RUMAH LIMAS

• Published on
01-Jul-2015

• View
337

• Download
10

Embed Size (px)

Transcript

Rumah Limas : Warisan Seni Bina Melayu Johor Di sediakan oleh : Muhammad Nur Bin Mokhtar D20081033404 Disediakan untuk : Puan Kalsum binti Umar

Kajian ini memfokuskan kepada bidang sosibudaya. Permasalahan kajian untuk kajian ini ialah :

Mengkaji falsafah yang digunakan dalam seni bina rumah limas masyarakat Melayu Johor.

Mengkaji penerimaan rumah limas dalam konteks masyarakat moden.

Menghuraikan falsafah serta tujuan estetika yang terkandung berbagai maksud dan makna di sebalik motif-motif yang digunakan serta perletakannya dalam seni bina rumah limas masyarakat Melayu Johor.

Mengkaji penerimaan rumah limas dalam konteks masyrakat moden dan penggunaan rumah limas dalam masyarakat Melayu Johor.

3.1 Kaedah Kajian Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif adalah merupakan kaedah yang menggunakan komen lisan, pernyataan perasaan, pendapat, tanggapan, persepsi dan sebagainya sebagaimana dilihat di dalam temu bual.

3.2 Tatacara Pemerolehan Data Dalam kajian ini terdapat dua data asas iaitu data sekunder dan data Primer. Data sekunder diperolehi melalui kajian lapangan yang akan dijalankan. Manakala data primer diperoleh melalui rujukan bahan atau lebih dikenali sebagai kajian perpustakaan. Bahan yang digunakan seperti bahan bacaan di perpustakaan , jurnal , majalah , internet serta kajian lepas yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji

3.2.1 Kajian Lepas

Kajian ini berdasarkan kajian lepas melalui penulisan : Menurut Tajudin bin Mohd Rosdi (2004) dalam penulisannya : Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah-rumah Tradisi. Skudai (UTM). Budaya masyarakat Melayu kaya dengan kiasan dan pengaruh agama Islam sehinggakan pengaruh seni bina barat juga tidak mampu menandinginya

Rumah bentuk limas mula berkembang dan popular di Malaysia sejak pertengahan kurun ke 19. Pengaruh budaya luar seperti Pattani, Bugis, Riau dan Jambi mempengaruhi reka bentuk Rumah Limas di Johor. Faktor kemampuan ekonomi menyebabkan masyarakat Johor khususnya pada hari ini berubah tinggal di rumah teres dan apartment yang jauh lebih sesuai dengan kemampuan ekonomi mereka. ( Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon ) Kesenian Melayu. (UKM).

Rumah Limas di Johor yang didirikan di atas tiangtiang untuk membina projek perumahan di kawasan yang kerap dilanda banjir. ( Berita Wilayah, Berita Selatan, Mei 24 ) Hal ini memberi nafas baru kepada rumah Limas yang kian terpinggir.

3.2.2 Kajian Rintis ( Pilot Survey )`

Kajian Rintis merupakan satu metodologi yang releven dalam kajian falsafah ini. Rasionalnya, kajian ini tidak akan melibatkan penggunaan set soal selidik, bahkan hanya mendiskripsi serta menganalisis data melalui rujukan sumber kedua (secondary information). Kajian ini turut melibatkan pemerhatian secara langsung (pilot survey) sebagai satu cara mendapatkan latarbelakang seni bina rumah Limas.

3.2.3 Pemerhatian dan Penglibatan`

Melibatkan beberapa penduduk di sekitar daerah Muar dan Batu Pahat yang masih menggunakan rumah limas . Dalam konteks ini pengkaji cuba mengkaji bagaimana falsafah yang digunakan dalam seni bina rumah limas khususnya di daerah Muar dan Batu Pahat.

