Susunan bendera

• Published on
26-Oct-2015

• View
319

• Download
2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Susunan bendera

Transcript

SUSUNAN & PENGIBARAN BENDERA

Cara Mengibarkan BenderaAdat Dan Tertib

Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.

Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnya dan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.

Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pengkebumian Negara.

Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )TempatJalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut: - Kediaman - Kedutaan - Bangunan (di luar, di dalam, di atas) - Pejabat - Kapal / Feri / Bot - Kapal Terbang - Kereta

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )HariSurat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:Hari Ulang tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Hari KebangsaanLawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )MasaTradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.Sekolah-Sekolah Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat.Kapal dan Feri Dikibarkan sepanjang hari.

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )Susunan Keutamaan

Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut: 1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang 2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan) 3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah diwujudkan) 4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan 5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan 6. Bendera Syarikat

Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )Susunan * seperti di sebelah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.

(Sumber Unit Protokol Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri, Bertarikh: 1 Januari 2007)

MalaysiaKedahNegeri SembilanPahangKelantanJohorPerakPerlisSelangorTerengganuSarawakPulau PinangSabahMelakaWilayah Persekutuan Kuala LumpurWilayah Persekutuan LabuanWilayah Persekutuan Putrajaya

Cara Mengibarkan Bendera (sambungan )

(Sumber Unit Protokol Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri, Bertarikh: 5 Januari 2011)

MalaysiaKedahPahangPerakPerlisSelangorNegeri SembilanJohorKelantanTerengganuSarawakPulau PinangMelakaSabahWilayah Persekutuan Kuala LumpurWilayah Persekutuan LabuanWilayah Persekutuan Putrajaya

UKURAN BENDERABENDERA BIASA3 X 6BENDERA RUMAH2 X 4BENDERA SEDANG4 X 8BENDERA BESAR6 X 12BENDERA MEJA6 X 12BENDERA KERETA6 X 12

Susunan dan kedudukan benderaSusunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan Susunan di luar dan di dalam bangunan (a) Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri

(i) Susunan di luar dan di dalam bangunan

(i) Susunan di luar dan di dalam bangunan(a) Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan

Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri

Dalam keadaan bendera Malaysia diletakkan bersilang, bendera Malaysia hendaklah diletakkan di sebelah kiri dan di atas bendera yang lain Rajah 16: Susunan Bendera Bersilang Dua

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri

Jika bendera Malaysia diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera swasta, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara dua bendera dan tiangnya diletakkan terke atas dari bendera yang lain. Bendera negeri diletakkan di sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.Rajah 17: Susunan Bendera Bersilang Tiga

(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri

Jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri di negeri berkenaan

(c) Susunan Apabila Mengibarkan Bendera Persekutuan Dengan Bendera Negeri-Negeri

Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan keutamaannya bermula dari kiri ke kanan Rajah 9: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Sebaris

Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan ke kanan bermula dari tengah-tengah

Bendera-bendera yang dikibarkan cara dibahagi dua belah dan keutamaannya bermula dari dalam Rajah 11: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Dibahagi Dua

(d) Di persidangan antarabangsa bendera-bendera

(d) Di persidangan antarabangsa bendera-bendera hendaklah dikibarkan atau disusun mengikut dua cara:berdasarkan susunan abjad nama negara- negara berkenaan dan,seperti yang telah ditetapkan oleh pertubuhan berkenaan jika ada.

(g) Susunan Semasa Lawatan Negara/RasmiAdalah menjadi amalan biasa negara kita memberi kehormatan (courtesy) kepada pelawat itu, maka bendera pelawat diberi keutamaan atas bendera Malaysia.

Rajah : Susunan Bendera Di Atas Meja

(e) Susunan Di Gedung/Kedai/Rumah

Bila bendera Malaysia dipasangkan di rumah, maka hendaklah dikibar pada tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya.

Di deretan gudang/kedai pula, jika dua bendera dipasangkan di dalam Wilayah Persekutuan, maka bendera Malaysia mestilah dikibarkan di sebelah kiri dan bendera yang lagi satu sebelah kanan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya.Rajah 15: Susunan Bendera Di Gedung/Kedai/Rumah

Susunan Bendera Khusus Bagi Acara Dalam Dewan/Bangunan/Stadium

Rajah 19: Susunan Bendera Semasa Seminar

Rajah 20: Susunan Bendera Semasa Mesyuarat

Rajah 21: Susunan Bendera Semasa Majlis Perundangan/Perbincangan

Rajah 22: Susunan Bendera Semasa Majlis Perundangan/Perbincangan Dua Negara

Rajah 23: Susunan Bendera Dalam Acara Sukan

(ii) Susunan dalam perarakan

Bendera BerkibarJika bendera diarak secara sebaris, bendera Malaysia hendaklah mendahului bendera-bendera lain.Rajah 24: Susunan Bendera Sebaris

Bendera BerkibarJika bendera diarak secara sederet bendera Malaysia hendaklah diletakkan di tengah-tengah di antara bendera-bendera tersebut ataupun di tengah-tengah dan terkehadapan sedikit dari bendera-bendera lain.Rajah 25: Susunan Bendera Sederet

(b) Bendera TerbentangJika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan

(iii) Susunan dan kedudukan pada dinding/tembok bangunan atau objek yang statik

Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari hadapan.Rajah 26: Kedudukan Bendera Pada Dinding

Apabila bendera Malaysia dibentangkan di belakang tempat berucap, ia mestilah dibentangkan terke atas dan di belakang orang yang berucap.Rajah 27: Kedudukan Bendera Di Tempat Berucap

Sekian,Terima kasih