Tulisan jawi semakin

• Published on
09-Jul-2015

• View
242

• Download
1

Embed Size (px)

Transcript

Menulis Untuk Perkongsian Bijak

SearchSearch...

Search

LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Home PROFIL SALAM KENAL PANTUNKU PANTUNMU DUNIA SAHABAT AWARD DARIKU RSS

CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM30 Oct Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SAHABATKU YANG DIHORMATI. Bicaraku kali ini sangat panjang. Ia satu perluahan hati yang bimbang akan kemerosotan penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi dalam kalangan kita. Jika sahabatku sudi mendengar kata hatiku melalui tulisan ini, silakan baca dengan tenang, perhatian yang khusus dan kemudian memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada tulisan Jawi suatu ketika nanti jika kita tidak punya kepedulian terhadapnya. Saya berpendapat memegang amanah untuk mengangkat martabat bangsa, budaya dan bahasa bukan perkara yang mudah dalam dunia mutakhir dan serba digital ini. Pola pemikiran manusia sudah banyak berubah sesuai dengan perkembangan zaman. Kepercayaan yang diberi memerlukan kita untuk lebih perihatin, punya iltizam yang tinggi dan kejituan hati yang tulus dan luhur untuk menjayakan maltamat yang sudah direncanakan. Bagiku, tugas sebagai Munsyi Dewan, pengkhususan bidang tulisan Jawi memberi satu cabaran besar untuk mengangkat semula martabat tulisan Jawi di persada bumi Malaysia dalam menghadapi kemerosotan penggunaannya kerana bersaing kencang dengan tulisan Rumi.

Penggunaan tulisan Jawi pernah mendominasi dunia Alam Melayu senusantara. Menurut Amat Juhari (1996), dalam abad ke 17 hingga abad ke 19, penggunaan tulisan Jawi cukup meluas. Bahkan tahun 1750 M merupakan kemuncak keemasan bagi kesusasteraan Melayu klasik dengan menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan utama. Penggunaan tulisan Jawi tetap terus bertahan sampai selepas Perang Dunia kedua.sehinggalah abad ke 20. Ia digunakan dalam negeri-negeri Melayu terutama Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, negeri-negeri Melayu di luar Semenanjung seperti Brunei, Riau-lingga, Siak seri Inderapura, Jambi, Palembang, Deli-Serdang, Aceh, Pontianak, Sambas, Banjarmasin dan lainlain. Pertahanan tulisan Jawi akhirnya roboh dan terancam apabila wujudnya Akta Bahasa 1963 yang menetapkan tulisan Rumi menjadi tulisan Rasmi Bahasa Melayu. Pelbagai kekangan terus dihadapi dalam memurnikan tulisan jawi sesuai dengan peredaran semasa untuk mewujudkan satu sistem ejaan Jawi baru melalui pembakuan ejaan Jawi dan penerbitan ejaan Jawi yang baru. Sejak itu, ke manakah arah tuju tulisan Jawi sehingga kini ? Kedudukannya semakin terancam dari hari ke hari. Sistem ejaan dan tulisannya bagaikan kehilangan akar sejarah hilang daya kekuatan untuk memartabatkan diri bersaing dengan tulisan Rumi yang semakin menebal pengaruhnya. Hilang daya kemampuan untuk mengangkat kebesaran ilmunya sebagai rujukan utama dalam penulisan dan pengembangan bahasa. Tulisan Jawi juga semakin kurang berupaya mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menguasai diri dari mempelajarinya, lemah sehingga sukar ditentukan hala tujunya. Tulisan Jawi dewasa ini, seakan menunggu untuk berkubur bila-bila masa jika tidak ada pihak yang mengambil berat tentangnya. Sungguh menyedihkan mengingati nasib yang diterima oleh tulisan Jawi, yang suatu ketika dahulu pernah mendominasi dunia persuratan Melayu malah sehingga ke peringkat antarabangsa. Kemampuan masyarakat Melayu di Malaysia masa kini dalam penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi sangat menyedihkan, seolah-olah tulisan Jawi tidak mendapat tempat yang jitu di hati mereka. TIDAK PERCAYA ? Beberapa kajian ilmiah telah dibuat untuk membuktikan fenomena ini berlaku. Hasil dari kajian-kajian tersebut menunjukkan majoriti anak-anak muda Melayu di Malaysia tidak dapat menguasai pembacaan dan penulisan Jawi. Perkara ini cukup menyedihkan, ia boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Menurut Isahak Haron et.al (2005), fenomena ini berlaku mulai tahun 1960an apabila penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar Islam di sekolah merosot, kerana tulisan Jawi telah diganti dengan tulisan Rumi dalam penerbitan buku teks dan buku-buku rujukan Pendidikan Islam. Kemudian,pada pertengahan 1980an atas desakan daripada masyarakat Islam umumnya, tulisan Jawi diguna semula untuk pengajaran Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun penguasaan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar adalah kurang memuaskan.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik yang berminat untuk meninggikan martabat tulisan Jawi kembali kepada zaman kegemilangannya. Antara kajian yang dijalankan tentang penguasaan tulisan Jawi ini mendapati: 1. Berdasarkan laporan pemantauan j-QAF peringkat negeri Sarawak 2008 hasil dari pemantauan ke beberapa buah sekolah di Bahagian Sarikei dan Bahagian Sibu mendapati masih ramai pelajar yang belum menguasai kemahiran jawi dan didapati terdapat guru j-QAF yang kurang jelas konsep Kelas Pemulihan Jawi. 2. Merujuk kepada kajian Sabariah (2008) mendapati prestasi murid dalam Model Pemulihan Jawi masih berada pada tahap sederhana (min 2.5 2.99). Kajian ini melibatkan 305 guru jQAF ambilan tahun 2005, 2006 dan 2007 di sebuah institusi perguruan di Sabah. Berdasarkan keseluruhan min bagi perolehan data berikut didapati (i) pelajar dapat MENGENAL HURUF JAWI dengan baik (min=2.82), (ii) pelajar dapat MEMBACA HURUF JAWI dengan baik (min=2.86) dan (iii) pelajar dapat MENULIS HURUF JAWI dengan baik (min=2.70). Min keseluruhan di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar adalah MASIH SEDERHANA dan belum memuaskan. Oleh itu, memerlukan penambahbaikan dan komitmen guru dari semasa ke semasa.

