Teori Pembelajaran - Skinner

  • Published on
    17-Jul-2015

  • View
    739

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

1.0 PENDAHULUAN.

Burhus Frederick Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di Susquehanna Pennsylvania. Bapanya seorang peguam di bandar kecil itu. Skinner belajar di Kolej Hamilton di Clinton, New York, di mana beliau mengkhusus dalam kesusasteraan Inggeris. Beliau tidak mengambil apa-apa kursus psikologi tetapi pernah memenangi hadiah kerana karyanya dalam bahasa Greek. Beliau mula minat terhadap bidang psikologi apabila beliau menyedari bahawa beliau tidak mempunyai fakta untuk menulis cereka dan seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dan lulus dalam bidang psikologi dengan harapan beliau dapat mengatasi masalah tersebut. Beliau, melanjutkan pelajaran di Harvard pada tahun 1928. Dalam masa tiga tahun beliau telah dianugerahkan ijazah PhD, dengan menulis disertasi yang cuba memperincikan undang-undang tingkahlaku untuk menerangkan perjalanan sistem saraf pusat. Beliau terus berada di Harvard selama lima tahun selepas mendapat ijazah. Ia melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian pelaziman. Beliau membuat kajian yang cuba mengenal pasti undang-ungdang asas dalam tingkah laku organisme. Satu daripadanya ialah mengaturkan seekor binatang dalam alat itu boleh melakukan mekanisme yang dapat mendatangkan ganjaran. Hal ini dapat dilakukan dengan menekan sebarang tuas yang ringkas. Dengan menggabungkan ciptaan-ciptaan ini, gerakbalas menekan tuas itu dapat dirakamkan secara automatik untuk menandakan kekerapan gerakbalas bagi sesuatu organisme secara keseluruhan. Dengan ini lahirlah Kotak Skinner yang sejak itu telah menjadi satu alat kebiasaan dalam kajiselidik psikologi. Beliau berjaya menerbitkan sebuah buku berjudul, The Behavior of Organisms (1938).

1

Mengikut Skinner (1972, 110-11), beliau minat terhadap aturan pengukuhan adalah secara kebetulan. Pada suatu hari Sabtu, beliau menyedari bahawa bilangan tempat makanan dalam alat itu tidak mencukupi bagi seminggu. Oleh itu menukar cara supaya hanya satu gerak balas akan diberi ganjaran bagi setiap minit. Dengan cara ini, beliau mempunyai bilangan tempat makanan yang mencukupi. Beliau juga mendapati bahawa tikus-tikus itu lebih stabil tingkah lakunyadalam jangka yang lebih teratur pula. Kemudian, beliau terus mengkaji kesan jenis-jenis pengukuhan sebahagian pada kadar yang tetap atau berubah ke atas jumlah penekanan tuas. 1.1 FALSAFAH BEHAVIORISME MENGIKUT SKINNER Falsafah Skinner ini bersifat saintifik. Sifat saintifik itu pula adalah dalam bentuk radikal. Beliau mahu mencari hubungan biasa antara kelas-kelas kejadian yang boleh diperhatikan supaya pola sebab musabab dapat dipastikan. Dalam hal ini beliau tidak mementingkan teori dalam erti kata yang biasa. Fenomena pembelajaran yang paling baik dikaji adalah dari segi menganalisis hubunganhubungan fungsional antara gerak balas-gerak balas dan keadaan-keadaan sebelumnya. Cara ini tidak memerlukan teori untuk mengetahui apa yang berlaku di antara kedua-dua pembolehubah itu. Sesuatu teori itu didapati penting dari segi membuat kenyataan ringkas mengenai pola-pola hubungan yang dapat dilihat, tetapi tidak ada satu keperluan yang merujukkannya kepada proses mental untuk menghuraikan tingkahlaku. Tingkahlaku sentiasa dihuraikan dengan mengenalpasti keadaan-keadaan penggerak objektif dari mana tingkahlaku itu timbul(termasuklah sejarah pengukuhan organisme itu sebelumnya).

