TEORI PEMBELAJARAN

  • View
    48

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TEORI PEMBELAJARAN. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript

  • Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu.Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

  • TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku Wujudnya perhubungan rangsangan ( stimuli) dengan tindak balas respon organisma.

    JOHN WATSON ( 1878-1958 ) Tingkah laku berfikir tanpa rujukan tikus dan psikologi SR ( stimulus-response) psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian proses mental

  • B.F SKINNER ( 1904-1990 ) Teori Pelaziman Operan behaviorism berdasarkan akibat burung merpati ( kajian tahun 1953 ) dan kotak Skinner pembelajaran berlaku melalui pelaziman ransangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif. mengutamakan ganjaran, insentif, dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini.

  • IVAN PETROVICH PARLOV mengkaji tindak balas anjing, air liur anjing dan makanan asasnya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih kompleks berbanding haiwan kerana manusia boleh berbahasa dan ini dikenali sebagai second signal system

  • THORNDIKE membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan, dan hukum kesan hukum kesediaan : pelajar bersedia belajar, ( ransangan motivasi ) berkesan. pelajar belum bersedia belajar belajar, ( tanpa rangsangan )> tidak berkesan hukum latihan : pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan hukum kesan : pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika ada peneguhan. Jikalau menyakitkan tindak balas akan lenyap ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

  • TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIFPembelajaran yang berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui, dan memahami.Lokus pembelajaran struktur dalaman kognitifTeori Gestalt ( bentuk, pola, tatarajah ) otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran.Kohler & koffka- mengkaji seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya- cimpanzi susun kotak- berjaya

  • Menurut Piaget ( 1977 ), terdapat tiga konsep utama dalam perkembangan kognitif iaitu :-

    Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

  • Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

  • AsimilasiAsimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

  • AkomodasiMerupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

  • AdaptasiIa merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

    Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

  • Empat tahap perkembangan kognitifTahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

  • Teori pembelajaran konstruktivismePembelajaran terbentuk hasil daripada pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman.Hasil percantuman dengan pengetahuan sedia ada.Membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap maslah yang diberi.Proses pembelajaran konstruktivisme:- pelajar bina pengetahuan sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada kait dengan situasi baru dan tambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia ada

  • maklumat baru yang telah diolah dan disesuaikan menjadi sebahagian daripada pelajar-kerangka baru ilmu dapat dibina.

    *