Simpulan Dan Ikatan asas pandu puteri

  • Published on
    20-Dec-2015

  • View
    427

  • Download
    35

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pandu puteri

Transcript

SIMPULAN DAN IKATAN

PENDAHULUAN Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu dipelajari dan dikuasai dalam pergerakan kepanduan. Seperti ahli pengakap, ahli Pandu Puteri juga mempunyai sejarah penubuhan yang hampir sama. Ini kerana, ia datang daripada ilham Lord Baden Powell. Banyak kemahiran yang diajar kepada pengakap turut diperturunkan bagi Pandu Puteri termasuk dalam kemahiran ikatan dan simpulan. Kemahiran ikatan dan simpulan juga menjadi ukuran dan penilaian dalam ujian yang ditetapkan oleh Pandu Puteri.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad lamanya. Namun begitu, adalah sukar untuk dikenalpasti siapakah pelopor kepada penggunaan simpulan dan ikatan ini. Selain itu, adalah dipercayai bahawa penduduk Mesir telah menggunakan tali sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Dalam kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan keadaan seperti di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan luar.

Terdapat 4 jenis definsi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan iaitu:a) Simpulan (knotting)b) Ikatan (lashing)c) Sembat (splicing)d) Mematikan hujung tali (whipping)

a) SIMPULAN Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia juga turut digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Antara contoh simpulan yang biasa adalah seperti: Buku sila Tindih kasih Simpul himpit Lilit dua simpul

b) IKATAN Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan ialah seperti berikut: Ikatan seraya Ikatan serong Ikatan silang gunting Lilit balak

c) SEMBAT Sembat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung tali dengan menggunakan sembat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sembat adalah seperti: Sembat balik Sembat pendek Sembat mata

d) MEMATIKAN HUJUNG TALI Ahli dalam Pandu Puteri tidak akan menggunakan tali sebelum tali itu dimatikan terlebih dahulu. Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada tali itu terburai di hujungnya. Contohnya adalah seperti berikut: Lilit pemati biasa Lilit pemati selit Sembat balik

MODEL SIMPULAN DAN IKATANJENIS

RAJAHKEGUNAAN

Buku Sila Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang.

Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

Bunga Geti digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.

Simpul Tindih Kasih Simpul penyelamat. Untuk menyelamatkan seseorang dengan memasukkan tajul ke sekeliling badan.

LilitDua SimpulKegunaan: Mengikut hujung tali ke gelung atau mengelilingi tiang.

Lilit Pemati MudahKegunaan: Supaya hujung talai tidak terlerai. Tali dapat digunakan lebih lama dan tidak cepat rosak. Tali sentiasa kemas dan mudah disimpan.

Ikatan PemukatKegunaan: Membuat gelung yang tidak mudah terlungsur. Menyambung dua tali. Untuk menyelamat. Cepat membuatnya dan sukar dilonggarkan.

Simpul Manuk/ Cincin Ayam

Mengikat tali ke tiang. Memula dan mengakhirkan ikatan. Tidak mudah mengelungsur.

Simpul Abah-abah

Membuat tanjul di tengah-tengah tali. Untuk membuat tangga.

2