Teori Kepimpinan Situasi

  • Published on
    10-Jun-2015

  • View
    15.565

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

520742-03-5161 Situasi berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza. - Teori Kepimpinan Situasi Hersey & Blanchard, 1969 Sebagai pemimpin pendidikan, sejauh manakah anda mengaplikasikan teori di atas untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam organisasi anda?

Pengenalan : Kepimpinan didefinisikan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian objektif organisasi. Pemimpin (Leader) adalah orang yang mempengaruhi individu dan kumpulan di dalam organisasi, membantu mereka menetapkan matlamat, beri panduan kearah mencapai matlamat tersebut dan sebagai hasilnya dapat menjadikan mereka menjadi lebih efektif.

Mengikut Gregory P.Smith a leader is a person who inspires people to take a journey to a destination they wouldnt go to by themselves .Matlamat kepimpinan adalah untuk meningkatkan prestasi pekerja , meningkatkan kualiti,

menambah output yang juga mempertingkatkan perasaan kebanggaan di kalangan orang bawahan. Pemimpin bukan hanya sekadar mencari kegagalan tetapi menyelesaikan dan mencari punca kegagalan untuk membantu orang bawahanya melakukan yang lebih baik. Seseorang pemimpin juga ialah seorang yang mampu menghasilkan suatu perubahan atau transformasi pada mereka yang dipimpinnya, dirinya sendiri dan organisasinya ke arah tujuan yang ditetapkan bersama.

1

520742-03-5161

Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu

mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah aktivitiaktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan samada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Mengikut Kotter (1988) kepimpinan menumpu kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan, seperti pembinaan hubungan, pembinaan visi dan pembinaan jalinan. Pemimpin melihat organisasi dengan perspektif yang lebih luas, menilai kesannya serta berusaha untuk menggembleng pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai.

2

520742-03-5161 Tiga pendekatan untuk memahami Kepimpinan 1) Pendekatan Tret (Trait approach) adalah ditumpukan untuk mengenalpasti karakter individu seperti faktor-faktor demografi atau tret personaliti yang membezakan di antara pemimpin dan pengikut 2) Pendekatan tabiat (Behavioral approach) mengambil kira tabiat yang ada pada pemimpin untuk menjadi efektif 3) Kepimpinan Kontingensi seperti Model Kontingensi Fiedler, Model Keputusan Normatif dan Path-Goal Theory yang mencadangkan bahawa perana utama pemimpin adalah untuk memberikan laluan kepada pekerja-pekerja supaya mereka dapat mencapai matlamat yanga telah ditetapkan. Gaya Kepimpinan Stail dan gaya kepimpinan secara umumnya boleh dilihat seperti kepimpinan autokratik, kepimpinan birokratik, kepimpinan karismatik, kepimpinan demokratik, kepimpinan Laissez-faire, kepimpinan orientasi hubungan, Servant leadership, Taskoriented leadership, kepimpinan situasi. kepimpinan transksional, kepimpinan transformasi dan

Kepimpinan Situasi - Mengandaikan gaya kepimpinan, dan model kepimpinan yang berbeza itu adalah lebih baik di situasi-situasi berbeza, dan pemimpin-pemimpin itu mesti mudah berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang wujud. Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi. Ia jugaa mengambil kira kontingensi

3

520742-03-5161 situasi seperti kematangan pengikut. Kematangan merujuk kepada tahap keupayaan dan persediaan seseorang pengikut menyempurnakan sesuatu tugas iaitu meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal, keyakinan diri, komitmen, motivasi dan harga diri berhubung dengan sesuatu tugas.

Mengikut teori kepimpinan situasi semakin matang tahap perkembangan pengikut, semakin tingi tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu tugasan, semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, pemimpin seharusnya mengurangkan stail kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat kepada stail yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu

memberi sokongan (supporting) . Akhirnya apabila tahap perkembangan pengikutnya sangat tinggi dan matang bukan sahaja dalam disiplin tugasnya bahkan dalam aspek saikologi pemimpin haruslah mendelegasi . Kesimpulannya dapatlah ditegaskan bahawa kepimpinan situasi ialah suatu proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan supaya dapat mencapai matlamat dalam sesuatu situasi tertentu.

Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua yang berkesan telah mengamalkan stail kepimpinan situasi apabila menguruskan sekolah dan stail utama ialah stail membimbing diikuti oleh stail menyokong, mengarah dan mendelegasi. Stail mengarah selalunya digunakan terhadap guru-guru baru, stail membimbing terhadap guru-guru yang kurang berpengelaman dan stail mendelegasi terhadap guru-guru kanan.

