RPH KSSR Tahun 3 (Topeng)

  • View
    17

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

topeng

Transcript

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 3 (KSSR)

Mata Pelajaran:Dunia Seni VisualTahun/Kelas: Tahun 3 TekunTarikh : 24 Februari 2015Masa: 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam)Bidang: Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti: TopengTajuk: Alam Sekitar - Haiwan KesayanganMedia : Alat gunting , pen marker Bahan- kad manila

Standard Kandungan :

1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada topeng.2. Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan topeng.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan topeng.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran

3.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal,memahami,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng.

3.1.1 Unsur Seni3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Warna sekunder3.1.1.2 Jalinan tampak dan sentuh 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan simetri

3.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan pensel \ warna,kad manila, gam, benang tali atau gelang getah , contoh muka haiwan yang telah siap.

3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam pengasilan karya

3.3 Ekspresi Kreatif - Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya3.4 Apresiasi Seni - Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

3.4.1 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 3.4.2 Melakonkan watak topeng yang dihasilkan

Objektif: Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat;i. membuat binaan topeng berdasarkan tema haiwan kesayangan.ii.melakukan aktiviti melakar, menggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul.iii.menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri

Strategi Pengajaran & Pembelajaran :1) Pedagogi: Kecerdasan pelbagai : Verbal Linguistik,Kecerdasan pelbagai : Muzik, Simulasi2) Sumber P&P:Puzzle Kucing, Topeng Haiwan, Video Lagu Bunyi Binatang, Laptop dan LCD

EMK : Keusahawanan, TMK, kreativiti dan inovatif, dan nilai murni.

Teknik Penghasilan : Guntingan/Cantuman/Tampalan/GamPengetahuan sedia ada : Mengetahui haiwan-haiwan yang menjadi haiwan peliharaan di rumah.Nilai Murni: i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong. ii. Sikap sayang kepada haiwan.

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti Catatan

PERSEPSI ESTETIK (5 minit)

1.Guru meminta murid untuk mencari kad kad puzzle di sekeliling kelas.2.Dengan kad kad puzzle yang dikumpul, murid diminta untuk menyelesaikan puzzle di hadapan kelas.3. Murid meneka gambar yang terbentuk pada puzzle tersebut.4. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pempelajaran (haiwan kesayangan).5. Guru menunjukkan beberapa contoh topeng yang berbentuk haiwan kepada murid dan mengaitkatkanya dengan isi pelajaran iaitu topeng.

Puzzle Kucing

Topeng

BBM : Puzzle Kucing, Contoh topeng.

Nilai Murni : Sikap sayang kepada haiwan

APLIKASI SENI(25 minit)

1. Guru menjelaskan definisi, konsep, ciri-ciri dan juga jenis-jenis topeng kepada murid dengan menggunakan slaid power point.2. Guru memberi penerangan tentang langkah-langkah penghasilkan topeng dan menyatakan bahan- bahan yang diperlukan.3. Guru mengagihkan bahan-bahan kepada murid di samping menekankan aspek kebersihan dan keselamatan semasa melakukan aktiviti.4. Guru juga menjelaskan langkah penghasilan kepada murid.

Power Point

Bahan yang diagihkan:Kad manila,gunting,gam dan gelang getah.

Proses PenghasilanTeknik Penghasilan:Lakaran

Bahan:kadManila , Gunting

Teknik Penghasilan: gunting

EKSPRESI KREATIF (Perkembangan 15 minit)

1. Murid mula melakar gambar muka haiwan di atas kad manila mengikut idea masing-masing sambil dibimbing.2. Murid menggunting lakaran mereka masing-masing.3. Guru menunjukkan cara menebuk lubang bahagian mata dan membentuk sepasang mata haiwan yang mereka buat.4. Murid diminta menebuk pada bahagian telinga topeng haiwan yang telah mereka buat.5. Guru membimbing murid memasukkan getah pada lubang telinga topeng untuk membolehkan dilekatkan pada bahagian telinga murid.6. Guru membimbing murid membuat kemasan secara kreatif pada topeng muka haiwan 7. Murid diminta untuk mewarna bentuk muka haiwan yang telah dilukis dengan padanan warna yang sesuai.8. Guru menunjukan cara menampal dan gamkan topeng dengan kertas warna agar lebih cantik dan menarik . 9. Guru membantu murid yang kurang mahir untuk menampal.

Cara membuat lakaran:1. Lakaran yang dibuat pada kertas manila kad hendaklah mengikut saiz muka murid.2. Melukis bentuk muka haiwan pada kad manila seperti lakaran mata, hidung, mulut, telinga dan lain-lain.

Cara menggunting:3. Semasa menggunting, pastikan mengikut garisan lakaran yang telah dibuat.4. Untuk bahagian mata dan telinga, tebukkan sedikit dan kemudian gunting seperti langkah yang pertama tadi.

Cara Menampal/ Mencantum/ Menggam:5. Sebelum menampal kertas warna, topeng itu telah diwarnakan mengikut warna yang sesuai. 6. Kertas warna juga telah digunting terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing untuk ditampal pada permukaan topeng.7. Semasa aktiviti ini dijalankan boleh mengunakan teknik kolaj untuk menampal, mencantum dan mengam.

Teknik Penghasilan:Tampalan/Cantuman/GamKolaj

Kaedah:Tunjukcara

APRESIASI SENI (10 minit)

1. Guru meminta semua murid memakai topeng masing-masing.2. Beberapa orang murid diminta ke hadapan kelas dengan memakai topeng. 3. Murid menceritakan topeng yang dihasilkan kepada rakan sekelas. Guru membuat penilaian hasil karya murid . 4. Guru juga meminta murid berbunyi dan mengayakan pergerakan seperti haiwan yang dilukis pada topeng.

1. Aktiviti memakai topeng dan membunyikan bunyi haiwan tersebut.

2. Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual, kekemasan, kekreatifan dan kebersihan

3. Contoh Bunyi Itik Kuek..kuek.. Pergerakan itik Berjalan sambil menggerakkan kedua- dua belah tangan seperti kepak itik.

Nilai :Sayang pada binatang.

Kaedah:SimulasiKecerdasan pelbagai:Verbal Linguistik

Penutup (5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah diajar dan memberi ganjaran kepada murid yang lebih aktif.2. Guru menayangkan slaid lagu Bunyi Binatang.3. Murid dan guru menyanyi bersama sambil mengayakan pergerakan binatang tersebut.4. Guru dan murid membersihkan kelas selepas selesai menyanyi.Menyanyikan lagu Bunyi Binatang

Nilai:Kebersihan

Kecerdasan pelbagai:Muzik

Refleksi :________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Lampiran APuzzle

Lampiran B

Contoh Topeng

Lampiran C

Tayangan Slaid

Lampiran D

Lagu Bunyi bunyi Binatang