rph bm kssr1

  • View
    1.455

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Rancangan Pengajaran Harian KSSR

Hari Masa Kelas Bilangan Murid Mata Pelajaran

: : : : :

Rabu 8.15 pagi 9.15 pagi 1 Bijak 15 orang Bahasa Melayu

TEMA TAJUK

ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU Mengenal bunyi di sekeliling kita

1

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

FOKUS UTAMA

STANDARD KANDUNGAN

1.1. Asas mendengar dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai bunyi dalam persekitaran 1.6. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2. Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul. 1.6.2. Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila

FOKUS SAMPINGAN

STANDARD KANDUNGAN

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member respon dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.

2

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; i. Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam sesuatu persekitaran yang didengar dengan betul. Ii Menyampaikan maklumat dengan tepat berdasarkan sumber secara bertatasusila. iii. Membezakan benda hidup dengan benda bukan hidup. Iv. Membaca dan memahami maklumat berdasarkan teks yang diberikan.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu : Sains ii. KBT : Kecerdasan Pelbagai; Verbal linguistik, Kinestetik dan Naturalis Kemahiran Berfikir ; Menjana idea iii. Nilai Murni : Keberanian, yakin diri dan bekerjasama. iv. Kajian Masa Depan

MEDIA

Petikan dalam bentuk ICT,laptop, speaker, papan dam ular

3

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

LANGKAH Set Induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN -Guru memasang lagu Pak Mamat Ada Kebun Apakah bunyi haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut? Jawapan: moo...moo

AKTIVITI -Guru memainkan lagu Pak Mamat Ada Kebun - Murid menyanyikan lagu bersamasama guru berdasarkan lirik yang tertera di laptop -guru bersoal jawab dengan murid berkaitan lagu tersebut

CATATAN ABM: i) Speaker ii) Laptop

Kecerdasan Pelbagai; Kinestetik dan Visual ruang ABM : i) komputer riba, ii) speaker ICT

Langkah 1 (20 minit)

Guru memasang bunyi-bunyi tertentu -Guru meminta murid mendengar bunyi dan mengecam bunyi tersebut dengan menggunakan komputer riba: -Guru meminta murid mengajuk semula -bunyi katak bunyi dan meneka bunyi tersebut. -bunyi itik -bunyi monyet -bunyi kucing -bunyi lembu -bunyi angsa -bunyi di kawasan pembinaan -bunyi ombak

- Guru menunjukkan jawapan yang betul Nilai: Keberanian, bagi bunyi-bunyi itu. Yakin Diri Kemahiran Berfikir: i )Menjana idea ii) Penerapan kosa kata

4

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

-bunyi kereta -bunyi kuda -bunyi angin -bunyi hujan -bunyi harimau -bunyi ayam -bunyi burung Langkah 2 (20 minit) -Guru menayangkan slaid persembahan cerita Anak Itik Yang Hodoh kepada murid-murid. - Guru meminta murid membunyikan bunyi yang terdapat dalam cerita tersebut. -Contoh: perkataan ayam, jadi murid perlu membunyikan bunyi ayam. -Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut. ABM: i) komputer riba, ii) LCD Nilai: - Beri perhatian - Berani - Berkeyakinan

5

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Langkah 3 (15 minit)

-Guru membahagi kepada 3 kumpulan. -Guru menyediakan satu permainan iaitu Dam Ular kepada murid. -Guru menerangkan cara bermain serta peraturan permainan tersebut. -Peraturan: i) pemain perlu melambung buah dadu yang telah dibekalkan dan perlu menggerakkan token kumpulan.

i) Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk membaling buah dadu. ii) Wakil kumpulan melambung buah dadu kemudian menggerakkan token mengikut bilangan angka yang diperoleh. iii) Wakil tersebut akan membaca soalan yang telah disediakan dan ahli kumpulan yang lain menjawab soalan tersebut. Contoh soalan :

ABM: Papan Dam Ular Laptop Speaker Kecedasan Pelbagai; i) Verbal Linguistik ,

ii) setiap petak mengandungi soalan. 1. Sila bunyikan bunyi kucing Wakli kumpulan perlu membaca soalan manakala ahli kumpulan akan 2. Cuba teka bunyi ini moo moo moo menjawab soalan tersebut 3. Sila buat gaya berserta bunyi orang utan iii) Jika token sampai di petak yang mengandungi tangga,mereka perlu iv) Kumpulan yang menang akan menjawab soalan yang disediakan diberikan hadiah. dengan betul untuk menggerakkan token tersebut ke petak yang telah ditetapkan. Jika gagal, mereka tidak boleh menggerakkan token ke petak tersebut. iv) Setiap wakil perlu bergilir-gilir

6

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

melambung dan membaca soalan. v) Giliran untuk menggerakkan token akan diberikan mengikut urutan kumpulan.

vi) Kumpulan yang cepat sampai ke kotak penamat dikira sebagai pemenang.

Penutup (5 minit)

Guru membuat bersama murid-murid Murid-murid berbincang bersama-sama rumusan tentang : dengan guru tentang rumusan pelajaran pada hari itu. -bunyi-bunyi di sekeliling kita Murid-murid dan guru menyanyikan - membezakan bunyi benda hidup lagu `Bapaku Pulang Dari Kota dengan benda bukan hidup. berdasarkan lirik bersama-sama sambil membuat gaya masing-masing Lagu Bapaku Pulang Dari Kota

ABM: i) Laptop ii) Speaker ICT

7

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Analisis tentang kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru.

Set Induksi (5 minit)

-Guru memasang lagu Pak Mamat Ada Kebun Apakah bunyi haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut? Jawapan: moo...moo

-Guru memainkan lagu Pak Mamat Ada Kebun - Murid menyanyikan lagu bersamasama guru berdasarkan lirik yang tertera di laptop -guru bersoal jawab dengan murid berkaitan lagu tersebut

ABM: i) ii) Speaker komputer riba

Kaedah Fonik

Kaedah Pandang Sebut

Kecerdasan Pelbagai; Kinestetik dan Visual ruang Rajah 1: Set Induksi

8

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Berdasarkan rajah satu, guru memulakan sesuatu pengajan dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi. Set induksi bertujuan untuk menarik minat murid semasa mahu memulakan sesuatu pembelajaran. Pada kali ini, kami memulakan set induksi dengan meminta murid bernyanyi bersama-sama Pak Mamat ada Kebun. Guru akan memasang lagu Pak Mamat ada Kebun melalui laptop dan murid mendengar serta melihat video klip yang melalui lagu itu. Guru telah menggunakan kaedah Pandang dan Sebut di dalam sesi induksi ini. Kaedah ini melibatkan murid untuk memandang sesuatu dan mengajuk serta mengikut kembali apa yang dilihatnya. Contohnya di dalam klip video Pak Mamat ada Kebun, dipaparkan jenis-jenis bunyi haiwan berserta gambar haiwan tersebut, misalnya gambar kucing dan bunyinya meow meow meow. Apabila murid melihat gambar tersebut serta mendengar bunyi haiwan tersebut, murid akan mengajuk kembali dan mengealpasti haiwan yang tertera di dalam klip video Pak Mamat ada Kebun. Kaedah ini amat berguna bagi murid tahun satu di dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Mereka akan menggunakan deria pendengaran serta deria penglihatan bagi mengelpasti imej yang terpapar di skrin. Interaksi juga berlaku ketika kaedah pandang dan sebut ini berjalan di dalam kelas. Hal ini disebabkan guru akan bersoal jawab sepanjang set induksi ini berlangsung. Contoh soalan seperti ; Apa yang kamu nampak di dalam klip video ini?, Apa yang kamu dengar di dalam klip video ini?. Murid akan menjawab segala pertanyaan guru. Guru juga telah menggunakan kaedah fonik. Kaedah fonik ini melibatkan kemahiran mendengar murid. Kerana di dalam pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru telah memfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai fokus utama di dalam hasil pembelajaran. Kaedah fonik ini melibatkan bunyi-bunyian. Ia sebenarnya memfokuskan bunyi huruf, tetapi disebabkan rancangan pengajaran harian ini merupakan rancangan pengajaran harian untuk murid tahun satu, maka, mereka perlu mengenal bunyi-bunyi alam dan bunyi-bunyi yang terdapat di persekitaran mereka. Kaedah fonik ini bertujuan bagi menguji tahap kemahiran mendengar murid-murid sama ada mereka dapat mengecam bunyi atau tidak. Akan tetapi, di dalam set induksi ini, guru memaparkan tayangan klip video dan murid juga perlu memerhati serta

9

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

mendengar lagu serta bunyi yang terdapat di dalam lagu tersebut. untuk menguji sama ada mereka dapat menggunakan kemahiran mendengar mereka dengan baik atau mereka mengalami masalah dalam mengecam bunyi tersebut. cara menguji sama ada mereka mendengar atau tidak ialah dengan menggunakan teknik soal jawab atau tindakbalas murid-murid tersebut apabila mereka mendengar sesuatu bunyi.

Contohnya, apakah yang mereka akan lakukan setelah mereka mendengar bunyi ayam. Adakah mereka akan mengajuk kembali atau senyap sahaja? Apabila mereka mengajuk kembali bunyi ayam tersebut, sahlah mereka mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Begitu juga sebaliknya. Terdapat murid yang memerlukan guru mengulang kembali bunyi yang didengarinya. Guru perlu banyak mendedahkan bunyibunyian kepada murid. Selain itu, guru juga boleh mengetahui tahap kemahiran mendengar murid dengan bersoal jawab berkaitan dengan klip video yang dipaparkan sebagai contoh ; bagaimana murid haiwan sekian. dan sebagainya. Sebagai seorang murid yang mempunyai tahap kemahiran mendengar yang baik mereka akan menjawab soalan dengan betul dan begitu juga sebaliknya. Teknik yang digunakan di dalam set indu