RPH Wang Menolak 2

  • Published on
    12-Dec-2015

  • View
    244

  • Download
    1

DESCRIPTION

rancangan pengajaran

Transcript

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari:Jumaat

Tarikh:24 Ogos 2015

Kelas:2 Bestari

Masa:60 minit

Waktu :1130-1230

Jumlah Murid:34 orang

Bidang:Nombor dan Operasi

Tajuk:Wang hingga RM 100

Standard Kandungan:Murid dibimbing untuk:8.3 Menolak nilai wang

Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk:i) Menolak dua nilai wang yang melibatkan a) Ringgit

Objektif Pembelajaran:Di akhir pembelajaran, murid boleh:i. Menolak dua nilai wang yang melibatkan ringgit tanpa pengumpulan semula

Pengetahuan Sedia Ada Murid:Murid telah mempelajari;i) Menolak dua nilai wang yang melibatkan a) ringgit

FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

1. Persediaan( 5 minit )

Pemerhatian dan analisisa. Guru menyoal murid tentang aktiviti jual beli di kedai mahupun pasar malam.

i. Ceritakan tentang situasi yang pernah dialami di pasaraya.ii. Apakah yang biasanya kamu beli ketika berada di pasar malam?iii. Berapakah wang yang perlu bayar jika kamu hendak beli barang yang kamu mahu?

2. Imaginasi( 20 minit)

PenjanaanIdea

Sintesis Idea

i. Setiap murid dikehendaki mengambil kertas yang menunjukkan nilai wang yang berbeza di dalam kotak.ii. Murid dikehendaki memilih salah satu barang yang ditampalkan di papan putih yang disertakan dengan tanda harga.iii. Murid dikehendaki mencari baki harga barang tersebut bagi barang yang dipilih.iv. Setelah dapat baki, murid boleh menukar wang yang diambil dengan rakan lain dan beli barang lain dan cari baki bagi barang yang dipilih. i. Sila ambil satu kertas di dalam kotak ini.

ii. Pilih barang yang kamu mahu di hadapan dan cari baki wang yang akan kamu dapat.

iii. Kamu boleh tukar wang dengan rakan kamu di sebelah dan pilih barang lain yang kamu mahu. Cari baki wang yang akan kamu dapat.

3. Perkembangan( 15 minit)

Menilaii. Murid-murid diminta melakukan aktiviti secara berpasangan.ii. Sorang murid akan menjadi jurujual, seorang murid akan menjadi pelanggan/pembeli.iii. Murid yang jadi penjual diminta mengambil tiga gambar yang disertai dengan tag harga. Manakala murid yang menjadi pelanggan pula mengambil sehelai duit yang mengandungi nilai wang di dalam kotak.iv. Pelanggan hendaklah memilih barang yang sesuai dengan nilai wang yang mereka ada di tangan.v. Terapkan nilai sikap berjimat cermat ketika membeli barang. Berapakah baki yang kamu akan dapat selepas perbelanjaan?

4. Tindakan ( 15 minit)

PelaksanaanAmalan berterusan

a. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.1) Sila baca soalan dengan teliti.2) Siapkan latihan tersebut berdasarkan kefahaman kamu daripada apa yang telah kita pelajari.

Penutup( 5 minit)1) Murid diberikan kuiz secara lisan bagi menguji tahap kefahaman murid bagi sepanjang sesi pdp yang berlangsung.

Cadangan soalana) RM10 RM7b) RM50 RM32c) RM35 RM201) Jawab kuiz yang diberikan.2) Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan memperoleh token.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab segala pertanyaan lisan guru, lembaran kerja dan berjaya menyelesaikan aktiviti berkumpulan dengan baik.

Nilai dan SikapTeliti, bekerjasama