tepung gandum 1 tin susu manis 2 paket buah prune 3 gelas gula halus Hitam Buah prune dikisar halus. Mentega tin digaul dengan 1 gelas halus dan tin susu. Masukkan kuning telur dan gaul hingga rata. Masukkan buah prune, 1 1/2 tepung gandum dan gula hitam. Putih Mentega tin dipukul dengan tin susu manis. Pukul putih telur dengan 2 gelas gula sampai putih. Kemudian campurkan ke dalam adunan mentega tadi. Akhir sekali masukkan 1 gelas tepung gandum. Kukus berselang seli sehingga habis

Fudge Coklat 450gm mentega 275 gm krim keju 400gm gula kastor/kastard 225gm tepung gandum 140gm serbuk koko 15gm serbuk soda bikarbonat 10 biji telur Cara menyediakan: Pukul mentega, krim keju dan gula hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati. Tuangkan tepung,soda bikarbonat dan juga serbuk koko. Masukkan dalam loyang dan bakar selama sejam. Kek Keju Berjaya 330gm krim keju 80gm gula pasir 15gm tepung jagung 2 biji telur 35ml susu segar 70gm krim masam 10gm gula pasir 1 biji putih telur Cara menyediakan: Pukul krim keju dan 80gm gula pasir hingga gebu. Kemudian tuangkan tepung jagung, susu segar, dan krim masam. Gaul perlahan hingga sebati. Ketepikan. Sementara itu pukul 10gm gula pasir dan putih telur hingga gebu. Tuangkan ke dalam adunan yang diketepikan tadi. Gaul sebati perlahan-lahan. Masukkan dalam acuan. Acuan tadi hendaklah diletakkan dalam bekas lain yang berisi air. Bakar selama sejam dua puluh minit.

Kek Coklat Koko 200gm kismis hitam 160gm gula kisar 200gm tepung gandum 40gm serbuk koko cawan coca cola sedikit serbuk kayu manis sedikit esen vanilla 11/2 sudu kecil serbuk penaik 200gm mentega 4 biji telur Cara menyediakan: 1. Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. 2. Panaskan coca cola, tetapi jangan sampai meruap, kemudian sejukkan. Putar mentega dan gula kisar hingga putih. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul Perlahan mesin pengadun, campurkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli coca cola adun hingga rata. 5. Campurkan esen vanilla, serbuk kayu manis, mamarlade dan kismis kacau lagi. Lapik acuan dengan kertas minyak dan sapu lelemak sayur. Tuangkan adunan dan ratakan permukaannya. 7. Bakar di dalam ketuhar yang panasnya 160 darjah celcius hingga masak. 8. Sejukkan sebelum dihias dengan coklat cair dank rim mentega Kek Kopi 4 biji telur 350gm tepung kek 250gm mentega 200 gm gula 3 sudu makan susu cair 1 sudu makan esen kopi Cara memasaknya. 1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. 2. Tambah sebiji demi sebiji, dengan memukul rata-rata setiap kali ditambah telur. 3. Masukkan tepung, susu cair dan esen kopi. Gaul rata sebelum dituang ke dalam acuan pembakar. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

3. 4. 6.

Kek Pandan 3 biji telur 300 gm tepung kek 250 gm mentega 150 gm gula 3 sudu makan perahan air daun pandan dicampurkan dengan sudu makan esen 1 sudu the soda bikarbonat Cara memasaknya 1. Putar gula dan mentega sehingga ringan dan gebu. 2. Masukkan tepung, diikuti telur satu persatu. 3. Masukkan perahan air pandan yang telah dicampurkan dengan esen hijau. Terus putar sebelum dimasukkan ke dalam acuan. Bakar pada suhi 180C selama 40 minit. Kek Gula Hangus 300 gm tepung gandum 250 gm gula hangus 175 gm gula 2 biji telur 1 sudu makan soda bikarbonat 1 sudu makan minyak zaitun Cara memasaknya. 1. Putar telur dan gula hingga gebu. 2. Masukkan gula hangus dan soda bikarbonat. 3. Masukkan tepung dan minyak zaitun, kemudian dipukul pada kelajuan rendah. Tuang adunan ke dalam acuan dan baker pada suhu 180C selama sejam.