4

520742-03-5161 Seorang pemimpin situasi itu perlu meneliti keseluruhan orang bawahannya, mendekati pekerjanya dalam setiap tugasan yang diberi, memilih stail kepimpinan , berbincang dengan orang bawahannya dalam situasi yang berbeza dan kemudiannya melaksanakan perancangan secara bersama.

Dalam tahun 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard, telah membangunkan model kepimpinan situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau stail kepimpinan dan tahap perkembangan pengikut.. Stail kepimpinan yang diutarakan dalam model ini ialah Telling (Directing), Selling (Coaching), Participating (Supporting), dan Delegating

S1:

Directing/Telling-

Pemimpin

menggariskan

peranan

dan

tugas

pengikutnya serta menyelia, memberi arahan dengan kerap. Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin dan perhubungan adalah secara satu hala. Pengikut mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu tugas atau bekerja tetapi mereka kurang pengetahuan dan kemahiran. Pengikut perlu banyak

bimbingan daripada pemimpin , perlu banyak membuat latihan dan pembelajaran. S2: Coaching/Selling - Pemimpin membimbing dan menentukan peranan dan tugas dan dalam masa yang sama menerima idea dan buah fikiran pengikutnya Segala keputusan masih ditentukan oleh pemimpin dalam hubungan secara dua-hala. Tahap perkembangan pengikut adalah kritikal, kurang bermotivasi, tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi bagi melaksanakan tugas. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran disamping perlu banyak dorongan dan bimbingan.

5

520742-03-5161

S3: Supporting/Participating - Pemimpin perlu banyak memberikan dorongan dan galakan kepada pengikut. Berkongsi idea dengan membuat keputusan bersama-sama, memberikan jawatan atau ganjaran berdasarkan penghasilan tugas pengikutya.

S4: Delegating Pemimpin yang liberal dan autonomi, mendelegasikan tugas dan tanggungjawab kepada pengikut. Pengikut proaktif, banyak pengetahuan dan berkemahiran kreatif serta inovatif, hanya perlu perhatian dan

bimbingan minimum daripada pemimpin. Pemimpin tidak lepas tangan.

Blanchard dan Hersay seterusnya menegaskan gaya kepimpinan seseorang pemimpin sangat bergantung kepada tahap perkembangan pengikutnya, iaitu tahap kompentensi dan komitmen subordinate yang juga dikategorikan kepada empat (4) bahagian: D4 Kompetensi dan komitmen yang tinggi Sangat berpengelaman dalam bidangnya dan selesa dengan kebolehan sehingga boleh jadi lebih mahir daripada pemimpinnya. D3 - Kompetensi yang tinggi tetapi komitmen yang sederhana perlu kepada motivasi kerana tidak mempunyai keyakinan untuk menguruskan kerja berseorangan. D2 - Kompetensi sederhana dengan komitmen yang rendah mempunyai kemahiran yang berkaitan tetapi tidak dapat melaksanakan tugas tanpa

6

520742-03-5161 bantuan, berkemungkinan tugasan yang diberikan kepadanya adalah sesuatu yang baru bagi mereka. D1 kompetensi dan komitmen yang rendah tidak mempunyai kemahiran dalam tugasan yang diberi di samping tidak bermotivasi dan berkeyakinan .

Rajah 1: Empat Stail Kepimpinan Model Hersay & Blanchard

Blanchard and Hersey menegaskan Stail Kepimpinan (S1 - S4) seseorang pemimpin itu mestilah dikaitkan dengan Tahap Pembangunan pengikutnya (D1 D4) dan pemimpin mestilah dapat menyesuaikan yang terbaik di antaranya. Dengan memilih stail yang betul disesuaikan dengan tahap pembangunan pengikut, tugasan

7

520742-03-5161 dapat disempurnakan, hubungan dipereratkan dan yang lebih penting tahap pembangunan atau perkembangan pengikut akan meningkat .

Tidak satupun daripada stail diatas yang merupakan satu-satunya stail yang mesti dipilih oleh seorang pemimpin sebagai stail yang optima. Pemimpin yang berkesan mestilah seorang pemimpin yang boleh berubah dalam memilih stail yang paling sesuai dalam sesuatu situasi yang tertentu. Ada ketikanya seorang pemimpin itu perlu bersifat autokratif mirip instruksional manakala