Soalan Psk

  • Published on
    20-Dec-2015

  • View
    6

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Soalan Psk

Transcript

PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TAHUN 2015PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAHUN 6

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Jawab semua soalan .

BAHAGIAN A 30 MARKAH

Pilih jawapan yang paling sesuai dan lorekkan di atas kertas jawapan yang disediakan.

1. Siva tidak pernah bersekolah.

Apakah hak yang patut diperolehi oleh Siva ?

A. Hak kehidupan

B. Hak perkembangan

C. Hak perlindungan

D. Hak penyertaan

2. Ajaran _________ mengajar penganutnya hidup secara harmoni dengan

masyarakat sejagat.

A. Confucius

B. Buddha

C. Tao

D. Hindu

3. Logo ini ialah logo ____________

A. kitar semula

B. Rukun Tetangga

C. Majlis Daerah

D. Dewan Bandar Kuala Lumpur

4. Semua yang berikut cara untuk mewujudkan keluarga yang harmoni, kecuali

____________ .

A. saling menghormati antara ahli keluarga

B. mendengar nasihat orang yang lebih tua

C. saling menyayangi antara anggota keluarga

D. selalu marah dan malas membantu

5. Yang berikut merupakan cara-cara menjaga kemudahan sekolah kecuali

___________ .

A. menggunakan perabot sekolah dengan cermat

B. memijak-mijak bangku di kantin dengan berkasut

C. mengepam tandas selepas menggunakannya

D. membalut buku teks pinjaman dengan pembalut plastik

6. Jika negara bersih _________________ .

I. kesihatan rakyat terjamin

II. dapat meningkatkan industri pelancongan

III. dapat mengharumkan nama negara

IV. dapat merosakkan alam sekitar

A. I dan II

C. II dan III

B. I, II dan III

D. II, III dan IV

7. Yang manakah bukan tugas agensi di atas?

A. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.

B. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

C. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.

D. Melaksanakan dasar integrasi nasional.

8. Apakah bahan-bahan yang dapat dikitar semula?

I. ranting pokok

III. tin aluminium

II. surat khabar lama IV. Botol kaca

A. I saja

C. I, II dan IV

B. I, II dan III

D. II, III dan IV

9. Pilih kemudahan asas yang disediakan di sekolah.

I. makmal sains

III. taman permainan

II. kantin IV telefon awam

A. I dan II

C. I, II dan IV

B. II dan III

D. I, III dan IV

Soalan 10 berdasarkan pernyataan di bawah. Azizul datang awal ke sekolah setiap

hari untuk membersihkan kelas.

10. Azizul merupakan seorang pelajar yang

A. berdikari.

C. bertanggungjawab.

B. bertoleransi.

D. mementingkan diri.

11. Mengapakan kanak-kanak perlu dibimbing dan diberi perhatian?

A. Kerana mereka comel

B. Kerana mereka insan yang lemah

C. Kerana mereka tidak tahu apa-apa

D. Kerana mereka bakal memimpin negara

12. Cara cara di bawah dapat menghubungkan kita dengan ahli keluarga, kecuali

A. menelefon

C. memberi hadiah

B. menulis surat

D. memberi ugutan

Soalan 13 berdasarkan pernyataan di bawah. Menimba ilmu pengetahuan

Menjadi insan yang berguna

Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari

13. Kanak-kanak boleh memperolehi semua yang tersebut di atas di

A. rumah

C. hospital

B. sekolah

D. taman permainan

14. Apakah kepentingan makanan yang seimbang kepada kanak-kanak?

A. Untuk pembesaran yang sihat

B. Untuk membentuk jati diri yang tinggi

C. Untuk menikmati kehidupan yang bahagia

D. Untuk melahirkan masyarakat penyayang

15. Bagaimanakah caranya untuk membentuk sebuah keluarga harmoni bersesuaian

dengan ajaran agama ?

A. Menyayangi ahli keluarga sepenuh jiwa

B. Perlu ada sedikit prasangka terhadap ahli keluarga

C. Mengamalkan suruhan agama dan meninggalkan larangan- Nya

D. Menghormati dan mengasihi anggota keluarga berpandukan batas-batas keagamaan

16. Antara berikut, pernyataan yang manakah menggambarkan perasaan sayang ?

A. Salmah bersalaman dengan ibunya di pagi raya.B. Muthu menyentuh kaki ayah dan ibunya memohon restu.C. Ayah berjanji untuk membawa kami sekeluarga pergi melancong.D. Adik memperlahankan suara radio apabila abang sedang mengulang kaji pelajaran.17. Mengapakah kita digalakkan membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang

tua ?

