Rph-kegemilangan Melaka Agama Islam

• Published on
08-Dec-2014

• View
105

• Download
2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KT

Transcript

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Kelas :5 Bil Murid : 2 orang Masa : Tarikh : Tema : Sejarah Negara Kita Tajuk : Kegemilangan Melaka: Pusat Penyebaran Islam

1. Hasil Pembelajaran Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1) Menyatakan peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam 2) Membuat kesimpulan tentang faktor-faktor yang mendorong kegemilangan Melaka 2. Unsur Patriotisme a) berbangga dengan sejarah negara b) menghargai jasa pengasas Kesultanan Melayu Melaka 3. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1) Pedagogi a) Kecerdasan pelbagai b) Kemahiran berfikir c) Kaedah koperatif d) Sumbang saran e) Inkuiri penemuan f) Kaedah pemerhatian g) Kaedah kontekstual h) Kemahiran belajar i) Kaedah konstruktivisme Penerapan Nilai- menghargai negara kita - menyayangi negara kita Unsur Patriotisme - Berbangga dengan negara kita

Pengetahuan Perlu ada : - Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah. Bahan Sumber P & P: - Gambar - Buku teks Kajian Tempatan Tahun 5 - kad kad bagi melabel peta - Lembaran kerja - LCD/ lap top (Microsoft Power Point)

Prosedur Pelaksanaan SET INDUKSI (5 minit) 1. 2. Guru menunjukkan gambar-gambar pelbagai

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

jenis agama yang dianut di negara ini. Guru bertanya soalan kepada para pelajar tentang agama-agama yang ditonjolkan dalam gambar-gambar; i. Apakah yang anda dapat rumuskan berdasarkan gambar-gambar tersebut? ii. Apakah agama yang diamalkan oleh majoriti rakyat Malaysia? iii. Sejak bilakah agama tersebut diamalkan di negara ini? iv. Apakah agama rasmi negara kita? LANGKAH 1 (15 minit) 1. 2. 3. Guru mengaitkan dengan penyebaran agama Islam pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Guru akan menunjukkan sebuah klip video yang menggambarkan perniagaan zaman Melaka. Guru mengaitkan penyebaran i. Mengapakah Melaka agama Islam dengan perdagangan dengan sesi soal jawab; menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari barat dan timur? ii. Pada musim apakah mereka berlayar ke Melaka? iii. Apakah faktor yang menyebabkan mereka tinggal di Melaka? 4. Dengan bantuan sesi soaljawab guru mengaitkan penyebaran agama Islam dengan perdagangan. Langkah 2 (15 minit) 1. Guru membincangkan 3 teori kedatangan Islam dari India, Arab dan China. 2. Guru melekat Peta Asia Tenggara yang besar di hadapan kelas. 3. Murid-murid dibekalkan kad-kad yang perlu dilabel oleh pelajar-pelajar di peta.

INKUIRI PENEMUAN: Menjana idea KB : Berfikir,melihat , mendengar

SPP : Gambar tempat ibadat pelbagai kaum di Malaysia

KB : berfikir, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, menyampaikan maklumat

SPP: Video Nilai : bersyukur dan berbangga

TKP: Verbal-linguistik, visual BCB : Membuat rujukan

SPP : Buku teks KT Tahun 5 Nilai Murni : Kerjasama

4. Selepas melekat murid-murid akan menjelaskan kedatangan agama Islam dengan menggunakan anak panah.

LANGKAH 3 (20 minit) 1. Guru menunjukkan peta minda yang meringkaskan penyebaran agama Islam daripada Melaka ke tempat-tempat lain di Asia Tenggara. 2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan akan menjelaskan peta minda.

SPP : Peta minda TKP Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal KB: Pemerhatian Nilai Murni: Berani bersuara pendapat

PENUTUP (5 minit ) 1. Guru merumuskan secara keseluruhan kegemilangan Melaka; pentadbiran, perdagangan dan penyebaran agama Islam. 2. Guru memberi pengukuhan dengan latihan. KB : Merumus

KBKK : Menjana idea Strategi : Penerapan

ABM yang perlu disediakan: 1. Peta Asia dan label-label tempat penyebaran agama Islam 2. Video Sister barter 3. Gambar-gambar tempat ibadat 4. Peta minda Islam tiba di Melaka 5. Peta minda Islam tersebar ke tempat lain di Asia Tenggara daripada Melaka 6. Peta minda rumusan umum (m/s 55)

Tempat Ibadat

Peta minda Islam tiba di Melaka

Penyebaran Islam dari Melaka