3. Hasil kajian dari Siti Fatimah (2007) ke atas 15 orang pelajar menjadi responden dengan menggunakan kaedah KUALITATIF sebagai dominsai kajian tersebut. Analisis mendapati daripada 3 aspek yang dikaji iaitu (i) Ujian MENGENAL HURUF JAWI = 42% tidak kenal, 58 % kenal, (ii) Ujian MENULIS HURUF JAWI = 65.4 tidak boleh menulis, 34.6 boleh menulis dan (iii) ujian MEMBACA HURUF JAWI = 48.4 tidak boleh baca, 51.6 tidak boleh baca. 4. Hasil kajian oleh Nik Rosila (2007) terhadap 400 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. mendapati penguasan jawi adalah LEMAH dalam aspek berikut: Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran. 5. Berdasarkan analisis kajian oleh Siti Fatimah et. al (2007) berhubung dengan PENGUASAAN HURUF TUNGGA JAWI, yang mana 3 ujian dilakukan ke atas 17 orang pelajar melalui kaedah kualitatif, mendapati: (i) MENGENAL HURUF TUNGGAL JAWI 100 % murid tidak mengenali huruf ( ya leweh) berbanding huruf 2.14( .)% Manakala 5.9 % murid mengenali huruf ..11 , % huruf dan 8515 , % huruf 121. , % huruf , dan 76.5 % murid mengenali huruf . Kajian mendapati bahawa 23.5 % murid mengenali huruf , manakala 47.1 huruf dan 52.9 % huruf .Hasil yang menarik sekali ialah keseluruhan murid 100 % mengenali huruf .Hampir keseluruhan murid 70.6 % dapat mengenali huruf , % 4.28 , , , , , , , huruf 5514 , % , , , , huruf , , , , dan 94.1 % mengenali dengan mudah huruf . , , , , , , (ii) MEMBACA HURUF TUNGGAL JAWI 100 % murid tidak boleh membaca huruf ( ya leweh) berbanding huruf 9813( ,)% Peratusan boleh baca huruf menurun berbanding mengenali huruf tersebut. Manakala 5.9 % murid boleh baca huruf dan 11.8 % huruf dan .Manakala, 23.5 % murid boleh baca huruf 2.1. ,% huruf dan 52.9 % huruf .Huruf huruf ini mudah dibaca sebagaimana murid mengenali huruf tersebut. 76.5 % murid boleh membaca huruf . , Huruf masih menguasai 100 % jumlah murid dalam pembacaan. Kajian juga mendapati bahawa 58.8 % murid boleh membaca huruf 121. , % , , , , huruf ..11 , % , , huruf 5412 , % , , huruf 5514 , % , , , huruf , , , , dan 94.1 % boleh membaca dengan mudah huruf . , , , , , , Hasil kajian yang diperolehi mendapati kebanyakan murid sudah boleh membaca hampir semua huruf-huruf tunggal jawi. (iii) MENULIS HURUF TUNGGAL JAWI 100 % murid tidak boleh menulis huruf berbanding huruf yang dapat dikuasai sepenuhnya (100 %). Dapatan juga memperolehi hanya 5.9 % murid boleh menulis huruf . , Manakala 29.4 % huruf .Kemudian 35.3 % huruf . , Manakala 47.1 % huruf , dan 58.8 % huruf . , , Pengkaji mendapati terdapat huruf-huruf yang tiada dalam sukatan bersama

