Teori-Teori Pembelajaran

  • Published on
    12-Dec-2015

  • View
    32

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pembelajaran

Transcript

<p>Teorimerupakan satuprinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakansatu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada dalam diri seseoranguntuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Jary dan Jary (1995) pula melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan matematik yang menerangkan hakikat empirical sesuatu fenomena. Teori-teori pembelajaranterdiri daripada lima iaitubehavioris, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme.Konsep pembelajaranpula merupakansatu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku yang berlaku pada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan seorang murid (Ormrod, 1995). Dalam konteks pendidikan pula guru-guru akan mengajar supaya seseorang murid dapat belajar dan menguasai isi-isi pelajaran sehingga mereka mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru tersebut. Dengan itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat dan berterusan sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran juga berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan mengapa perubahan tingkah laku berlaku.Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan sesuatu maklumat. Ia bertujuan untuk mambahagi pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima kategori teori pembelajaran utamanya adalah teori behavioris, sosial, kognitif, humanistik dan juga konstruktivisme. Pertama sekali, terdapat tokoh-tokoh bagi setiap teori yang dinyatakan di atas ini. Bagi teoribehavioris, tokoh-tokohnya adalahPavlov, Watson,Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh bagi teoriKognitifpula ialahKohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel. TeoriSosialpula adalahBanbura dan Vygotsky.Tokoh-tokoh bagi teoriHumanis ialah Carl Rogers, Abraham, Maslow dan Eriksondan yang terakhirnya Piaget, Vygotsky dan Brunerpula merupakan tokoh-tokoh bagi teori yang terakhir iaituKonstruktivisme.Teori yang pertama merupakan Teori Pembelajaran Behavioris. Teori ini merupakan teori belajar yang lebih menekankan pada perubahan tingkah laku sertasebagai akibat dari interaksi antara stimulus dan respon.Tokoh-tokoh dari teori behavioristik adalahThorndike, Watson,ClarkHull, Edwin Guthrie dan Skinner. Teori ini juga cenderung mengarahkan pelajar untuk berfikir linear, konvergen, tidak kreatif dan tidak produktif. Kepentingan terhadap teori ini adalah dapat membiasakan guru untuk bersikap peka terhadap situasi dan koordinasi murid. Selain itu, guru tidak membiasakan memberi ceramah sehingga murid dibiasakan belajar sendiri. Dengan melalui pengulangan dan latihan yang berkesenambungan, dapat optimalkan bakat dan kecerdasan siswa yang sudah terbentuk sebelumnya. Jika murid mahir dalam suatu bidang tertentu, akan lebih dapat dikuatkan lagi dengan pembiasaan dan pengulangan yang berkesinambungan tersebut dan lebih optimal. Dengan itu, bahan-bahan pelajaran yang telah disusun hierarkis dari yang sederhana kepada yang kompleks dengan tujuan pembelajaran dibagi dalam bahagian-bahagian kecil yang ditandai dengan pencapaian suatu ketrampilan tertentu mampu menghasilakan suatu prilaku yang konsistan terhadap bidang tertentu. Implikasi-implikasi teori behaviorisme terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Seperti contohnya, matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyata dengan jelas dan matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai. Selain itu, guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran dan membuat analisis tugasan dengan memecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil. Guru perlu menyediakan langkah pengajaran secara berperingkat seperti satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran dan susunkan langkah hendaklah secara progresif dan ansur maju. Kadang kala, guru memberi peneguhan selepas tingkah laku dikuasai dengan berdasarkan masa seperti masa tetap dan masa berubah. Selain itu adalah berdasarkan kandungan dengan nisbah tetap dan berubah.Teori pembelajaran yang seterusnya ialahTeori Kognitif.Teori pembelajaran kognitifmenerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang. Teori ini menerangkan bahawapembelajaran berlaku akibat pemprosesan yang berlaku dalam minda seseorang itu. Ahli-ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960-an untuk mengantikan teori behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-rangsangan luaran. Ahli-ahli itu juga mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman, iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukkan skema manusia. Teori-teori kognitif juga melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu dalam diri seseorang individu. Manusia juga sering ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan menimba ilmu serta kefahaman mereka mengenainya.Ahli-ahli kognitif pula berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia dan mereka tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran telah berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku seseorang individu. Proses dalaman ini merujuk kepada pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.Terdapatbeberapa jenis teori kognitif. Jenis teori yang pertamanya ialahteoriGestalt Wolfgang Kohler (188-1967)di mana beliau menekankan struktur kognitif yang otak yang akan menyusun maklumat-makluamat yang terasing sebagai satu organisasi, individu menggunakan celik akal untuk menambahkan meklumat kepada pengalaman dan input melalui anggota deria untuk menghasilkan gambaran baru.Seterusnya ialahteori pembelajaran Jean Piaget (1849-1936) yang menyatakan tiga konsep utama beliau iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang memperjelaskan perkembangan mental manusia. Selain daripada itu, teori yang seterusnya ialah teori pemprosesan maklumat Robert Gagne (1916-2002) di mana beliau memadankan perhubungan di antara aras-aras pembelajaran dengan corak-corak pengajaran yang sesuai. Teori pembentukan konsep Jerome s Bruner (1915-2009) pula menyatakan tentang individu-individu menyusun idea-idea dengan melihat perkaitan di antara mereka. Teori yang akhirnya ialah teori penemuan David Ausubel (1918-2008) di mana teori ini menekankan pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya maklumat dan bahan-bahan pembelajaran disusun atur dalam bentuk yang lengkap dan sempurna.Beliau juga telah memperkenalkan penyusunan awal iaitu advance organizer.Ahli teori kognitif yang pertamaialahGestalt Wolfgang kohler (188-1967). Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang telah menjalankna penyelidikan bersama-sama dengan max Wertheimer dan kurt koffka dalam bidang teori psikologiGestalt.Perkataan gestalt berasal daripadabahasa Jermann yang bermaksud bentuk, organisasi pola atau pun konfigurasi dan menyatakan sesuatu pengalaman bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman. Pendekatan ini memfokuskan kepadacara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan, proses pembelajaran seseorang individu dan proses pemahaman.Proses pemahaman dapat menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen secara terkumpul bersama dan menjadikannya sebagai satu kofigurasi atau organisasi yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal. Beliau menyatakan proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan tidak berlaku sebagai pemindahanpembelajaran dan melihat kebolehan individu untuk mengamati atau memahami seusatu masalah secara tiba-tiba setelah berjaya mengaitkan unsur-unsur yang relevan. Konsep celik akal ini juga perlu diaplikasikan oleh para guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka perlu mendorong murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cemerlang juga akan sentiasa memastikan murid-murid membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara konsep-konsep yang sukar dan pada masa yang sama, guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pengukuhan sendiri. Dalam hal ini, murid-murid perlu menyelesaikan kerja rumah secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa mereka.Pemerhatian dan peneguhan daripada guru-guru secara positif akan merangsangkan murid untuk berusaha dengan gigih dan menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut sangat sukar. Guru-guru juga harus menyediakan alat dan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk mendorong muird-murid untuk mencapai kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapaciri-ciri pembelajaran celik akalsepertipenyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba, idea-idea timbul semasa memikirkan mengenai sesuatu isu atau pun perkara. Seterusnya,soalan dan rangsangan yang sesuai boleh mendorong dalam proses ini dan guru-guru harus mengemukakan contoh-contoh bersesuaian yang mudah difahami oleh murid-murid.Maklumat yang diterima oleh murid-murid juga harus bersistematik dan mengikuti urutan kesinambungan yang bersepadu serta amalan mebuat refleksi dan meta-kognisi dapat mencungkil fikiran dan celik akal para murid.Seterusnyaguru-guru juga tidak perlu memberi terlalu banyak penerangan tetapi berperanan menjadi sebagai seorang fasilitator dan beliau perlu menggalakkan pemikiran