tesis dakwah

  • Published on
    19-Jul-2016

  • View
    58

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tesis kipsas

Transcript

SATU KAJIAN MENGENAI PERUBATAN ISLAM DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS)

FARAH UMAIRAH BINTI MAHMOD(PID11036)

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK DIANUGERAHKAN DIPLOMA

JABATAN DAKWAH KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

APRIL 2014

SATU KAJIAN MENGENAI PERUBATAN ISLAMDALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS)

FARAH UMAIRAH BINTI MAHMOD(PID11036)

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK DIANUGERAHKAN DIPLOMA

JABATAN DAKWAH KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

APRIL 2014

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : ...Nama Calon : FARAH UMAIRAH BINTI MAHMOD No. Matrik : PID11036

AKUAN PENYELIA

Kertas Projek ini telah diluluskan dan diterima oleh :

Nama Penyelia :USTAZ MOHD SHUPIAN BIN MAJIDPenyelia Kertas Projek

Tandatangan : .

Jabatan Bahasa ArabKolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Tarikh : ..

PENGHARGAAN

Pertamanya, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin serta petunjukNya kertas projek ini dapat disiapkan. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda beserta para sahabat r.a. sekalung penghargaan buat para ulama dan sarjana yang telah meninggalkan khazanah ilmu yang sangat bermanfaat dan besar nilainya untuk generasi yang kemudian ini.

Di kesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Shupian bin Majid selaku pendidik dan penyelia yang telah banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada penulis sepanjang tempoh penyeliaan kajian ini. Penulis mendoakan agar kebaikan tersebut diberikan ganjaran yang selayaknya oleh Allah SWT.

Tidak dilupakan juga, ribuan penghargaan ditujukan kepada para pensyarah di Sekolah Pengajian Islam khususnya para tenaga pengajar di Jabatan Dakwah yang telah mencurahkan ilmu yang tidak terhingga sepanjang pengajian penulis di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Penghargaan khusus buat semua pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada penulis daripada semester satu hinggalah semester akhir ini.

Untaian kasih dan penghargaan juga dihadiahkan buat ayahanda Mahmod bin Malik yang gigih berusaha mendidik penulis kearah taqwa kepada Allah SWT, juga buat bonda tercinta, Nor Laila binti Ab. Kadir yang membesarkan penulis dengan didikan yang sempurna, semoga Allah sahajalah yang membalasnya dan diberi ganjaran Allah SWT dengan pahala yang tidak terputus-putus. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadi pembantu dan pendorong yang kuat kepada penulis dalam menyiapkan kertas projek ini.

Menerusi kesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada para sahabat dan rakan-rakan yang banyak membantu penulis dalam mencari bahan kajian untuk dijadikan rujukan bagi kajian ini. Terima kasih kerana telah banyak menyumbangkan maklumat dan membantu menyumbangkan idea-idea tambahan untuk kajian penulis. Juga turut membantu penulis dalam membetulkan tatabahasa Melayu.

Ucapan terima kasih juga penulis tujukan kepada Perpustakaan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, yang telah banyak menyediakan bahan rujukan kepada penulis. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang membantu penulis menyiapkan kertas projek ini secara langsung atau tidak langsung, semoga diganjari di akhirat kelak.

ABSTRAK

Al-Quran merupakan kitab sejarah terbesar sepanjang zaman. Semua yang disampaikan oleh al-Quran tidak terbatas pada satu ruang dan waktu, namun mencakupi seluruh kejadian sejarah manusia. Mulai dari kejadian Adam hingga akhir zaman nanti iaitu kiamat, semuanya telah dicatat dengan rapi dan sistematik dalam kitab ini. Di dalam al-Quran, kita boleh mengetahui berbagai-bagai kejadian ini boleh menjadi pembelajaran berharga bagi generasi-generasi akan datang. Salah satu contoh peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan manusia yang dipotretkan oleh Allah SWT dalam al-Quran adalah perubatan Islam.

Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah tentang perubatan Islam. Selain itu, mengetahui persepsi para pelajar terhadap konsep perubatan Islam. Serta menyelidik kefahaman pelajar terhadap terapi penyembuhan menurut al-Quran dan al-Sunah. Kajian yang penulis lakukan ini merupakan kajian yang berbentuk kajian perpustakaan dengan menggunakan metode analisi dokumen iaitu penelitian ke atas buku-buku dan sebarang dokumen berkaitan. Bagi kajian lapangan pula, penulis menggunakan metode temuramah dan metod soal selidik.

Di setiap bab penulis ada menerangkan secara terperinci berkenaan dengan analisa yang penulis ingin mengkaji, pada bab keduanya bermula pengkajian berkenaan dengan sejarah ringkas perubatan Islam. Penulis mendahulukan penulis dengan mengenalkan latar belakang ilmu perubatan Islam. Diikuti dengan tokoh-tokoh perubatan Islam dan ilmu-ilmu asas dalam perubatan Islam. Selain itu, sumbangan Islam dalm perubatan, cara perubatan Rasulullah SAW, perubatan melalui al-Quran seperti ayat-ayat ruqyah. Selepas itu, hukum dan amalan perubatan Islam.

Kemudian, dalam bab seterusnya penulis menceritakan berkenaan ilmu hitam dan pengubatannya. Dalam bab ini dinyatakan asal usul jin, iblis dan syaitan serta hubungan jin dengan Allah SWT dan dengan manusia. Dalam bab ini juga kita boleh mengetahui kejahatan ilmu hitam seperti rasuk, sihir dan saka. Selain itu, pengubatan Arab Jahilliyah dan Islam Jahiliyyah juga dinyatakan di dalam bab ini.

Dalam bab yang keempat, penulis menyatakan dapatan kajian yang dijalankan melalui borang kajian soal selidik kepada 50 orang pelajar dari Sekolah Pengajian Islam seramai 25 orang dan dari Sekolah Pengajian Pengurusan seramai 25 orang. Penulis juga menjalankan kajian temuramah kepada responden yang berkaitan dengan kajian. Ulasan hasil daripada kajian juga dinyatakan tentang tahap kefahaman pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah tentang perubatan Islam.

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

a.s. Alaihi al-SalamSAW Salla Allah Alaih WasalamSWT Subhana wa Taala

ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURATPENGAKUAN iiAKUAN PENYELIA iiiPENGHARGAAN ivABSTRAK viSENARAI SIMBOL/ SINGKATAN viiiISI KANDUNGAN ix

BAB 1 : PENDAHULUAN1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan masalah 31.3 Objektif kajian 41.4 Persoalan kajian 41.5 Limitasi kajian 51.6 Definisi operasi kajian 51.7 Metodologi kajian 61.8 Ulasan kepustakaan 6

BAB 2 : SEJARAH RINGKAS PERUBATAN ISLAM2.1 Latar belakang ilmu perubatan Islam 72.2 Tokoh-tokoh perubatan Islam 82.3 Ilmu-ilmu asas dalam perubatan Islam 112.4 Sumbangan Islam dalam perubatan 122.5 Cara perubatan Rasulullah SAW 132.6 Perubatan melalui Al-Quran 152.7 Hukum dan amalan perubatan Islam 17

BAB 3 : ILMU HITAM DAN PENGUBATANNYA3.1 Asal usul jin, iblis dan syaitan 213.2 Hubungan jin dengan Allah 233.3 Hubungan jin dengan manusia