TEORI PEMBELAJARAN ORFF

• Published on
10-Jul-2015

• View
207

• Download
0

Embed Size (px)

Transcript

TEORI PEMBELAJARANCarl Orff (1895 1982)

Carl Orff (1895 1982)

Seorang pencipta muzik Jerman Mempunyai citarasa yang menyeluruh terhadap beraneka jenis muzik dari Zaman Baroque ke Zaman Romantik. Berdasarkan citarasa ini dia telah membentuk satu teori untuk pedagogi muzik bagi kanak-kanak. Tahun 1924 telah menubuhkan sebuah sekolah muzik khas bersama seorang guru tarian bernama Dorothea Gunther. Sekolah ini dinamakan Gunther Schule (Sekolah Gunther) Di sekolah ini, para pemuzik dikehendaki berfungsi sebagai penari dan para penari juga disebaliknya. Alat utama yang digunakan ialah beraneka rekoder, zilofon, metalofon, glokenspiel, dram, gong, simbal, kerincing, violin, viol da gamba, dan juga kibod-kibod lama seperti spinettos.

5 jilid buku

Tahun 1950 dengan tahun 1954, telah menerbitkan 5 jilid buku dinamakan Orff Schulkwerk: Muzik fur Kinder yang bermaksud Kerja Sekolah Orff: muzik untuk Kanak-Kanak

Jilid I : Lagu kanak-kanak dan ritma kanak-kanak dalam tangganada pentatonic Jilid II : Major: Bordun tangganada major penuh (dengan fah dan ti sekali) Jilid III: Major: Triad-triad (do dan re, do dan la) Jilid IV: Minor: Bordun (mode-mode Aeolian, Dorean, dan Phrygian) Jilid V : Minor: Triad pada setiap tahap tangganada major.

PENDEKATAN CARL ORFF

Pendekatan Orff banyak berdasarkan aktiviti irama dan improvisasi yang dipetik dari alam semula jadi kanak-kanak seperti irama berjalan, berlari, melompat, nyanyian, permainan, dan pertuturan berirama dijadikan bahan asas. Orff juga dipengaruhi oleh idea-idea pendidik muzik iaitu Emile-Jacques Dalcroze. Muzik dan gerakan sentiasa digabungjalinkan sebagai satu aktiviti kerana aktiviti ini membawa erti yang sama bagi kanak-kanak, iaitu satu saluran untuk melahirkan perasaan.

Pengalaman melodi

Pengalaman melodi dimulakan dengan minor ketiga yang menurun, iaitu so dan mi seperti yang terdapat dalam turutan kaedah kodaly.

Solfa

So dan mi Ditambah dengan tiga ton (so-mi-la) Pentatonik lengkap tambah do dan re Tangganada diatonic major tambah dua ton fah dan ti Nyanyian mode-mode Aeolian Dorean Mixolydian Lydian Phrygian dan Locrian.

HARMONI

Harmoni diperkenalkan melalui drone secara vokal dan instrumental dengan menggunakan not kelima terbuka. Contoh: 1

atau

HARMONI

Not yang berirama juga boleh digunakan menyanyikan drone ini. Nyanyian drone seperti ini dinamakan bordun Contoh 2:

HARMONI

Selepas nyanyian harmoni dengan iringan drone dikuasai, nyanyian dengan iringan ostinato diperkenalkan. Contoh 3:

HARMONI

Akhir sekali nyanyian dengan lapisan suara yang menggambarkan pertukaran kord secara berulang dilakukan mengikut turutan-turutan kord seperti:I - V I - IV - V dan I - V - IV - V.

PENDEKATAN ORFF (ORFF SCHULWERK)

Pendekatan Orff juga dikenali sebagai Orff Schulwerk dan merupakan buku panduan am yang boleh membantu golongan pendidik muzik untuk memperkembangkan pembelajaran muzik bagi kanak-kanak. Pendekatan Orff dibahagikan kepada empat komponen utama, iaitu: Fasa I Penerokaan (mencari sendiri) Fasa II Imitasi (mengajuk-balik) Fasa III Improvisasi dan Fasa IV Mencipta.

PENDEKATAN ORFF

Fasa I Penerokakan (mencari sendiri) Kanak-kanak digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan gerakan dengan usaha sendiri. Fasa II Imitasi (mengajuk-balik) Merupakan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan seperti menepuk tangan, memetik jari, menampar paha (patschen), menghentak kaki, dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Gerakan bebas juga digalakkan. Alat-alat genderang tidak berpic dan berpic digunakan. Rekoder memainkan melodi yang utama.

PENDEKATAN ORFF

Fasa III Improvisasi dan Kanak-kanak digalakkan melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Contoh: Tangganada pentatonic disyorkan. Alat zilofon dan metelofon memainkan not do dan so Alat berpic lain memainkan not-not yang lain secara ostinato dalam tangganada pentatonic.

PENDEKATAN ORFF

Fasa IV Mencipta. Kanak-kanak melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa satu hingga fasa tiga. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondo, suite mini, serta tema dan variasi. Cerita kanak-kanak dan puisi digunakan sebagai bahan untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff. Kanak-kanak juga mempelajari daripada yang mudah kepada yang susah dengan menggunakan aktiviti dan strategi yang berperingkat atau berturutan. Dalam Pendekatan Orff, kanak-kanak tidak diajar tetapi dipandu oleh guru supaya membuat penemuan (jumpa sendiri). Guru sebagai pemudahcara dan pendorong.