Rph Kssr Pj Tahun 1

  • View
    6

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rph Kssr Pj Tahun 1

Transcript

RPH KSSR PJ Tahun 1Mata pelajaran: Pendidikan JasmaniKelas: 1 MerahBilangan murid: 10 OrangTajuk : Manipulasi alatan ( Menangkap Bola)Tarikh: 29 / 09 / 2014Masa: 7.30pagi 8.00 pagiStandard Kandungan : 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. 2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan. 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.Standard Pembelajaran : 1.4.3 Menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan lakuan yang betul. 2.3.4 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima bola. 5.4.1 Melakukan aktivi secara berpasangan.Pengalaman sedia ada: Mempunyai pengalaman melambung dan menyambut bola.

Objektif pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Psikomotor - Melakukan lakuan yang betul menangkap bola dengan menggunakan dua belah tangan.2. Kognitif - Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan. - Menyatakan lakuan yang betul untuk menangkap bola dengan menggunakan tangan.3. Afektif - Keyakinan diri, semangat tanggungjawab ditanam dalam diri.

Nilai-nilai murni : Guru sentiasa memberi galakkan kepada murid.Kemahiran berfikir : Menghubungkait koordinasi mata dan tangan semasa melambung dan menangkap pundi kacang dan bola.Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Kreativiti & inovatif , muzikBahan Bantu Belajar: 1. Bola : 5 unit 2. Skital : 4 unit3. Pundi Kacang : 10 unit 4. Lagu : 1 muzik lagu: 1 lagu Penilaian pengajaran dan penbelajaran : Lembaran kerja

Bahagian/ MasaAktivitiFokus PembelajaranPengelolaan/ Strategi PdPAlatan/ Catatan

1. Permulaan (5 minit )

1. Memanaskan Badan

a) Menari tarian Chicken dance mengikut tempo muzik.

b) Memanaskan badan dengan permainan kecil

- Meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan- Meningkatkan kadar degupan jantung- Mewujudkan keseronokan

- Berjalan secara bebas sambil melakukan pelbagai lakuan seperti bentuk huruf, binatang dan tumbuhan.- Berhenti melakukan lakuan tersebut di tempat masing-masing apabila muzik diberhentikan untuk membuat regangan pada bahagian kepala, tangan dan kaki di dalam kawasan yang ditetapkan.

1. Guru akan memberi arahan untuk berbaris dalam 2 baris melintang.Guru

2. Murid-murid mengambil kawasan masing-masing untuk memanaskan badan.3. Guru dan murid bersama-sama menari tarian chicken dance untuk mewujudkan keseronokan.

1. Murid berjalan secara bebas sambil melakukan pelbagai lakuan seperti bentuk huruf, binatang dan tumbuhan.

2. Murid berhenti di tempat masing-masing apabila muzik lagu diberhentikan.3. Kemudian, membuat regangan kepala, tangan dan kaki. Muzik lagu Lagu Gaya Langsung Kaedah kuliah demonstrasi

2. Perkembangan:( 8 - 12 minit )

Aktiviti 1: Melambung dan mengkap pundi kacang dengan statik.

Aktiviti 2:Tepuk tapak tangan selepas melambung pundi kacang, kemudian menangkap pundi kacang semula dengan statik.

Aktiviti 3:Melambung dan menangkap pundi kacang sambil berjalan.

Aktiviti 3:Menangkap dan melambung pundi kacang atau bola.(Bergantung kepada prestasi murid)

1. Mata :Fokus kepada pundi kacang. 2. Kaki: Buka seluas bahu3. Tangan: Melambung dengan sebelah tangan. Melambung pundi kacang ke arah atas. Menangkap dengan dua belah tangan.

1. Mata :Fokus kepada pundi kacang. 2. Kaki: Buka seluas bahu3. Tangan: Melambung dengan sebelah tangan. Melambung pundi kacang ke arah atas. Tepuk tangan sekali. Menangkap pundi kacang dengan dua belah tangan.

1. Mata :Fokus kepada pundi kacang. 2. Kaki: Berjalan dengan langkah yang kecil3. Tangan: Melambung dengan sebelah tangan. Melambung pundi kacang ke arah atas. Menangkap dengan dua belah tangan.

Penghantar:1. Kaki : Buka seluas bahu.2. Mata : Fokus kepada bola / pundi kacang dan penerima.3. Tangan: Bola Memegang bola dengan dua belah tangan. Jari dalam keadaan terbuka untuk melambung bola.

Melambung ke arah pasangan. Pundi kacang Melambung kepada penerima dengan sebelah tangan.

Penerima:1. Kaki: Buka seluas bahu.2. Mata: Fokus kepada bola / pundi kacang.3. Tangan: Bola Menerima bola dengan menggunakan dua belah tangan. Jari dalam kedudukan buka semasa membuat tangkapan. Serap daya semasa menerima bola. Pundi kacang Menangkap pundi kacang dengan dua belah tangan.

4. Bergerak ke arah bola/ pundi kacang.

1. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara melambung dan menangkap pundi kacang yang betul.2. Setiap murid mengambil pundi kacang dan mengambil jarak sendiri untuk berlatih.

1. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu.2. Setiap murid mengambil pundi kacang dan mengambil jarak sendiri untuk berlatih.

1. Guru membuat demonstrasi melambung dan menangkap pundi kacang sambil berjalan dengan cara yang betul.2. Bahagi murid kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan 5 orang.3. Kumpulan masing-masing berbaris dalam satu barisan seperti berikut:

4. Setiap pelajar akan bergilir-gilir untuk melambung pundi kacang sambil berjalan ke skitel penamat.

Kumpulan BKumpulan A

1. Kumpulan A dan kumpulan B berbaris dalam barisan masing masing.

2. Murid yang berada di kumpulan A bersama-sama melambung bola kepada kumpulan B.3. Mata murid kumpulan B fokus kepada bola dan menangkap dengan dua belah tangan.4. Murid kumpulan A dan Kumpulan B akan bergilir-gilir melambung dan menangkap bola. Pundi kacang

Skital Pundi kacang

Bola Pundi kacang

Kemuncak(8 minit)Permainan kecil:Anak monyetPeraturan permainan:Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet, murid yang melambung bola menjadi monyet.

1. Terdapat 2 kumpulan yang 3 orang dalam 1 kumpulan.2. Manakala 1 kumpulan lagi, 4 orang dalam 1 kumpulan.3. Murid A boleh menghantar bola kepada muric C dengan pelbagai cara.4. Murid C menangkap bola dan menghantar kembali ke murid A.5. Murid B (monyet) cuba menyentuh bola. Jika berjaya, murid B akan menggantikan murid yang gagal menghantar bola kepada rakannya.

Penutup1. Membuat regangan.2. Membuat kesimpulan.1. Murid-murid membuat regangan tangan dan kaki.2. Murid bernafas sebanyak 3 kali. Kali yang terakhir menyebut huray!3. Guru membuat kesimpulan.4. Murid membuat lembaran kerja.1. Murid berjalan dengan bebas sambil membuat regangan tangan dan kaki.2. Murid duduk dalam dua barisan untuk mendengar guru membuat kesimpulan.3. Murid-murid membuat lembaran kerja.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran: a. Borang Pentaksiranb. Lembaran kerja Mewarnakan gambar rajah pada bahagian yang terlibat semasa menangkap bola.

Refleksi : i. Kebaikan:ii. Kelemahan:iii. Cadangan Penambahbaikan:Tindakan susulan : a. Pemulihan: b. Pengukuhan: c. Pengayaan: