RPH PJK Tahun 6

  • Published on
    31-Oct-2015

  • View
    168

  • Download
    12

Embed Size (px)

Transcript

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 6

Minggu 1

Masa : 2 Waktu

Tunjang

TP1

PJ

KECERGASAN

Tajuk

Daya Tahan Kardiovaskular

a. Fartlek ( pelbagai kelajuan )

Isi

Pengertian

Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama.

Kemahiran Daya Tahan Kardiovaskular

a.Fartlek

Gaya berlari adalah bebas iaitu seperti berjoging pada peringkat awal dan seterusnya larian itu bertukar corak mengikut keupayaan individu dan tahap kecergasan individu.

b.Contoh:

berjalan pantas

berlari

joging

lari pecut

lari naik bukit

lari langkah panjang (tukar had kelajuan)

lari menurun tangga

Minggu 2

1 Waktu

Tunjang

TP1

PJ

KECERGASAN

Tajuk

Daya Tahan Kardiovaskular

- Larian / berjalan 1200 meter

Isi

Aktiviti kecergasan

Kemahiran Larian 1200 meter ( lari / berjalan )

- Lari berterusan mengikut kemampuan murid.

Butiran

a.berpasangan, pelaku dan pencatat

Mengajarb.Mulakan larian apabila wisel dibunyikan dan masa diambil

apabila pelaku menamatkan larian.

Minggu 2

1 Waktu

Tunjang

TP1

PK

KESIHATAN DIRI & KELUARGA

Tajuk

a.Seksualiti - Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja.

Isi

Pengenalan seksualiti

- Perkara yang berkaitan dengan jantina merangkumi perubahan

fizikal yang dialami oleh remaja.

Kemahiran Seksualiti

Butir 1. Menyatakan cara menjaga tubuh badan untuk meningkatkan

mengajar

maruah diri.

2. Menyenaraikan masalah yang biasa dialami semasa awal remaja

3. Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani

masalah remaja.

4. Menerangkan tanggungjawab dan peranan remaja kepada diri,

keluarga dan masyarakat.

Minggu 3

2 Waktu

Tunjang

TP1

PJ

KECERGASAN

Tajuk

Daya Tahan Otot

Isi

Daya Tahan Otot Tangan

KemahiranDaya tahan otot (tangan)

Definisi

Kemampuan melakukan pergerakan otot atau anggota badan

berulang kali tanpa berasa letih..

Butir

1. Melakukan aktiviti sokongan dari lakuan duduk.

Mengajar - tegakkan badan sambil tangan menekan bangku atau kerusi

( punggung terangkat )

2. Gantung bersudut siku bengkok (perempuan)

- murid mengekalkan kedudukan selama yang boleh bermula

daripada wisel dibunyikan.

3. Mendagu (Lelaki)

- melakukan aktiviti mendagu mengikut keupayaan (bilangan)

* Semua aktiviti dijalankan secara berpasangan ( Pelaku /

Pencatat )

Minggu 4

1 Waktu

Tunjang

TP2

PJ

PERMAINAN

Tajuk

Bola Tampar - Menyangga

Isi

1. Definisi -

Lakuan menaik atau melambungkan bola ke udara dengan

kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan.

Kemahiran 1. Menyangga

Butir

1. Fasa Persediaan Mengajar - Salah satu kaki ke hadapan (dibuka selebar bahu)

Lutut dibengkokkan, lengan hadapan diluruskan selari dengan

paha.

- mata pandang bola.

2. Fasa Sentuh- Sentuh di bahagian bawah bola di atara pergelangan tangan

dan siku.

3. Fasa Ikut Lajak- Selepas menyentuh bola, pindahkan berat badan ke hadapan

dan mata mengikut bola ke sasaran.

Minggu 4

1 Waktu

Tunjang

TP1 PK

KESIHATAN DIRI & KELUARGA

Tajuk

Pengurusan kesihatan menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh

badan.

Isi

1. Pengurusan kesihatan diri

- Kepentingan dan keperluan untuk menjaga kebersihan diri.

- Masalah pengurusan kebersihan diri

- Kesan pengurusan kesihatan diri yang lemah

2. Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan

- Bahagian-bahagian tubuh yang perlu dijaga

- Langkah-langkah penjagaan kebersihan tubuh badan

Kemahiran 1. Menyenaraikan kepentingan pengurusan kebersihan.

2. Menamakan bahagian-bahagian badan

3. Menyenaraikan bahagian-bahagian badan yang perlu dijaga.

Minggu 5

2 Waktu

Tunjang

TP2

PJ

PERMAINAN

Tajuk

Bola Tampar - Servis

Isi

1. Definisi - Lakuan memulakan permainan dengan menggunakan

bahagian pergelangan tangan (Servis bawah pinggang under

hand) , tapak tangan, servis atas kepala -Tennis serve.