2

Skinner juga boleh dianggap sebagai pengikut operasionalisme yang didefinisikan oleh beliau sebagai kebiasaan bercakap mengenai pemerhatian yang dibuat oleh seseorang, tatacara manipulatif dan perkiraan yang terlibat dalam membuat pemerhatian, langkah-langkah logik dan matematikal yang hadir di antara kenyataan yang sebelum dan sesudah, serta tiada yang lain ( Skinner 1972, hal. 370 ). Kebaikan yang paling utama dalam operasionalisme yang dilihat sebagai sesuai dalam psikologi mengikut Skinner terdapat dalam isi keempat iaitu ia menolong kita mengetepikan hal-hal yang tidak perlu dalam usaha untuk mewujudkan sains objektif. Setengah variasi operasionalisme menganggap bahawa kejadian-kejadian umum ( kejadian yang boleh diperhatikan secara luar dan disahkan ) sebagai sesuai untuk analisis saintifik. Skinner pula berpendapat bahawa sebahagian daripada kejadian sulit juga boleh dijadikan bahan. Isunya bagi beliau bukanlah perbezaan antara umum dan sulit tetapi sama ada kejadian-kejadian itu boleh diperhatikan. Dalam karya Beyond Freedom and Dignity , Skinner memperlihatkan dirinya bukan sahaja sebagai ahli sains yang berkebolehan dan sebagi pengikut sesuatu cara yang tertentu untuk membuat sesuatu yang saintifik tetapi beliau juga memperlihatkan dirinya sebagai ahli falsafah yang mengenai hal ehwal manusia. Ini tidaklah menghairankan kerana tema-tema yang beliau utarakan merupakan hal-hal yang dijumpai di makmal psikologi.

3

Menurut Skinner, untuk menyelasaikan masalah manusia kita perlu menerapkan apa saja jenis teknologi. Masalah tingkah laku manusia tidak boleh diselesaikan oleh teknologi fizikal dan teknologi iaitu teknologi tingkah laku. Ramai orang menentang bahawa teknologi tingkah laku juga diperlukan. Mereka menentangnya kerana mereka berfikir teknologi ini tidak boleh memberi kesan, dan mereka menentangnya kerana mereka fikir teknologi ini tidak diperlukan. Kedua-dua tentangan ini boleh dikaitkan dengan konsep manusia autonomous iaitu idea bahawa terdapat suatu kejadian dalaman yang bertindak sendiri untuk menyebabkan berlakunya tingkah laku. Oleh kerana tingkah laku itu mempunyai sebab dalaman, maka idea ini begitu teguh sehingga mereka merasakan teknologi tingkah laku itu tidak mungkin memberikan kesan. Atau sebaliknya, walaupun sekiranya ia boleh memberikan kesan, tetapi ia tidak diperlukan kerana ia akan merosakkan nilai-nilai penting mengenai kebebasan dan kemuliaan seseorang itu. Mengikut Skinner, analisis tingkah laku secara ujikaji tidak membenarkan kita mengutarakan idea mengenai kejadian dalaman. tingkah laku dikawal oleh keadaan-keadaan Sebaliknya kita dapati Konsep-konsep sekitaran.

kebebasan dan kemuliaan mungkin lebih difahami dalam erti kata penentuan sekitaran daripada dalam erti kata pernyataan sesuatu yang secara dalaman bersifat autonomous. Pergelutan untuk kebebasan merupakan tingkah laku haiwan yang cuba mengelak atau bebas daripada keadaan-keadaan yang merbahaya. Kederiaaan dan kemuliaan merupakan suatu yang diatribusikan individu, ataupun apa yang diatribusikan individu pada dirinya kerana keadaan berlakunya tingkah laku itu tidak dapat difahami sepenuhnya. Kehendak kepada kebebasan itu akan terhapusnya keadaan-keadaan yang merbahaya, dan digniti menjadi tidak perlu apabila tingkah laku dapat dihuraikan secara terperinci. Namun, tidak ada sebab untuk melihat kebebasan dan digniti sebagai hasil daripada kuasa dalaman.