Kek Strawberi 300 gm tepung kek 250 gm mentega 3 biji telur 150 gm gula 3 sudu makan susu cair 1 sudu makan esen strawberi Cara membuatnya 1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Tambah susu cecair dan esen strawberi. Pukul sebati dan tuang ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit. Kek Belang 10 biji telur ayam 450 gm mentega 350 gm tepung kek 350 gm gula 100 gm koko 2 sudu makan makan esen vanilla 2 sudu makan serbuk penaik Cara membuatnya 1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. 2. Masukkan telur satu per satu. 3. Masukkan esen vanilla, serbuk penaik dan tepung. Gaul sebati. 4. Bahagi kepada dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan digaul sebati. Selepas itu selang selikan adunan dalam acuan kek dan baker pada suhu 180C selama 45 minit.

Kek Coklat Nazam Berkasih 500 gm gula 225 gm mentega 4 biji telur 400 gm tepung gandum 125 gm serbuk koko 20 gm soda bikarbonat 750 ml susu segar Cara membuatnya 1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang. 3. Masukkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat. Gaul rata dan selang selikan dengan susu segar. Adun sehingga sebati. 4. Masukkan dalam loyang dan baker pada suhu 180C selama 45 minit 1 jam. Kek Krim Segar 1.2 kg krim segar 600 gm coklat 525 gm mentega 150 gm gula 18 gm serbuk gelatin 45 ml air 9 biji kuning telur Hiasan Krim kopi secukupnya Bijirin kopi secukupnya

Cara memasaknya 1. Cairkan serbuk gelatin bersama air dengan api perlahan. Angkat dan ketepikan adunan gelatin. 2. Pukul telur kuning dengan gula sehingga berkrim. Ketepikan adunan. 3. Cairkan coklat dan ketepikan. 4. Pukul krim segar sehingga keras, kemudian masukkan adunan telur tadi. 5. Perlahan-lahan masukkan coklat cair dan adunan gelatin. 6. Tuang ke dalam acuan dan masukkan dalam peti dingin beku. Biarkan semalaman sebelum dihias dengan bijirin dan krim kopi.

Kek Coklat Manis 2 kg coklat 1.5 kg walnut 1.4 kg telur 1 kg tepung kek 460 gm gula perang 250 gm mentega 125 gm serbuk koko 1 sudu the esen vanilla Krim segar secukupnya Cara membuatnya 1. Panaskan ketuhar pada 180C. 2. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. 3. Masukkan telur dan pukul lagi. 4. Cairkan coklat dan ketepikan. 5. Masukkan tepung kek, serbuk koko, esen vanilla dan hirisan walnut. 6. Tuang dalam acuan dan baker selama 40 minit. Keluarkan dan bolehlah dihias dengan krim segar. Kek Cakra Alam 10 biji telur 16 oz mentega 2 gelas tepung gandum 1 gelas gula halus 1 tin susu manis 1 botol kecil horlick 1 kotak kismis campuran(dihiris halus) sedikit esen vanilla 1 sudu baking powder pewarna hijau 1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang. 2. Kemudian, masukkan telur satu persatu sehingga habis dan pukul lagi sehingga rata. 3. Selepas itu, masukkan pula susu, horlick, baking powder, buah kismis, esen vanilla dan pewarna hijau. 4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Apabila siap, sediakan acuan dan bakar sehingga masak.

Kek Midnight 5 biji telur ayam 16 oz mentega 11/2 gelas gula 2 gelas tepung gandum 1 tin susu manis 1 tin nestle cream 2 botol kecil browning 1 botol kecil Horlick 2 sudu kecil esen vanilla 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. 3. Masukkan tepung, nestle cream, Horlick, susu manis, browning sugar dan esen vanilla. Gau