Kemahiran Servis

Butir 1. Servis bawah pinggang (Under-hand) Mengajar Fasa - Persediaan dan Ayunan Tangan

- Berdiri sisi, bahu menghadap jari dan lutut dibengkokkan

sedikit.

- Pegang bola dengan kedua belah tangan dengan tangan kiri

mencengkam bola.

- Ayun tangan kanan ke belakang

1.1 Fasa Sentuh dan Ikut Lajak - Tangan diayun ke hadapan dan berat badan dipindahkan ke

kaki hadapan semasa bola dilepaskan.

- Sentuh bahagian bawah bola dengan tangan ikut lajak.

2.Servis Atas Kepala (Tennis-Serve)

2.1Fasa Persediaan dan Lambungan

- Berdiri sisi, kaki dibuka seluas bahu dengan sebelah kaki

di hadapan.

- Pegang dan lambung bola dengan tangan kiri sambil mata

memandang ke arah bola.

2.2Fasa Sentuh dan Ikut Lajak- Ayun tangan kanan tinggi ke belakang, kemudian ke hadapan

- Sentuh bahagian belakang bola dengan tapak tangan atau

pergelangan tangan.

- Tangan ikut lajak

Minggu 6

1 Waktu

Tunjang

TP2

PJ

PERMAINAN

Tajuk

Bola Tampar - Merejam

Isi

1. Definisi - Lakuan memukul bola junam dengan tapak tangan

Kemahiran Merejam

Butir

1. Fasa Larian Mengajar - Berlari tiga langkah ke suatu penanda dengan kedua-dua

belah tangan diayun ke belakang untuk mendapatkan lonjakan

semaksimum.

2. Fasa Lonjakan - Semasa lakuan lonjakan, lutut dibengkokkan sambil kedua-dua

tangan diayun tinggi ke hadapan.

Ayunan kedua-dua belah tangan dibawa tinggi ke belakang

kepala sambil badan dilentikkan sedikit ke belakang.

3 Fasa Rejaman dan Ikut Lajak- Sebelah tangan diayun pantas ke hadapan untuk memukul bola

sama ada dengan tapak tangan atau pergelangan tangan.

- Sebelah tangan lagi mengimbangi badan.

Minggu 6

1 Waktu

Tunjang

TP1

PK

KESIHATAN DIRI & KELUARGA

Tajuk

Kekeluargaan Keremajaan

Isi

1. Definisi - Alam remaja adalah masa peralihan daripada alam

kanak-kanak ke alam dewasa yang melibatkan

perubahan dari segi emosi, mental dan sosial.

Kemahiran Keremajaan

Butir

1. Menyenaraikan masalah-masalah yang biasa dialami semasa awal

Mengajar remaja.

2. Menyatakan aspek pertumbuhan awal remaja.

3. Meluahkan perasaan terhadap rakan sebaya dan keluarga

4. Menerangkan tanggung jawab dan perasaan remaja kepada:

i. Diri Mengutamakan gaya hidup sihat

ii. Keluarga Mematuhi nasihat ibu bapa dan membantu keluarga

iii. Masyarakat Menyertai kegiatan kemasyarakatan dan

membuat kebajikan

Minggu 7

2 Waktu

Tunjang

TP2

PJ

PERMAINAN

Tajuk

Bola Tampar - Menghadang

Isi

1. Definisi - Lakuan melompat untuk menghalang rejaman dan

meluruskan kedua-dua belah tangan, tinggi di atas kepala melepasi jaring.

Kemahiran Menghadang

Butir

1. Fasa Persediaan Mengajar - Berdiri, buka kaki seluas bahu di hadapan jaring.

- Lutut dibengkokkan dengan kedua-dua tangan di paras bahu.

2. Fasa Pelaksanaan - Lonjak menegak dengan kedua-dua belah kaki setelah

penyerang melompat

- Ayun kedua-dua belah tangan tinggi ke atas kepala

- Luruskan tangan seluas bahu dengan tapak tangan dibuka

melepasi jaring.

3. Fasa Ikut Lajak - Undurkan tangan sambil mendarat di atas kedua-dua hujung

jari kaki dengan lutut dibengkokkan sedikit (untuk melembut- kan pendaratan)

Minggu 8

1 Waktu

Tunjang

TP3

PJ

PENDIDIKAN SUKAN

Tajuk

Keselamatan semasa beraktiviti

a. Kemudahan tempat

Isi

1. Tempat-tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti

2. Tempat-tempat yang berb