TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  • Published on
    14-Jan-2016

  • View
    264

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

  • TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

    BAHAGIAN PERKHIDMATANJABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  • Di akhir kursus ini peserta akan mendapat pengetahuan mengenai:syarat dan prosedur pemberian opsyen Skim KWSP mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta Pencen (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).perbandingan di antara Skim KWSP dan Skim Pencen.OBJEKTIF CERAMAH

  • RASIONALBayaran faedah persaraan kepada pesara meningkat dari setahun ke setahun.Skim KWSP dalam perkhidmatan awam diperkenalkan bertujuan mengurangkan beban kewangan kerajaan.

  • DEFINISIAGENSI AWAMbermaksud Kementerian atau jabatan (Persekutuan dan negeri), pihak berkuasa berkanun (Persekutuan dan negeri) dan pihak berkuasa tempatan.

  • KETUA JABATANbermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat ibu pejabat, bahagian, cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam, iaitu termasuk ketua perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

  • PEGAWAI bermaksud pegawai atau pekerja yang dilantik secara tetap berkhidmat dengan mana-mana perkhidmatan sektor awam, kecuali Perkhidmatan Angkatan tentera.

  • PELANTIKAN TETAPPelantikan seseorang oleh Pihak Berkuasa Melantik yang ditawarkan syarat pelantikan tetap untuk berkhidmat dengan agensi awam.

  • PELEPASAN DENGAN IZINbermaksud kelulusan yang diberi secara bertulis oleh Ketua Jabatan membenarkan pegawainya dilantik ke perkhidmatan lain. Dengan kelulusan tersebut tempoh perkhidmatan lepas pegawai boleh diambil kira bagi tujuan pemberian faedah persaraan.

  • PERKHIDMATAN SEKTOR AWAMbermaksud semua perkhidmatan yang disenaraikan dalam Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan (kecuali Perkhidmatan Angkatan tentera), Perkhidmatan Pihak berkuasa Berkanun (persekutuan dan Negeri) dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa tempatan.

  • PIHAK BERKUASA MELANTIK (PBM) bermaksud pihak yang diberi kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan mana-mana agensi awam di bawah bidang kuasa PBM berkenaan.

  • PEGAWAI BERPENCEN bermaksud pegawai yang telah diberi taraf berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239, atau yang disifatkan sebagai pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239.

  • SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (SKIM KWSP) bermaksud kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang SImpanan Pekerja 1991.

  • Subseksyen (1), Seksyen 6A, Akta 227 dan/ atau Akta 239 menyatakan peluang diberi kepada pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam jawatan.

    Subsekyen (3), Seksyen 6A, Akta 227 dan/ atau Akta 239 menetapkan bahawa apabila opsyen yang dibuat oleh seseorang pegawai di bawah subseksyen (1) itu berkuatkuasa, maka opsyen tersebut adalah MUKTAMAD.OPSYEN SKIM KWSP

  • Opsyen tidak boleh dipinda, ditukar, dibatalkan atau dibuat opsyen baru kecuali pegawai telah meletakkan jawatan dan dilantik semula secara tetap sama ada ke jawatan yang sama atau berlainan.

  • PERATURAN TERPAKAIPP 15/2001 [menjelaskan kaedah pelaksanaan penawaran opsyen skim KWSP (mengikut Akta KWSP 1991) bagi pegawai awam selaras dengan peruntukan Seksyen 6A(1) dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)].Ia turut membatalkan SPP 2/1991.

  • Seksyen 6A, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) mengenai pelaksanaan opsyen.- seseorang pegawai yang dilantik sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak memilih Skim KWSP.- dibuat kepada PBM yang berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPPA.-mula berkuat kuasa pada masa pegawai disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi MUKTAMAD.-pegawai yang memilih Skim KWSP hendaklah bersara apabila mencapai umur 55 tahun.

  • SYARAT MEMILIH SKIM KWSPPegawai yang dilantik kali pertama.Pegawai yang dilantik kali kedua setelah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sebelumnya. Ini termasuklah yang telah diberi pelepasan dengan izin.Pegawai belum pernah membuat opsyen mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta 227 atau Akta 239.

