Sorotan Literatur

  • Published on
    15-Feb-2015

  • View
    33

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

SOROTAN LITERATUR

Apakah peranan sorotan literatur? Literatur ialah segala bahan bertulis yang ilmiah, sama ada bersifat teoretikal mahupun empirikal. Terkeluar dari definisi ini ialah artikel-artikel dalam akhbar dan majalah ringan untuk bacaan umum. Tulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan. Mungkin kita pernah mendengar atau membaca bahawa ilmu pengetahuan baharu dibangunkan di atas ilmu pengetahuan lama. Penyelidik akan membuat penyelidikan di perpustakaan untuk menentukan sama ada penyelidik lain pernah membuat kajian yang sama, atau ada hubungannya dengan tajuk yang dipilihnya itu.

Sorotan literatur Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya. Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orangorang terdahulu daripada kita Dalam sorotan ini, harus diberikan keutamaan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karyakarya di luas kawasan, dalam negara yang sama. Jika tidak ada tinjaulah karya-karya luar negeri.

Dua perkara yang patut dilakukan semasa membuat catatan di perpusatakaan ataupun daripada internet:1. Pertama, catatkan dengan lengkap nama pengarang, tajuk karangan (atau tajuk buku, nama penerbitan, misalnya, Kajian ekonomi Malaysia, Analisis, Pertanika, Journal of Economics Literature dan lain-lain (atau nama penerbit, bagi buku), tempat dan tarikh penerbitan. Maklumat yang lengkap ini akan menjadi sebahagian daripada bibliografi atau senari rujukan laporan penyelidikan kelak.

2. Kedua, catatkan juga halaman bagi sesuatu petikan daripada penerbitan yang diteliti itu. Adalah menjadi amalan biasa bagi suatu penuli ilmiah menyelitkan sesuatu sumber fakta atau kenyataan yang didapati daripada karya tulisan terdahulu dengan lengkap termasuk halaman sesuatu petikan yang telah diambil.

PANDUAN AM UNTUK MEMBINA SOROTAN LITERATUR

Bina sorotan secara berstuktur, yakni susun sorotan mengikut angkubahangkubah yang dimodelkan dalam kajian. Jangan menyorot rujukan demi rujukan (mengikuti urutan tarikh pula!)seperti senarai penerbitan.cara ini gagal mencapai kesepaduan yang dikehendaki dalam sesuatu sorotan literatur.

Percanggahan antara pengkaji terdahulu dalam penemuan masing-masing bukan suatu masalah, malahan ia suatu rahmat kepada pengkaji baharu! Gunakan sebaik mungkin kedua-dua jenis maklumat yang berbentuk kualitatif dalam sintesis anda.

Kejelasan konsepsi adalah lebih penting daripada kepersisan statistik dalam sesuatu sintesis yang anda buat. Jangan mementingkan pohon sehingga hutannya terlepas daripada pandangan, kata pribahasa Inggeris. Ini bererti mementingkan yang terperinci, sehingga prinsip utama terlepas daripada perhatian.

Ciri-ciri sorotan yang baik1. Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda. 2. Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutahir tentang topik yang sama 3. Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

4. Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi 5. Berpilih:pilihlah artikel-artikel yang betulbetul relevan dengan topik anda.

Ciri-ciri sorotan yang baikSesuatu ulasan ilmiah terhadap karya-karya awal hendaklah bersifat kritis dan bukan sekedar deskriptif. Pemerihalan semata-mata bukan merupakan ulasan ilmiah.