3.2.4 Temubual`

Temubual dibahagikan kepada dua iatu secara rasmi dan tidak rasmi. Secara rasmi : diselenggara oleh pengkaji sendiri dengan mengemukakan soal selidik kepada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang rumah limas. Dua kategori responden iaitu : - mereka yang masih meggunakan rumah limas. - masyarakat yang tidak menggunakan rumah limas.

Untuk mendapatkan informan dalam kategori pertama, empat individu yang memiliki rumah limas dari daerah Muar dan Batu Pahat telah di pilih, iaitu : (i) Haji Nawawi Bin Abu Hassan ( Senggarang, Batu Pahat) (ii) Hajah Simah Binti Yassin ( Parit Punggur, Batu Pahat) (iii) Mohd Jam bin Borham ( Parit Jamil, Muar) (iv) Hamidah binti Saat ( Bakri, Muar)

Dalam kategori kedua , informan terdiri daripada individu yang tidak pernah menggunakan rumah limas. Mereka merupakan penduduk tempatan daerah Muar dan Batu Pahat. Temubual tidak rasmi bertujuan memperoleh pandangan anggota masyarakat tentang rumah limas.

3.3 Analisis Data`

Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan rakaman video, kamera, dan rakaman suara. Bahan-bahan teknologi yang lain seperti komputer turut akan digunakan bersama bagi membantu kajian dan penyelidikan yang dijalankan.

Seni bina rumah limas dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan

Budaya masyarakat Melayu kaya dengan kiasan atau pengaruh daripada agama Islam sehinggakan pengaruh seni bina Barat juga tidak mampu menandinginya. Rumah limas biasanya dibina menghadap matahari naik atau jatuh untuk menyesuaikannya dengan arah kiblat dan juga untuk mengawal suhu di dalam rumah. Unsur sufisme dalam seni bina rumah limas adalah sebagai satu perumpamaan kubur supaya sentiasa mengingati kematian. Dengan itu, manusia akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan mengamalkan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T

Jika dibandingkan dengan masyarakat moden semua proses pembinaan rumah diserahkan kepada kontraktor sepenuhnya. Konsep gotongroyong yang diamalkan oleh masyarakat tradisional tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini atas alasan kesuntukan masa, sikap pentingkan diri sendiri, sibuk dengan urusan seharian dan terlalu mengejar kebendaan Budaya meterial dan sekular yang dibawa oleh penjajah dan media pada masa kini telah mengancam amalan bantu-membantu dalam jiwa mereka. Keadaan ini juga turut menyumbang kepada perlambakan kawasan-kawasan perumahan.

Masyarakat Melayu khususnya ghairah menjual tanah mereka dan akibat daripada itu, mereka tidak lagi mempunyai tanah dan cenderung untuk memilih rumah teres sebagai alternatif tempat tinggal. Selain itu, ketandusan budaya yang semakin ketara dalam masyarakat setempat telah menjadikan upacaraupacara seperti menyembelih haiwan sebagai tanda kesyukuran terus dilupakan dan dianggap sebagai khurafat.

Sesungguhnya budaya, kesenian dan kesusasteraan dalam sesebuah negeri sebenarnya mencerminkan identiti negeri dan masyarakat negeri berkenaan. Oleh itu, keperluan untuk kita mempertahankan seni warisan tersebut amatlah dituntut bagi menghalangnya daripada hilang dimakan masa dan lenyap dipukul badai. Dalam seni bina tradisional rumah limas, langkah yang lebih drastik perlu diambil untuk memelihara dan memulihara saki baki rumah limas dan mengkomersialkannya untuk tatapan generasi masa hadapan.

Jangkaan masa hadapan terhadap kewujudan rumah ini pada masa hadapan masih lagi kabur memandangkan minat serta kecenderungan generasi kini terhadap rumah limas semakin terpinggir. Oleh hal yang demikian, program pembudayaan seni warisan perlulah dijalankan dari masa ke masa untuk terus mempromosi rumah limas ke arena yang lebih global lagi