dengan huruf dalam sukatan dapat dikuasai oleh segelintir murid dari sudut penulisan iaitu 17.6 % huruf dan ( ya leweh), 41.2 % huruf % , , 3148 , huruf , , , , , dan 64.7 % murid boleh menulis huruf . , , , , , , Dapatan ini berbeza dengan tahap mengenal dan membaca di mana terdapat huruf yang mereka tidak boleh kenal dan baca tetapi boleh pula ditulis. Perbezaan yang dikenalpasti daripada huruf-huruf yang terdapat dalam sukatan Pemulihan Jawi tahun Satu di mana huruf hanya dapat ditulis oleh 11.8 % murid sahaja berbanding huruf yang memperolehi 82.4 %. Huruf-huruf yang lain dapat ditulis dengan baik di mana dapatan memperolehi 76.5 % huruf , , , dan 88.2 % huruf . , , Kebanyakan responden dapat menulis huruf 321.( .)% Keadaan ini dapat diintepretasi bahawa huruf tersebut amat sinonim dengan bentuk mata kail, kaki payung atau tongkat oleh kanak-kanak. *************** Secara kesimpulannya, ruang untuk menambah baik dan meningkatkan penguasaan tulisan jawi di Malaysia masih terbuka luas dengan komitmen yang tinggi dari pihak kerajaan dan masyarakat dalam menyokong kembali usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan bangsa Melayu khususnya dan masyarakat pelbagai kaum umumnya di Malaysia.

KENAPA SAYA MERUJUK KEPADA BANGSA MELAYU ?Insya Allah akan saya tulis tentang sinonimnya bangsa Melayu dengan tulisan Jawi melalui perkembangan dan asal usul tulisan Jawi pada posting yang akan datang.

29 Oktober 2010 (Jumaat)/ 2323 malam - SARIKEI, SARAWAK

AKU. selalu ingin anak didikku berjaya lebih dari apa yang aku perolehi. Jika demikian hasil yang mereka perolehi memberi maksud bahawa apa yang aku sampaikan kepada mereka mencapai matlamat dan gagasanku sebagai GURU SEBENAR GURU: ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu. Amiin. Ya Rabb. Semoga kejayaan selalu berada bersama anak didikku. - SITI FATIMAH AHMAD -

Rujukan: Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin & Nordin Mamat. 2005. Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi di Sekolah Rendah menggunakan kaedah Gabungan Bunyi-Kata. atas talian http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Jawi.htm. Nik Rosila Nik Yaakob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 161172. Universiti Sains Malaysia. Sabariah Bahrun. 2008. Model Pemulihan Jawi: satu analisis pelaksanaannya di Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6, hlm: 523-534. Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. 2007. Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak. Jurnal Penyelidikan Ipera 2008. Bintangor: Institut Perguruan Rajang. Siti Fatimah Saufee. 2007. Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Jurnal Ipera edisi Khas. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

Tags: bahasa Melayu, budaya, kesusasteraan Melayu klasik, mrtabat bangsa, persuratan Melayu, terancam, tulisan jawi

Comments 118 Comments Categories AKU DAN BICARA MUNSYI Author SITI FATIMAH AHMAD

CT19. SESAT DI KOTA BATU. PUTRAJAYA CT21. KERANAMU. KU RELA BERKORBAN Like 9 bloggers like this post.

