Topic 13 writing an AR report

  • Published on
    20-Jul-2015

  • View
    750

  • Download
    2

Transcript

  • TOPIK 13PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

  • FORMATKulit laporan Tajuk kajian, Nama penyelidik & Institut , Tahun - Penghargaan Preliminaries - Isi kandungan - Senarai Jadual - Senarai Rajah - Abstrak

    Kandungan Rujukan Lampiran

  • Contoh halaman judul Kulit Luar

  • Abstrak Tulis dalam satu perenggan, dalam 200 perkataanObjektif kajian & fokusRingkasan hasil pengumpulan data awalKumpulan sasaranTindakan dilaksanakanDapatanPenilaian terhadap tindakan dilaksanakanRefleksi ke atas tindakan (reflection on action)

  • Contoh abstrak: Murid-murid saya mempunyai masalah menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor menyebabkan mereka tidak boleh mengelaskan haiwan mengikut kumpulan makanannya dengan betul. Maka, objektif kajian ini ialah murid-murid dapat menyenaraikan haiwan-haiwan omnivor; dapat menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor yang telah disenaraikan dengan betul dan seterusnya dapat memadankan tikus dan ayam kepada kumpulan makanannya iaitu omnivor. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua murid perempuan dari Tahun 5. Strategi tindakan Matchbox Aid telah digunakan untuk membantu mereka menamakan makanan spesifik haiwan omnivor. Data kajian telah dikumpul melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca, temubual, nota lapangan dan lembaran kerja. Selepas pelaksanaan Matchbox Aid sebanyak tiga kali, subjek kajian dapat menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor dan mereka tidak lagi menjawab menggunakan istilah umum haiwan dan tumbuhan untuk menamakan makanan bagi haiwan omnivor. Keputusan kajian juga menunjukkan semua subjek kajian dapat memadankan ayam dengan kumpulan makanan dengan betul tetapi dua orang subjek kajian masih mempunyai masalah dalam memadankan tikus sebagai haiwan omnivor selepas pelaksanaan strategi Matchbox Aid. Dapatan kajian ini menunjukkan strategi Matchbox Aid telah membantu mereka mempelajari konsep sains dengan lebih baik dan boleh menyediakan mereka untuk topik Rantai dan Siratan Makanan yang mempunyai kaitan dengan topik haiwan dan makanannya.

  • Kandungan Pengenalan - Konteks/Latar belakang kajianTinjauan literatur Fokus/Isu Keprihatinan- Aspek amalan bagi penambahbaikan Pelan tindakan Pelaksanaan pelan tindakan Pengumpulan data Analisis dan huraian data Refleksi dan implikasiPelan bagi tindakan susulan Sumber rujukan: American Psychological Association (APA)

  • PengenaIan Mulakan dengan konteks kajianRefleksi P&P : Nyatakan masalah dalam pengalaman P&P andaApakah situasi bermasalah yang anda ingin tambahbaik?Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian Apakah perasaan anda, nilai dan kepercayaan dalam situasi bermasalah ini

  • PengenaIan Membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&PBagaimana keadaan bermasalah bercanggah dengan nilai-nilai dan kepercayaan anda?Membincangkan dengan terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

  • Tinjauan LiteraturHubungkaitkan kajian lepas kepada keadaan bermasalah dan tindakan yang mungkin untuk mengatasi/mengurangkan keadaan bermasalah

    Hubungkan dengan masalah yang anda kaji, tindakan anda dan kesan tindakan anda

  • Isu KeprihatinanApa yang anda mahu lakukan kepada situasi yang bermasalah?Apa yang anda mahu tambahbaik?Sebab memilih fokus ini/ huraikan kebimbangan anda mewajarkan (buat justifikasi) kepentingan kajian anda

  • Fokus KajianPengumpulan data awal dan analisis untuk mengesahkan kewujudan situasi bermasalah dengan terperinciMenerangkan keadaan bermasalah dengan terperinciApa /Siapa yang membawa kepada keadaan bermasalah tersebut?

