Teori Pembelajaran Behaviorisme

  • View
    25

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

  • 5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme

    1/21

    ULASAN KRITIKAL

    PENGENALAN

    Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal,

    akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata

    disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan

    sementara seperti penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan

    mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi

    pembelajaran. Teori-teori pembelajaran terbahagi kepada tiga, iaitu Teori

    Pembelajaran Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitivisme dan Teori

    Pembelajaran Konstruktivisme. Dalam setiap teori tersebut, terdapat beberapa orang

    pelopor yang telah mengkaji dan menganalisis pelbagai cara pembelajaran yang

    berkesan. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk

    melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan.

    1. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

    Teori Pembelajaran Behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan

    kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat

    bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour).

    Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga

    pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus,kucing dan burung

  • 5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme

    2/21

    di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara

    rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

    Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan

    pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama

    ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar

    boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris,

    pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang

    individu melalui pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak

    dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara

    pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling

    berkaitan.Behavioris menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia

    yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

    Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori

    Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelapori

    oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman

    Klasik dipelopori Pavlov dan Watson. Berikut adalah perbandingan pandangan yang

    dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behavioris:

    PERBANDINGAN PANDANGAN AHLI TEORI BEHAVIORIS

    Pelopor

    Aspek

    John Broadus

    Watson

    (1878-1958)

    Ivan Petrovich

    Pavlov

    (1849-1936)

    Edward Lee

    Thorndike (1874-

    1949)

    Burrhus Frederic

    Skinner

    (1904-1990)

    Latar

    belakang

    ** ** ** **

    Nama

    teori

    Pelaziman Klasik Pelaziman Klasik Pelaziman Operan Pelaziman Operan

    Bahan

    ujikaji

    Albert B

    (bayi 9 bln)

    Anjing Kucing Tikus putih

  • 5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme

    3/21

    Asas

    teori

    Berkaitan

    pelaziman &

    kawalam emosi

    manusia iaitu

    ujikaji tentang

    Albert (1920)

    Rangsangan &

    gerak balas

    (R-G)

    Hubungan @

    connection antara

    rangsangan

    dengan gerak

    balas akan

    menjadi kukuh jika

    kesan tingkah laku

    menyeronokkan @

    memuaskan

    Menekankan hasil

    kesan akibat

    membawa kpd

    tingkahlaku baru,

    tingkahlaku

    diteruskan @

    diulang &

    sebaliknya

    Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahantingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji

    perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam

    persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara

    tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.

    1.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

    Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah

    dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji

    fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air

    liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air liur

    haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza.

    Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke

    mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut.Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu,

    contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur

    pada anjing kajian Pavlov.

    Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih

    dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak

    memberikan sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov

    memberikan makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan

  • 5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme

    4/21

    air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan

    gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air liur ini disebut

    sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada

    pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan

    perembesan. Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak

    menghasilkan sebarang gerak balas. Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali

    iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan.

    Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar bunyi loceng

    walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut rangsangan

    terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi

    disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama

    seperti makanan. Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi

    dipelajari melalui pelaziman klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi

    muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat membangkitkan perasaan takut pada

    diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul disebabkan rangsangan neutral.

    Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik.

    Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan,

    lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.

    Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini

    mempunyai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu

    pembelajaran boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan

    rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran

    berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap

    rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori

    ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang

    boleh dilazimkan atau dipelajari.

    Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui

    latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak

    balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru

    memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak

    balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan

  • 5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme

    5/21

    walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya

    dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang

    dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru

    boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang

    untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi

    murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

    menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set

    induksi yang dapat menarik perhatian murid.

    Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses

    pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek

    dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih

    berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan

    pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana

    murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.

    Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas

    ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.

    Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak

    diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui

    ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang

    guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,

    konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan

    keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-

    murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi

    meningka