4

Teknologi tingkah laku bukanlah suatu mimpi. Mengikut Skinner, ia sudah berada dalam proses perkembangan. Kuncinya boleh didapati dalam kontigensi pengukuhan. Ke arah matlamat apa hendak kita bentuk tingkahlaku itu? Bagi Skinner jawapan yang senang ialah untuk menyediakan pengukuhan positif yang tekal berikutnya boleh dikategorikan kepada tiga jenis nilai atau barangan iaitu benda-benda yang menjadi barangan kerana ianya membantu penerusan hidup biologi, benda-benda yang menjadi barangan kerana ianya membantu yang lain, dan benda-benda yang menjadi barangan kerana ia membantu sebuah budaya untuk terus hidup. Kedua-dua kategori yang pertama itu tidak begitu konversial seperti yang ketiga. Tetapi bagaimana boleh kita membantu budaya untuk berterusan? Menurut Skinner, kita perlu memesatkan lagi perkembangan praktis yang akan mengambil kira juga keputusan-keputusan yang jauh ( Skinner, 1971, hal. 143 ). Seperti juga dalam proses biologi di mana jenis-jenis organisme yang lebih sensitif kepada keputusan tindakannya akan lebih senang untuk terus hidup, maka dalam evolusi budaya juga bentuk-bentuk itu akan terus hidup dan akan mengawal manusia dalam semua bidang keputusan tingkah laku mereka. Hal ini boleh dijadikan prinsip yang membimbing reka bentuk atau reka bentuk kembali keseluruhan sesuatu budaya itu. Dalam kesemua hal ini, kita tidak perlu mengkhuatiri konsep kawalan . Setiap kali kita bertindak secara sistematik ke atas persekitaran untuk memberi kesan kepada perkara lain, maka kita telah menguatkuasakan kawalan. Masalah utama ialah kita perlu lebih jelas mengenai objektif kawalan itu dan bertindak dengan lebih berkesan dalam memilih cara-cara mengawal. Manusia tidak hapus. Ia terus hidup sebagai satu jenis dan sebagai seorang individu. Tingkahlakunya pula tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang datang dari dalam. Ia dilihat sebagai menjadi fungsi kepada keadaan-keadaan sekitaran.

5

2.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER 2.1 Kotak Skinner.

Rajah 1 2.1.1 Langkah pertama Skinner telah menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus. Dalam kajian Skinner ialah beliau meletakkan seekor tikus yang lapar ke dalam kotak Skinner seperti pada Rajah 1. Kotak Skinner tersebut mempunyai alat penekan pada dindingnya. Seperti kucing dalam teori Thorndike, tikus juga dibiarkan berlari secara rawak dalam kotak tikus Skinner. Kemudian secara tidak sengaja, tikus tertekan alat penekan dan birin makanan akan keluar. Tindakan ini diulangulang sehingga tikus belajar bahawa Jika alat penekan ini ditekan, makanan akan diperoleh. Ini bermakna tikus telah belajar cara memperoleh makanan dengan menekan alat penekan tersebut. Ini dikatakan pembelajaran melalui pelaziman.

6

2.1.2 Langkah kedua Seterusnya, Skinner telah memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Apabila tikus menekan alat penekan tersebut, makanan tidak akan keluar. Ini bermakna, apabila ganjaran ( makanan ) dihentikan, tikus pun berhenti menekan alat penekan tersebut ( gerak balas terhapus ). Peringkat ini dikenali penghapusan. 2.1.3 Langkah ketiga Kemudian Skinner memasukkan lampu dalam kotak tikus beliau. Apabila lampu me