Teori Pembelajaran

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teori Pembelajaran

Transcript

PowerPoint Presentation

EDC2203PSIKOLOGI PENDIDIKANTEORI PEMBELAJARAN

OLEH:ASMAWATI BINTI MOHD RAPAMUSSALMAH BINTI MAULOPPembelajaranProses yang menghasilkan perubahan tingkahlaku seseorang individu iaitu sebagai suatu reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi. Perubahan adalah bukan disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi.Pembelajaran secara umumnya ialah satu proses belajar, iaitu usaha memperolehi pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman yang membawa kepada perubahan seseorang itu dari segi tingkah laku.

Ciri-ciri PembelajaranPembelajaran menunjukkan berlakunya perubahan tingkahlaku.

Perubahan tingkahlaku akibat dari pengalaman.

Pengalaman diteguhkan atau diberi ganjaran pengulangan

Pembelajaran bukan disebabkan faktor biologi

Berlaku secara formal, informal atau nonformal

Teori PembelajaranBehaviorisKognitifSosialHumanis Konstruktivisme

Teori PembelajaranManusia belajar melalui berbagai-bagai cara:BEHAVIOURIS pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.KOGNITIF pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiranSOSIAL pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada tingkahlaku yang nyata.HUMANIS perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaranKONSTRAKTIVISME ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Teori Pembelajaran BehaviourismeTeori Pembelajaran BehaviorismeTeori Pelaziman Klasik PavlovTeori Pelaziman Klasik WatsonTeori Pelaziman Operan Edward L.ThorndikeTeori Pelaziman Operan SkinnerTeori Pelaziman Klasik PavlovGENERALISASI- Rangsangan yang sama hasilkan tindakbalas yang sama. cth: peperiksaan biologi / kimia.

2. DISKRIMINASI- Individu bertindak balas dengan sesuatu rangsangan tertentu sahaja dan tidak pada yang lain.

3.PENGHAPUSAN- Rngsangan terlazim tidak disertai rangsangan tidak terlazim lama kelamaan terhapus.Teori Pelaziman Klasik WatsonMenerangkan tentang perubahan tingkahlaku semasa proses pemelajaran yang membuktikan emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Teori Pelaziman Operan ThorndikeMengemukakan konsep pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu:Hukum KesediaanHukum LatihanHukum Kesan Teori Pelaziman Operan SkinnerDalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran KognitifJean PiagetJerome Brunner

Jean Piaget4 peringkat perkembangan kanak-kanak

a) Deria motor (0 2 tahun)Banyak menggunakan deria motor utk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran spt memegang, menghisap .Tidak ada konsep pengekalan. Contoh : barang yang dilihatnya telah disembunyikan, dia tidak berusaha mencarinya.

b) Praoperasi (2 7 tahun)Menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai aspek dalam persekitarannya.Contoh : boleh guna perkataan bola bagi mewakili bola sebenarnya.Sudah ada keupayaan berbahasa tetapi bersifat egosentrik.Tidak dapat menggambarkan proses transformasi

Jean Piagetc) operasi konkrit (7 11 tahun)

Masalah abstrak tidak dapat diselesaikan.Pandangan orang lain mula diterima.Pemusatan perhatian mula berkuranganFaham transformasiProses kebalikan dapat difahamiPemikiran secara logis semakin nyata.Konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab munasabah mula difahamiOperasi siri dapat diselesaikan

d) operasi formal (11 tahun ke atas )

Kanak-kanak mula menggunakan penaakulan dan berfikir secara abstrak Sudah berupaya menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak Dapat mengkaji pemikiran & perasaan sendiri Berupaya mengaplikasi prinsip-prinsip, ketika menyelesaikan masalah yang ada kaitan. Membina hipotesis Skemata bertambah bilangan Contoh :Jika X lebih besar dpd Y dan Y lebih besar dpd Z, X adalah lebih besar dari Z. Benar atau Salah?

Jerome BrunnerPembelajaran Berubah Dalam Tiga Peringkat Kognitif:1. Peringkat Enaktif (0-2 Tahun)2. Peringkat Ikonik (2-4 Tahun)3. Peringkat Simbolik (5-7 Tahun)EnaktifPembelajaran melalui tindakan manipulatif dan tidak melibatkan bahasa. kanak-kanak bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah.Bahan maujud perlu dipegang dan digunakan untuk memperolehi pengertian.Pegang api-panas; lontar bola - melambung

Jerome BrunnerIkonikKanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.Cth: bahan tajam luka air didih - panas

Simbolikkanak-kanak dapat berfikir dengan menggunakan bahasa.simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak.

Teori Pembelajaran SosialDiasaskan oleh Albert Bandura.Faktor sosial, kognitif dan tingkahlaku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Contohnya, pemerhatian pelajar tentang tingkahlaku dan pencapaian kerjaya ibubapa akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar tersebut.

Teori Pembelajaran HumanisDiasaskan oleh Carl Rogers, Abraham Maslow.Menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan atau emosi.Menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Teori Pembelajaran HumanisContohnya: Pelajar akan belajar apa yang mereka ingin ketahuiKeinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta.Penilaian yang dibuat oleh pelajar sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Teori Pembelajaran KonsruktivismePandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperolehi ilmu pengetahuan iaitu murid menerima pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya.Pengetahuan ini dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.Ciri-ciri Pembelajaran KonstruktivismeMenggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh muridMengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu ideaMenggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimenMenggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasrat pembelajaran Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.