kritikal an kreatif di dalam bilik darjah.Murid-murid juga mesti didedahkan kepada pelbagai latihan untuk melihat unsur-unsur ynag berkaitan dari persekitaran dan membuat keputusan yang munasabah.Murid-murid juga mesti digalakkan untuk membuat analisis alternative sebelum membuat sesuatu keputusan dan guru-guru perlu mengurus murid-murid dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bagi berjalan dengan lancar. Hasil dari pengawasan ini, murid-murid yang bermotivasi dan yang dapat memberi tumpuan dalam proses pembelajaran akan dilahirkan. Kesimpulannya, proses kognitif perludititikberatkan oleh guru-guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan murid-murid untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini juga mereka dapat mengaplikasikan pelajaran dengan lebih baik dan berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.Terdapat beberapaaplikasi yang dicadangkan dalam prinsip piagetdi dalam bilik darjah.Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori ini dalam bilik darjah ialah melalui susun atur kurikulum. Seseorang guru perlu mengaturkan isi pelajaran secara berperingkat mengikut urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak.Sukatan pelajaran sekolah rendah di Malaysia kini diatur dari peringkat pra sekolah ke tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam teori piaget. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi mateamtik daripada nombor satu digit kepada dua digit dan kemudian kepada tiga digit. Topik-topik lain di dalam mata pelajaran matematik juga disusun dari konkrit ke abstrak seperti dalam tajuk-tajuk waktu dan jam, jarak dan juga jisim yang diajar dalam tahun dua. Selepas belajar konsep-konsep metematik asas, baru murid akan diperkenalkan kepada konsep penyelesaian masalah. Seterusnya ialah guru-guru perlu menyediakan bahan sokongan dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan boleh digunakan dengan aras murid-murid. Guru-guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu pengajaran yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh para murid. Di samping itu, pelbagai jenis alat bantu mengajar dan rangsangan diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka yang terhad. Bahan-bahan maujud yang digunakan bersama-sama denagn pengajaran guru juga amat berkesan bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menggunakan contoh-contoh yang konkrit dalam pengajaran dalam bilik darjah. Murid-murid peda peringkat sekolah rendah masih belum bersediamuntuk menyelesaikan masalah-masalah secara abstrak atau situasi pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Justeru itu, guru-guru perlu mengamalkan banyak contoh-contoh konkrit dan menggunakan anologi-anologi serta perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid pada tahap pembelajaran ini. Seterusnya ialah guru-guru mesti memastikan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang disediakan oleh mereka adalah perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif para murid dan setiap isi tajuk pelajaran perlu disusun serta diperingkatkan dalam aras kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk pengajaran yang berada dekat dengan pengetahuan dan pengalaman lepas murid-murid kepada konteks pengetahuan dan konsep-konsep yang lebih kompleks serta menyediakan peluang-peluang untuk menikmati pengalaman-pengalaman baru untuk murid-murid mereka.Di samping itu,murid-murid juga mesti didedahkan kepada rangsangan-rangsangan yang kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum mesti dirancangkan untuk dirangkaikan dengan perkembangan kognitif murid-murid. Sebagai contohnya, muzik dan tarian dapat mempengaruhi personality murid-murid secara positif.Terakhirnya ialah suasana sosial. Murid-murid mesti mendapat pengetahuan dan mengembangkan skema kognitif dalam suasana social yang riang dan harmonis.Guru-guru juga harus memastikan suasana bilik darjah sesaui dan sentiasa kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak sekolah rendah.Guru-guru juga perlu menggalakkan suasana persekitaran bilik darjah hidup di mana mereka akan menukar tema bilik darjah setiap minggu untuk memeaparkan sebuah lautan atau kawasan perhutanan. Murid-murid akan menghiasi bilik darjah masing-masing mengikut tema-tema yang telah ditetapkan oleh guru.Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menitikberatkan perkara-perkara seperti susunan kurikulum yang terancang dan sistematik, pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap umur umur untuk meningkatkan pengajaran yang berkesan.Di samping itu, contoh-contoh konkrit juga perlu digunakan supaya murid-murid m...</p>