Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

  • View
    393

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks mc

Transcript

Teks Juruacara Pertandingan Bercerita KluTeksCatatan

Kata AluanMelayang serindit di atas permatangMerbah berkicau dihujung muaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Bismillahi rahmanir rahim.Assalamualaikum wbt

Yang Berbahagia Dr. Hasnah binti Awang Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh, Yang dihormati Encik Kogilan, peserta-peserta dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Pertandingan Bercerita Peringkat Kelas 5 Bestari tahun 2015.

Perkenalkan HakimSebelum kita teruskan kelangsungan majlis , eloklah saya memperkenalkan barisan pena hakim yang menarajui teras keadilan pada hari ini.1. Dr. Hasnah binti Awang selaku Ketua Hakim2. Cikgu Kogilan selaku hakim kedua

Pertandingan BerceritaBaiklah pertandingan bercerita pada kali ini dimulakan dengan mempersilakan .Nama Peserta:Kumpulan :

Terima kasih.Seterusnya dipersilakan.Nama :Kumpulan :

AkhirBegitulah tadi berakhirnya, pertandingan bercerita peringkat kelas 5 Bestari.

KALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARAKALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIANKALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISANKALAU BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG

Sekian, terima kasih.

Majlis Penyampaian HadiahPenyampaianSijil PenghargaanSalam sejahtera kita bertemu lagi dalam majlis penutupan Pertandingan Bercerita. Baiklah, kita teruskan kelangsungan majlis dengan penyampaianhadiah kepada para peserta dan barisan hakim.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati Encik Kogilan untuk mengiringi Yang BerbahagiaDr Hasnah bt Awang Pesyarah Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah sagu hati pertandingan bercerita peringkat kelas 5 Bestari.Dipersilakan .Daripada kumpulan ..Seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang.Tempat ketiga dimenangi oleh. daripada kumpulan Naib Johan dimenangi oleh. daripada kumpulan Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Kelas 5 Bestari jatuh kepada.. daripada kumpulan ..

Seterusnya majlis mempersilakan Encik Kogilan untuk menyampaikan cendera hati kepada Dr. Hasnah binti Awang kerana sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

PenutupTahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.Manakala kepada yang tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala.Jadikanlah kegagalan sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan datang.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah dua rangkap pantun dari saya;

Gugur menguning buah kuiniMenghijau pohon subur berbaja;Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargaiTerima kasih daun keladiKenangan nan indah simpanlah di hati.Sekian, terima kasih.