Sejarah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

  • Published on
    03-Jul-2015

  • View
    591

  • Download
    2

Transcript

SENARAI KANDUNGAN Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Aspek Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Laporan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Halaman

1

PENGHARGAANBersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menulis penghargaan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru sejarah saya iaitu Puan Normah Binti Othman kerana banyak membantu saya bagi menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya,Puan Mariyah Binti Sheikh Haji Ahmad yang banyak memberikan idea dan pendapatpendapat yang sangat bernas.Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya seperti Mohd. Amin Ikhwan Bin Imran dan Muhammad Iqbal Hafidz bin Mohamad Sukri kerana banyak membantu memberikan idea-idea yang bermanfaat.

OBJEKTIF KAJIAN2

Tujuan saya membuat kerja kursus sejarah ini adalah:1.Untuk mengetahui sejarah sekolah dengan lebih mendalam.

2.Untuk mengenali sekolah dengan lebih mendalam.

3.Untuk mengetahui penubuhan sekolah.

3

KAEDAH KAJIAN-mengumpul fakta dari internet Saya telah mendapat maklumat dari internet yang membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang SMAP Labu.

-pemerhatian Saya telah menjalankan pemerhatian di sekeliling sekolah dan merakam beberapa gambar.

-temu bual Saya telah menemu bual beberapa orang di sekeliling sekolah untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar.

LAPORAN KAJIAN4

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan (Malaysia) pada waktu itu, Tan Sri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP). SMAWP pada mulanya tidak mempunyai bangunan sendiri dan 500 pelajar sekolah (yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 4, dan 6 rendah) menumpang di bangunan Kolej Islam Klang (KIK) di Selangor. Generasi pertama pelajar diajarkan oleh sekitar 40 guru, dipimpin oleh pengetua sekolah pertama, Tuan Hj Muhammad bin Shafie. Selepas lebih kurang 2 tahun menumpang di KIK, pada awal Januari 1984, SMAWP dipindahkan ke sebuah bangunan sementara di kampus Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya. Pada tahun 1985, Tuan Hj Muhammad Yusof bin Abu Bakar menggantikan Tuan Hj Muhammad bin Shafie sebagai pengetua dan berkhidmat sehingga pada akhir tahun 1985. Di bawah kepimpinannya, SMAWP berjaya memenangi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada tahun yang sama. Pengetua seterusnya, Tuan Hj Muhd Yusof bin Hj Ahmad, meneruskan warisan SMAWP. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan berjaya menyelesaikan masalah bangunan sekolah pada bulan April 1987 dengan meminjamkan sebuah bangunan di Kilometer 11, Jalan Labu yang sepatutnya digunakan sebagai maktab perguruan. Selepas beberapa sesi rundingan, bangunan itu diberikan kepada sekolah secara5

sah, dan secara rasmi dibuka pada bulan Julai 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia,Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Nama SMAWP kemudian berubah menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) dan kekal hingga ke hari ini. Detik kegemilangan SMAP Labu semakin terserlah apabila genapnya 25 tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak yang diadakan pada tahun 2007 telah menyaksikan perubahan SMAP Labu sebagai sebuah sekolah yang menjadi nadi setiap insan yang ingin membina keperibadian yang unggul serta berteraskan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

NAMA-NAMA DAN LAMBANG SEKOLAH6

Lencana Sekolah

Warna KuningMelambangkan sekolah ini menghormati dan setia kepada raja.

Warna HijauMelambangkan agama menjadi teras selain pelajaran khusus yang lain.

1982 1402Tahun sekolah ditubuhkan.

Bentuk PadiMelambangkan akhlak yang tinggi dan mulia. 20 bunga padi melambangkan sekolah ini merupakan SBP ke-20 yang ditubuhkan di Malaysia. Bunga padi yang tunduk melambangkan hasrat terhadap akhlak pelajar yang semakin tunduk semakin berisi.

Bentuk Lencana7

Sejajar dengan sains dan teknologi tanpa meninggalkan ciri-ciri keislaman iaitu kubah masjid.

Lambang GeometriMelambangkan akademik turut diutamakan demi melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan bangsa.

Bentuk Al-QuranMelambangkan sumber utama dan panduan menulis dalam mencari ilmu di dunia dan di akhirat.

Falsafah SMAP LabuUsaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh, budaya Islam serta suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada diri, ummah dan agama.

Moto SMAP LabuBerilmu, Beriman dan Beramal

LAGU SEKOLAH1982 Ditubuhkan dengan harapan waja Dalam cabaran dalam rintangan Akhirnya kau berdiri tegak megah Melahirkan anak-anak yang berjaya8

Engkau cemerlang dalam segala-gala Menjadi kebanggaan nusa dan bangsa Generasimu intelektual ulama Bangun segera bersatulah Majukan sekolah menuju jaya Seagama sebangsa dan sealiran Tingkatkan kesatuan menuju ke hadapan Berilmu beriman dan beramal Konsep menghadapi pembelajaran Islam panduan maju bersama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Lagu dan Lirik oleh: Mohd Hafidz Khamis SMAWP dan SMAPL 1984-1990

Misi SMAP LabuMembangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Visi SMAP LabuSekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Piagam SekolahPiagam SMAP Labu9

Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan : 1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra. 2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas, menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. 3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan kepimpinan. 4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa. 5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi : i) Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang. ii) Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan. iii) Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit. iv) Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada ibu bapa dalam masa 10 minit seorang. v) Pengesahan sijil / dokumen peribadi dalam masa 30 minit.

INFRAKSTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS

10

PENGETUA BIODATA PENGETUANama : Pn. Hjh. Radziah bt Abdul Samad Sekolah Lama : SMK Agama Limbang Sarawak (1.12.200115.4.2007)11

Tarikh Lahir : 3 Disember 1957 Tarikh Lantikan Pertama : 1 Jun 1981 Gred Jawatan : DG48 Kelulusan Akademik : 1. Diploma Pendidikan (1981) 2. Sarjanamuda Pengajian Islam (Kepujian) (1981) 3. Sarjana Pendidikan (1996) Persatuan Yang Disertai : 1. ALUMNI Fakulti PengajianIslam UKM 2. ALUMNI Fakulti Pendidikan UM 3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia 4. Majlis Pengetua SMKA Malaysia 5. Persatuan Pengetua Sek. Men. Sarawak Zon Limbang

RUMUSANSetelah bertungkus lumus,saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diperuntukkan.Melalui kerja ini,saya mendapat beberapa pengajaran antaranya: 1) dapat mengenali sekolah dengan lebih mendalam dan menanamkan rasa cinta akan sekolah.12

2) sentiasa mengenang jasa orang yang telah banyak membantu. 3) mempunyai beberapa guru yang cemerlang.Pelajar senang hendak bertanya berkenaan pelajaran yang tidak difahami.

LAMPIRAN GAMBAR SEKOLAH

13

RUJUKAN14

1) Melawat tempat kajian Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

2) Majalah Majalah Ilham SMAP Labu Penerbit: Bilangan Muka Surat: 200

3) Internet Portal Rasmi SMAP Labu

15

Recommended

View more >