Rph Pj Tahun 2

  • Published on
    13-Aug-2015

  • View
    81

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Minggu 1 2 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk 2. 1. Daya Tahan Kardiovaskular

Imbangan Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik. 2. Kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia

Isi Definisi 1.

berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti.

Kemahiran / Butir Mengajar - Lari 20 meter Individu berlari bebas dalam grid yang disediakan. Berkumpulan ( Permainan Burung Cari Makan ) - Bertiga, iaitu dua orang murid berpegangan tangan. - Apabila guru memberi arahan, Burung Cari Makan , murid yang didalam sangkar atau bulatan akan lari keluar mencari makan. - Apabila arahan Burung Masuk Sarang, murid akan cuba lari ke sarang semula. Berlari setempat. Berlari cepat Berlari cepat dan lambat. Berlari langkah panjang dan pendek. Berlari ke hadapan dan belakang.

Berlari ke sisi. Berlari tukar arah. Berlari lurus dan berbelok ( zig-zag ). Berlari berganti-ganti dalam jarak 20 meter yang ditandakan.

- Imbangan Dirian Bangau . Murid berdiri sebelah kaki mengikut keselesaan ( tanpa kasut ). Tapak kaki bebas diletakkan pada sisi lutut kaki yang berdiri. Tangan cekak pinggang. Apabila isyarat mula diberikan, murid mula tinggikan tumit untuk menjengket dan mengawal imbangan seberapa lama yang boleh.

Minggu 1 1 Waktu Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk Kesihatan Diri Isi 1. Definisi Kesihatan fizikal yang optimum dapat diperolehi melalui penjagaan kebersihan persekitaran, amalan asas kesihatan dan penjagaan pakaian dan aktiviti-aktiviti keperluan diri.

Kemahiran / Butir Mengajar - Mengenali Tubuh Badan Memeriksa kebersihan diri murid.

Menggunakan carta berkaitan bahagian-bahagian dalam tubuh badan. Menyebut perkataan berkaitan bahagian-bahagian dalam tubuh badan. Mewarna bahagian dalam tubuh badan. Menyanyikan lagu yang berkaitan dengan tubuh badan.

Minggu 2 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Pergerakan Asas 1. Lokomotor 2. Bukan Lokomotor

Isi Definisi 1. Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 2. Bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian-bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Kemahiran / Butir Mengajar - Lokomotor Berlari Skip Melompat Merangkak Berguling Menghambur ( hambur kucing )

- Bukan Lokomotor Meleding Membongkok Duduk Mengilaskan badan Memusingkan tangan Ayunkan tangan Imbangan Duduk sambil mengilas badan Menghayunkan tangan di udara.

Minggu

2 1 Waktu

Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk Kesihatan Diri

Kemahiran / Butir Mengajar - Mengenali Tulang Dan Otot Menunjukkan model rangka manusia dan gambar tulang dan otot. Membimbing murid merasa bahagian tulang otot. Menunjukkan kedudukan tulang yang sebenar dan minta murid menyebut nama tulang. Menjelaskan kedudukan tulang mengikut kedudukannya. Contoh, Tulang punggung ( tulang pelvis ), tulang tangan, tulang kaki, tulang belakang, tulang rusuk dan tengkorak . Berbincang dengan menggunakan carta untuk memperkenalkan otot-otot yang penting. Contoh, otot pada bahu, otot pada lengan, otot pada dada , otot pada abdomen dan otot pada betis. Murid merasa kedudukan otot pada tubuh badan mereka. Murid menyebut nama otot pada kedudukannya. Melabel kedudukan otot dan kedudukannya pada anggota badan. Permainan mencari nama dan otot dalam petak perkataan yang disediakan.

Minggu 3 2 Waktu Tunjang 2PJ 1. KECERGASAN 2. KEMAHIRAN

Tajuk Kelenturan Isi sendi Definisi Bermaksud keupayaan meregang otot berserta kebebasan

dengan sepenuhnya. Kemahiran /

Butir Mengajar - Meleding Sokong Dua Lutut. - Individu ( tanpa alat ) - Kaki kangkang. - Dengan menggunakan dua belah tangan, cuba sentuh rumput di belakang badan antara dua belah kaki dengan membengkokkan badan ke belakang. - Bengkokkan badan sejauh yang boleh. Berpasangan ( tanpa alat ) - Belakang bertemu belakang. - Kaki dikangkangkan. Bengkokkan badan ke hadapan, kemudian cuit tangan kawan melalui bawah kangkang. Selepas itu tegakkan badan dan cuit semula tangan kawan melalui atas kepala.

- Kemahiran Manipulasi Dengan Alatan. Lari bebas, melambung pundi kacang dan lari semula ( berulang-ulang ). Melambung dan menyambut pundi kacang dengan dua belah tangan. Melambung dan menyambut pundi kacang, tepuk tangan dua kali sebelum menyambut semula. Lari berganti-ganti, melambung dan menyambut pundi kacang. Latihan bebas, lompat dekam di sekeliling pundi kacang. Lompat ketingting ( atas sebelah kaki ) gunakan pundi kacang dengan kaki, kemudian tukar kaki. Lompat ke atas dengan lutut tinggi, tukarkan pundi kacang dari tangan kiri ke tangan kanan melalui bawah peha. Aktiviti berulang-ulang. Tangan mendepa. Jalan berimbang dengan pundi kacang dia atas kepala. Cuba berjalan cepat dan perlahan-lahan kemudian tukar arah.