118 Responses to CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM

1. AzizMostafa October 30, 2010 at 12:42 am # Jangan bimbang! Jawi akan bunga lagi. Semarak Jawi + Khat http://typophile.com/node/74436 Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya Reply

o

SITI FATIMAH AHMAD October 30, 2010 at 9:25 pm # AzizMostafa Alhamdulillah jika ramai yang mendokong untuk memartabatkan tulisan Jawi, pasti Jawi akan berbunga lagi. Saya sudah ke link yang saudara maksudkan. Sangat menarik dan insya Allah akan ke sana lagi untuk meneroko hikmahnya. Terima kasih atas kunjungan perdana saudara dan semangat yang ditampilkan untuk semarak Jawi melompat lebih tinggi. Semoga berjaya juga. Salam kenal dari saya di Bandar Sri Aman, Sarawak.

Reply

AzizMostafa October 31, 2010 at 2:02 am # Dear Siti Fatima Ahmad, Sila e-mel saya alamat pos sehingga saya boleh meng-upload Digital Jawi Kaligrafer (hadiah ikhlas) secepat mungkin, dan menghantar CD melalui pos. Pujian terbaik dengan Bunga Reply

SITI FATIMAH AHMAD October 31, 2010 at 5:21 pm # Saudara AzizMostafa Subhanallah. saya sangat terharu sekali atas hadiah yang bakal saudara beri dan kirimkan kepada saya. Ia satu penghargaan buat saya yang sudah lama tidak menulis tulisan khat. Jika ada contoh untuk saya ikuti bagi mempelajari dengan lebih mendalam lagi keindahan kaligrafi Jawi ini, pasti akan memudahkan saya untuk meneruskan bakat sedia ada pada saya. Terima kasih terlebih dahulu atas hadiahnya. Insya Allah akan saya kirim alamat melalui email dengan kadar segera. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberi dan dirahmati Allah selalu. Salam mesra dan ceria selalu dari saya di Sarikei, Sarawak. Reply

AzizMostafa October 31, 2010 at 10:11 pm #

Terima kasih SITI FATIMA AHMAD, Alasan bahasa Melayu saya! Saya telah upload khattat Jawi + sedang menunggu e-mel anda untuk berkongsi link. uNTUK Jawi Bunga, aku upload 2 contoh yang dapat anda bekerja pada bunga 16-petal. Namun, saya masih mencari senarai kata dasar. Lebih baik dalam Jawi lama. http://www.ejawi.net/senikhat/forum Ini adalah beberapa baris untuk membantu anda melakukan penyegerakan dengan saya. Pada tahun 2009, dengan harapan penyebaran Jawi, saya mengambil bahagian dalam KLBF. http://www.kualalumpurbookfair Juga, saya menyelenggarakan workshop untuk Arab Kaligrafi. http://senikhat.ejawi.net/forum/viewtopic.php?t=202 http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/4/6/centra l/3637031&sec Tahun lalu saya tidak boleh terbang ke KLBF untuk 3 alasan: 1. bunga Sofware + font Naskh belum siap. 2. Kawan-2 tidak memberikan janji mereka untuk menghubungi saya. Momkin projek ini tidak begitu menguntungkan! 3. pengamalan saya tahun sebelumnya tidak menggembirakan. Saya berharap tahun ini, saya boleh membuatnya walaupun bayaran wajar + perjalanan yang berpatutan. Kalau tidak, aku akan terus mencari rakan kongsi yang tajam + mengorbankan sampai aku menemukan satu. Tuhan memberkati jari anda menekan Reply

SITI FATIMAH AHMAD November 1, 2010 at 3:54 pm # AzizMostafa Berdasarkan kepada tulisan saudara di atas, ternyata saudara adalah seorang pencinta Jawi dan berusaha bersungguh2 untuk memartabatkan tulisan Jawi dan kaligrafinya untuk sebaran semua yang berminat. Semo...