RPH PENOLAKAN WANG MATEMATIK TAHUN 4

  • Published on
    16-Oct-2015

  • View
    231

  • Download
    2

DESCRIPTION

RPH PENOLAKAN WANG MATEMATIK KBSR TAHUN 5SEKOLAH RENDAH

Transcript

AHMAD SHUKRI B. MOHAMAD BADARUDDIN D20102042182 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 4 BESTARI Bilangan Pelajar : 30 orang Tarikh : 18 Oktober 2011 Masa : 4.20 4.50 petang ( 30 Minit ) Tajuk : Wang hingga RM 10 000. Hasil Pembelajaran : i) Menolak sebarang nilai wang daripada sejumlah wang hingga RM 10 000. ii) Menolak berturut-turut dua nilai wang daripada sejumlah wang hingga RM10 000. Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat; Kognitif : Menolak wang daripada sejumlah wang hingga RM 10 000. Afektif : Memupuk sikap suka menabung. Psikomotor : Murid melakonkan proses jual beli Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, berhati-hati KBKK : Meneliti sebahagian atau keseluruhan, menilai, menjana idea Pengetahuan sedia ada : i) Murid telah mempelajari tajuk wang semasa di tahun 3. ii) Murid telah mengenal wang dan nilainya. iii) Murid biasa menggunakan wang untuk berbelanja. AHMAD SHUKRI B. MOHAMAD BADARUDDIN D20102042182 Langkah / masa Isi pelajaran Aktiviti / kaedah penyampaian Catatan Set Induksi ( 5 minit ) Menolak wang daripada sejumlah wang hingga RM 10 000 Guru menunjukkan sekeping sampul wang. Murid cuba meneka jumlah wang yang ada dalam sampul tersebut. Guru menunjukkan nilai wang yang ada dalam sampul. Guru menunjukkan beberapa barangan beserta harga. Guru bertanya kepada murid jika murid memiliki jumlah wang di dalam sampul, kemudian membeli sepasang kasut dan uniform sekolah. Guru bertanya kepada murid , berapakah baki wang yang tinggal. Murid menjawab soalan guru. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari itu. BBM: Sampul duit raya Wang RM100, RM 50, RM 5 Nilai: Berhemah AHMAD SHUKRI B. MOHAMAD BADARUDDIN D20102042182 Langkah / masa Isi pelajaran Aktiviti / kaedah penyampaian Catatan Langkah 1 ( 5 minit ) Menolak wang daripada sejumlah wang hingga RM 10 000 Berapakah baki wang yang tinggal? Guru mempamerkan nilai wang dan beberapa keping gambar barangan beserta harga. Guru bertanya kepada murid: -Berapakah baki wang jika membeli sepasang baju? Guru menunjukkan cara menulis dalam bentuk lazim. Murid dipanggil ke hadapan untuk melakukan operasi tolak. Guru menyemak jawapan bersama murid. Guru memberikan beberapa contoh yang lain kepada murid. BBM: Kad imbasan Nilai: Berhati-hati Tertib Peka Langkah 2 ( 10 minit ) Menolak berturut-turut daripada wang sehingga RM10 000 Guru meminta beberapa orang murid untuk melakonkan aktiviti jualan barang. Guru menerangkan aktiviti yang dijalankan oleh murid. Murid membentangkan apa yang telah dibeli dengan nilai wang diberikan. BBM: Kertas majong Pen marker Blue tack Nilai: Bekerjasama Berhati-hati AHMAD SHUKRI B. MOHAMAD BADARUDDIN D20102042182 Langkah / masa Isi pelajaran Aktiviti / kaedah penyampaian Catatan Murid menunjukkan jalan kerja dalam bentuk lazim dan menyatakan jumlah baki yang tinggal. Berjimat cermat Berhemah Penutup ( 10 minit ) Soalan: Bagaimanakah untuk mencari baki wang? Bagaimana cara menolak wang dengan betul. Guru mengadakan kuiz ringkas. Guru menyoal murid tentang pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. BBM: Lembaran kerja Soalan kuiz Nilai: Bertanggungjawab Peka