A. Supaya dipuji oleh masyarakat

B. Supaya orang tua boleh melihat rupa kita

C. Merendahkan diri setaraf dengan orang tua

D. Menunjukkan sikap hormat dan berbudi bahasa

18. Sebagai anak, mengapakah kita mesti menghargai jasa kedua-dua ibu bapa kita ?

A. Supaya ibu bapa beri hadiah

B. Untuk memajukan kaum masing-masing

C. Mereka telah banyak berkorban untuk kita

D. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni

19. Pilih dua rukun yang menjadi pegangan penganut agama Islam.

i. Rukun Islam

iii . Rukun beradab

ii. Rukun agama iv. Rukun Iman

A. I dan II

C. III dan IV

B. II dan III

D. I dan IV

Soalan 20 berdasarkan pernyataan di bawah.

20. Apakah faedah yang akan diperoleh melalui aktiviti di atas?

I. Merapatkan hubungan silaturahim

II. Menarik kedatangan pelancong asing

III. Menaikkan imej penduduk di kawasan berkenaan

IV. Mewujudkan suasana bersih dan ceria

A. I dan II

C. III dan IV

B. II dan III

D. I dan IV

21. pilih jawapan yang tidak benar.

Kemudahan AwamKepentingan

APerhentian BasDapat menunggu kenderaan awam dengan selesa

BTaman rekreasiSenang berjumpa dengan rakan yang ponteng sekolah

CPerpustakaan awamDapat membaca dan meminjam buku

DTelefon awamDapat menghubungi pihak tertentu apabila ada hal kecemasan

Soalan 22 berdasarkan pernyataan di bawah.

22. Apakah kesan yang akan timbul berikutan perbuatan yang dilakukan seperti

gambar di atas?

A. Menimbulkan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat

B. Menyusahkan penduduk untuk menghubungi pihak tertentu apabila

berlaku kecemasan

C. Meningkatkan jumlah penggunaan bil elektrik

D. Membahayakan nyawa orang yang ingin menggunakannya

23. Mengapakah kita perlu menggunakan kemudahan dengan baik?

A. Dapat digunakan dalam jangka masa yang lama

B. Kemudahan untuk pelancong asing yang datang melawat ke negara kita

C. Mengurangkan kos untuk membaiki kemudahan awam yang rosak

D. Dapat menghargai jasa pihak yang menyediakannya

24. Konsep Sekolah dalam Taman bertujuan untuk

A. memupuk minat murid-murid untuk bercucuk tanam.

B. Menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kawasan sekolah.

C. Menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pelbagai jenis pokok bunga.

D. Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan sekolah.

25. Apakah bentuk penderaan yang biasa berlaku terhadap kanak-kanak?

A. Penderaan emosi

C. Penderaan mental

B. Penderaan fizikal

D. Penderaan seksual

26. Konsep keluarga harmoni ialah

A. semua ahli keluarga yang sudah berkahwin tinggal di rumah yang sama.

B. keluarga yang hidup dalam suasana yang aman dan saling menyayangi antara satu sama lain.

C. anggota keluarga yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

D. Keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

27. Sekiranya berlaku sesuatu kebakaran, kita akan menghubungi pihak bomba dan

penyelamat di talian

A. 991

C. 999

B. 994

D. 993

Soalan 28 berdasarkan pernyataan di bawah. Mengadakan upacara sembahyang

bagi memperingati nenek moyang

yang telah meninggal dunia.

28. Pernyataan di atas merupakan amalan yang terdapat dalam masyarakat

A. Cina

C. Sikh

B. India

D. melayu

29. Apakah yang akan berlaku sekiranya aktivti gotong royong tidak

dijalankan di sebuah kawasan tempat tinggal ?

A. Banyak pokok-pokok hutan yang akan tumbuh

B. Suasana persekitaran akan menjadi kotor dan tidak ceria

C. Menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit mudah merebak

D. Mengurangkan jumlah penduduk di sesebuah kawasan

30. Tujuan awal penubuhan rukun tetangga adalah untuk

A. Membersihkan kawasan tempat tinggal.

B. Menjaga keselamatan penduduk setempat.

C. Memberi bantuan kepada penduduk miskin.

D. Mengeratkan hubungan penduduk pelbagai kaum.

BAHAGIAN B (20 MARKAH)

A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Anggota keluarga perlu saling menyayangi untuk membina sebuah keluarga yang

______________ .

2. Ibu bapa perlu menekankan nilai-nilai ____________ dalam mendidik anak-anak.

3. Pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh menyebabkan anak-anak

Mengalami gangguan __________ .

4. Ibu bapa perlu menunjukkan ___________ yang baik kepada anak-anak.

5. Sikap ________________ dan sayang-menyayangi dapat mengeratkan

hubungan antara anggota keluarga.