  • Objektif KajianMesti berkaitan dengan masalah dan tindakanMestilah boleh diukur / dilihat (jelas/eksplisit)Pernyataan objektif kajian tindakan dinyatakan dengan mengandungi 3 perkara berikut :- - fokus - tindakan - pencapaian tindakan

    Objektif am - berkaitan dengan meningkatkan amalan, merancang suatu tindakan dan menilai tindakan ituObjektif khusus - yang berkaitan untuk menilai tindakan anda

  • Objektif Am Objektif KhususMy study aims at overcoming my pupils difficulty in subtraction involving regrouping through the use of concrete materials

    Through this action research, I hope to help my pupils to:a) subtract a 3-digit number from a 2-digit number involving regrouping from tens to ones using concrete materialsb) subtract a 3-digit number from a 2-digit number involving regrouping from tens to ones in standard algorithm/vertical form

  • Objektif Am Objektif KhususObjektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 5 menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor menggunakan matchbox aid Objektif kajian ini ialah murid-murid dapat menyenaraikan haiwan-haiwan omnivor; dapat menamakan makanan spesifik bagi haiwan omnivor yang telah disenaraikan dengan betul

  • Kumpulan SasaranBilangan partisipan/subjek kajian terlibat sebagai kumpulan sasaran Maklumat demografik subjek kajian - umur, gender, pencapaian akademik, jawatan dalam kelas/sekolah, dll.Nyatakan kelas terlibat dalam kajian andaCiri-ciri unik kumpulan sasaran anda

  • Pelan Tindakan & PelaksanaanMemperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakanMemberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkanDimana & bila tindakan dilakukan?Buat carta aliran atau jadual untuk menunjukkan bagaimana tindakan anda dilaksanakanSenaraikan semua aktiviti yang dilakukan dalam tindakan andaMenyatakan tarikh atau tempoh terlibat

  • Kaedah Pengumpulan dataNyatakan cara pengumpulan data pemerhatian, tinjauan, temu bual, hasil kerja muridInstrumen kajian senarai semak pemerhatian, soal selidik, protokol temu bual, ujian, latihan, dllApa data dikumpulkan? - tingkah-laku murid, pendapat, langkah penyelesaian matematik, cara pengelasan haiwan, dll.Data dikumpul mesti boleh digunakan untuk menilai penambahbaikan yang dilakukan telah mencapai objektif kajian anda

  • Analisis DataBagaimana anda mendapatkan isi penting yang berkaitan sebagai bukti tindakan anda telah meningkatkan/menambahbaik masalah yang dikaji - Analisis kandungan - Analisis pola (pattern analysis) - Analisis Statistik menggunakan frekuensi, peratus, min, dll.Melaporkan dapatan menggunakan jadual, cartaTriangulasi data

  • Interpretasi DataApakah perubahan yang dibawa oleh tindakan anda?Bandingkan keadaan awal (sebelum tindakan diambil) dan keadaan akhir (selepas tindakan telah diambil) Ada sebarang penemuan yang tidak dijangka?Menginterpretasi semua data dengan lengkapDapatan kajian dilaporkan bersesuaian dengan objektif kajian Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara jelasUrutan idea yang teratur Penggunaan bahasa sesuai dengan penulisan ilmiah

  • Refleksi Menilai pencapaian kumpulan sasaranMenilai pencapaian objektifRefleksi terhadap dapatan kajianAdakah saya mendapat penemuan seperti yang diharapkan ATAU mengapa saya tidak mendapatkan penemuan seperti yang diharapkan?Apa perasaan anda terhadap perubahan yang dibawa oleh tindakan anda?Apa yang telah anda belajar daripada tindakan anda?

  • Refleksi Adakah anda lebih memahami isu yang menjadi keprihatinan/kebimbangan anda?Ada percanggahan /jurang dengan nilai dan kepercayaan anda tentang P&P?Apa yang boleh anda lakukan untuk merapatkan jurang antara nilai-nilai dan kepercayaan anda sendiri dan amalan anda?