    KELAYAKAN

  • KESAN OPSYENPegawai yang pernah diberi taraf berpencen dan meletak jawatan melalui pelepasan dengan izin serta menjawat jawatan baru, jika terima opsyen-taraf berpencen jawatan lama akan mansuh.Jika pegawai yang di jawatan lamanya memilih Skim Pencen, jika menolak Skim KWSP di jawatan baru, taraf berpencen akan kekal dan tempoh perkhidmatan lama boleh dicantumkan dengan perkhidmatan baru untuk tujuan faedah pencen. Pegawai yang di jawatan lamanya memilih Skim KWSP, jika memilih Skim KWSP di jawatan baru, akan kekal dalam SKIM KWSP.

  • TANGGUNGJAWAB KETUA JABATANBeri penjelasan mengenai implikasi pilihan yang bakal dibuat.Edar borang opsyen dan pastikan ia dipanjangkan ke PBM bersama perakuan pengesahan dalam perkhidmatan.Surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan oleh PBM menyatakan pilihan yang dibuat oleh pegawai.Catatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan Pegawai.Sebelum pegawai disahkan dalam jawatan dan ditawarkan opsyen:

  • KESAN MENOLAK OPSYENPegawai akan dianggap memasuki Skim Pencen jika menolak opsyen, tidak membuat pilihan, membuat pilihan bersyarat atau tidak memulangkan kertas opsyen.Ketua Jabatan perlu perakukan kepada PBM supaya pegawai diberi taraf berpencen apabila memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

    SKIM PENCENSKIM KWSP1. PEMAKAIAN Perkhidmatan Awam.Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.Hakim.Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.Setiausaha Politik.Anggota tentera.1. PEMAKAIAN Semua anggota sektor awam yang yang memilih Opsyen Skim KWSp dan juga kepada semua pekerja sektor swasta.

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

    SKIM PENCENSKIM KWSP2. OBJEKTIF Hargai perkhidmatan yang taat setia dan dedikasi.Mengadakan bentuk saraan hidup selepas bersara dari perkhidmatan.Mengadakan bentuk saraan hidup kepada tanggungan pesara (jika pesara mati).Mengikat supaya terus berkhidmat dalam sektor awam. 2. OBJEKTIF Mengadakan satu bentuk simpanan wang yang boleh digunakan selepas bersara.

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

    SKIM PENCENSKIM KWSP5. FAEDAH KEMATIANBoleh diberi kepada tanggungan pegawai yang meninggal dunia.

    Pencen Terbitan. Ganjaran Terbitan. 5. FAEDAH KEMATIAN Layak mendapat RM 2,000 dan simpanan akan dibayar kepada waris terdekat/ penama.

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

    SKIM PENCENSKIM KWSP6. PENYELARASAN PENCEN

    Layak menerima penyelarasan pencen berikutan semakan gaji kakitangan awam dengan syarat bermastautin di Malaysia. 6. PENYELARASAN KWSP Tiada.

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

    SKIM PENCENSKIM KWSP8. KELAYAKAN PENCEN

    Layak bagi pegawai berpencen yang bersara: -Wajib. -Atas Pilihan Sendiri. -Atas Sebab Kesihatan. -Atas Sebab Penghapusan Jawatan. -Atas Sebab Penyusunan Semula Organisasi. -Demi Kepentingan Awam. -Demi Kehendak Kerajaan. -Dilantik Berkhidmat dgn. Pertubuhan. 8. KELAYAKAN KWSP

    Layak menerima KWSP walaupun meletakkan jawatan pada bila-bila masa. Layak Dividen KWSP.

  • PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

  • Sebarang pertanyaan mengenai:

    Urusan persaraan dan pencen, sila hubungi Bahagian Pencen atauUrusan Opsyen KWSP, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan

    No. Tel: 03-88853000

    Portal Laman Web: http://www.jpa.gov.my