Minggu 3 1 Waktu Tunjang 2PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT

Tajuk Pemakanan Berkhasiat Isi Definisi - Membezakan antara makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat Kemahiran / Butir Mengajar - Makanan Berkhasiat Dan Tidak Berkhasiat . Menggunakan gambar rajah berkaitan makanan. Contoh ; Piramid makanan. Bercerita berkaitan makanan berkhasiat, bersih dan selamat. Bercerita berkaitan makanan tidak berkhasiat dan risikonya. Menyenaraikan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Melakar dan mewarnakan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Mencari gambar tersembunyi bagi membezakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat Mewarnakan gambar berkhasiat ( dengan warna biru ) dan gambar tidak berkhasiat ( dengan warna merah ). Menyesuaikan nama makanan dan gambar makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Minggu 4 2 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk Koordinasi Isi Definisi Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Kemahiran / Butir Mengajar - Lambung Dan Sambut Bola Kecil.

Lari bebas, berhenti, melambung dan menyambut bola kecil. Lari bebas semula ( berulang-ulang ). Melambung dan menyambut bola kecil ( statik ). Lari bebas, lambung bola kecil, tepuk tangan dua kali dan sambut bola. Duduk kaki bengkok, lambungkan bola kecil yang dikepit dengan kaki kepada kawan, dan kawan di belakang menyambut dengan tangan( berulang-ulang ). Lambung, pusing dan sambut bola . Berpasangan, membaling bola dengan dua belah tangan kepada rakan. Berpasangan, lari berganti-ganti, melambung dan menyambut bola kecil kepada rakan.

Minggu 4 1 Waktu Tunjang 2PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT Tajuk Pemakanan Isi Pemakanan yang bersih.

Kemahiran / Butir Mengajar - Membanding Makanan Yang Bersih Dan Tidak Bersih. Bersoal jawab dari carta gambar makanan. Menyenaraikan ciri-ciri makanan bersih dan selamat, contoh ; di cuci sebelum dimasak, tidak terdedah dan dimasak terlebih dahulu. Memotong dan menampal gambar mengenai kebersihan makanan. Contoh ; bersih makanan yang ditutup dengan tudung saji , tidak bersih gambar makanan yang dihinggapi lalat.

Minggu 5 2 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk Koordinasi Isi Definisi - Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Kemahiran / Butir Mengajar - Lambung Dan Sambut. Lambungkan bola kecil ke udara dengan tangan kanan atau kiri dan sambut dengan sebelah tangan atau kedua-dua tangan. Lambungkan bola kecil dari satu tangan ke tangan yang lain. Lambungkan bola kecil, tepuk tangan sekali, dua kali dan seterusnya. Berpasangan, lambung dan sambut bola kecil. Duduk, lambung bola ke udara serta memukul dengan tangan kanan, kiri, kedua belah tangan dan bertukar tangan. Berdiri lurus, lambung bola ke udara serta memukul dengan tangan kanan, tangan kiri, kedua belah tangan dan keduadua belah tangan kemudian menyambut semula.

Minggu 5 1 Waktu Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk Kenali Tulang Dan Peparu. Isi Definisi - Tulang ialah tisu penghubung yang keras, yang membentuk rangka tubuh badan. - Peparu ialah organ pernafasan yang memainkan peranan penting dalam pertukaran gas, iaitu membekalkan oksigen ke dalam darah dan membebaskan karbon dioksida daripada darah. Kemahiran / Butir Mengajar - Menamakan Bahagian Tulang Dan Peparu.

Menunjukkan model rangka manusia dan gambar tulang dan peparu. Membentuk perkataan tulang dan peparu di papan tilis melalui permainan melengkapkan perkataan. Contoh ; T_ _a_g , P_ _ ar _ .

Mempamerkan bahan bantu mengajar kepada murid dan menerangkan tentang tulang dan peparu. Membimbing murid merasa tulang dan turun naik dada mereka. Melakukan aktiviti yang menunjukkan pergerakan tulang. Contoh; bengkokkan siku dan rasakan tulang ketika siku di bengkokkan, bengkokkan lutut dan rasakan tulang ketika lutut di bengkokkan. Memotong gambar peparu dan menampal pada kedudukan yang betul pada gambar rajah tubuh badan. Memotong, mencantum serta menampal gambar tulang dalam buku skrap supaya menjadi rangka manusia yang lengkap.

Minggu 6 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Pendidikan Pergerakan Kreatif Isi Definisi - Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan, serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Kemahiran / Butir Mengajar - Kesedaran Rintangan Kepada Beban Dan Masa. - Aktiviti halus-ringan dan berat-kuat. Lakukan pergerakan lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak balas dan setempat. Contoh: Mulakan aktiviti menggunakan bahagian-bahagian tubuh badan dengan cara halus, ringan, dan berat kuat.

- Menggunakan pergerakan turun ke lantai dan naik dari lantai. - Rangkaikan pergerakan berat kuat dan halus ringan yang dilakukan dalam kumpulan.

Minggu 6 1 Waktu Tunjang 2PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT Tajuk Pemakanan - Makanan Berkhasiat Isi Definisi - Pengam