  • Hasil RefleksiKefahaman baharuKesedaranPerubahan dalam persepsiPerubahan dalam amalan

  • Sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini, terdapat banyak perkara yang membuka mata (insight) dan mengubah persepsi saya terhadap persekitaran pembelajaran murid dalam bilik darjah. Kajian ini memberikan saya paradigma baru dalam pelbagai aspek. Saya menyedari tentang kepayahan yang perlu guru tempuhi demi untuk menukar idea asal yang telah tertanam utuh dalam minda murid. Persepsi awal saya ialah saya menganggap murid malas dan tidak berminat dengan pembelajaran guru kerana lebih gemar bermain. Walhal, hakikat sebenar murid tidak boleh mengikuti apa yang diajar disebabkan oleh pertentangan antara konsep yang diajar oleh guru dan konsep yang sedia ada dalam minda murid. Memetik pernyataan Driver (1983) dalam Cumming (1999), murid telah lama bergelumang dengan idea mereka sendiri dan idea tersebut telah hampir sebati dalam minda mereka lalu menyebabkan mereka sukar untuk menerima pengajaran baru dari guru. Keadaan ini akan menimbulkan konflik kognitif dalam pemikiran mereka. Serentak dengan itu ia akan menjadi penghalang pada kemajuan akademik murid pada masa akan datang. Atas faktor ini, saya mula melihat pemilihan strategi dan bahan pengajaran yang relevan dengan tahap pengetahuan sedia ada murid adalah di antara aspek terpenting perlu guru titikberatkan sebelum memulakan suatu sesi pengajaran. Percanggahan ilmu baru dengan skemata murid akan menajdikan sesi pengajaran menjadi sia-sia dan tidak bermakna umpama mencurahkan air di daun keladi.Saya turut merasa bersyukur kerana melalui kajian ini, saya boleh meningkatkan kemahiran interpersonal dan membuka lebih banyak peluang komunikasi dengan warga sekolah. Selain itu, saya juga menjadi lebih peka dengan persekitaran saya bekerja dan suasana pembelajaran murid. Saya juga percaya, iklim sekolah yang positif memberikan murid keselesaan dan memudahkan lagi proses pembelajaran berlaku. Sebaliknya persekitaran negatif seperti ketiadaan kerjasama sesama warga sekolah akan menjejaskan kualiti pembelajaran dan berkemungkinan besar meningkatkan masalah disiplin.Keinsafan juga timbul dalam diri saya berhubung dengan aspek ketelusan dan keikhlasan guru mendidik muridnya. Tempoh 30 atau 60 minit yang singkat memang tidak mencukupi sekiranya guru ingin menyampaikan kesemua perkara yang murid tidak ketahui. Keadaan ini menimbulkan kecenderungan untuk guru mengabaikan murid-murid yang lemah. Jika tidak kerana kajian seperti ini, saya juga akan cenderung mengabaikan murid yang lemah seperti Azam dan Syazril. Kajian ini membawa kepada kesedaran agar saya lebih adil melayan murid.

  • Cadangan Tindakan SeterusnyaMenilai tindakan yang diambil secara kritisTindakan susulan untuk kitaran kajian tindakan seterusnyaApakah perubahan yang anda akan buat untuk meningkatkan tindakan anda?

  • Rujukan Guna APA style

    Semua rujukan yang digunakan relevan dan berkredibiliti

  • LampiranInstrumen digunakan dalam kajian anda - questionnaire, observation checklist, interview protocols senarai semak pemerhatian, soal selidik, protokol temu bual, ujian, latihanTranskrip temu bualImej dokumen yang telah diimbas (scanned images), cthnya hasil kerja muridGambarNota lapangan, jurnal, diari

  • Tutorial 13

    Dalam kumpulan: (a) Bincangkan format penulisan laporan penyelidikan tindakan. (b) Terangkan tujuan setiap komponen dalam laporan itu. (c) Pilih 4 sumber rujukan dari pelbagai sumber. Tulis sumber rujukan menggunakan format APA(1 jam)

    ************************