Unit Trust eBook

  • View
    2.144

  • Download
    15

Embed Size (px)

Transcript

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

PANDUAN PELABURAN UNIT TRUST DI MALAYSIA

Pelabur yang bijak ialah pelabur yang melabur dengan modal yang sedikit, tetapi mendapat pulangan yang berlipatkaliganda serta dapat memenuhi kehendak pelaburan mereka

Disediakan Oleh :

Abd Rahman bin Jamaan

Hak Cipta Terpelihara 2006

-1-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

PRAKATAAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Tahniah! Anda telah memulakan langkah pertama untuk memahami dan mendalami konsep pelaburan Unit Trust; pelaburan yang lumayan, yang semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Saya memang telah lama berhajat besar untuk menerbitkan sebuah ebook panduan pelaburan Unit Trust lengkap di dalam Bahasa Melayu yang dapat memberikan arah tujuan sebenar untuk anda memahami konsep pelaburan Unit Trust. Ia bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia agar dapat membuat pelaburan dengan selamat dan dapat mengelakkan diri daripada kerugian. Saya amat berharap ada dapat membaca segala isi kandungan setiap bahagian, setiap tajuk dan setiap patah perkataan yang saya tuliskan di dalam ebook ini. Jika anda tidak memahami sesuatu tajuk, sila ulangi kembali sehingga anda dapat memahami sepenuhnya tajuk itu sebelum anda meneruskan pembacaan anda. Di dalam bahagian-bahagian seterusnya, saya akan menerangkan secara terperinci dan menyeluruh segala kaedah-kaedah, konsep-konsep dan tip-tips yang digunakan di dalam pelaburan Unit Trust. Apabila anda mula membaca dari satu bahagian ke bahagian yang lain, apa yang saya perlukan dari anda adalah kekuatan untuk memahami segala konsep yang dinyatakan secara mendalam dan dapat mempraktikannya di dalam pelaburan anda kelak. Secara ringkasnya, sebelum anda menerokai ilmu pelaburan Unit Trust ini, ingin saya nyatakan dahulu perkara-perkara yang perlu dititikberatkan iaitu : 1. 2. 3. Mengkaji dan menganalisa tahap kemampuan kewangan anda. Menetapkan matlamat anda di dalam pelaburan Unit Trust. Mencapai matlamat itu.

Tumpukan sepenuh perhatian anda dan marilah kita berkerjasama dalam membongkar rahsia penjanaan wang yang berterusan melalui pelaburan Unit Trust; pelaburan yang diakui keberkesanannya oleh ramai pakar ekonomi di seluruh dunia. Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya dari saya. Yang Benar,

bin Abd Rahman bin Jamaan Pakar Unit Trust Andahttp://www.unitamanah.com

Hak Cipta Terpelihara 2006

-2-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

ISI KANDUNGANPrakata Bab 1 Memahami Unit Trust Bahagian 1.1 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 Mempelajari Matlamat Ciri Asas Struktur Unit Trust Jenis Unit Trust Kategori Dana Unit Trust Lampiran A : Panduan Penyeliaan Pinjaman Lampiran B : Unit Trust di Malaysia Bacaan Tambahan Bab 2 Pengawalan Industri Bab 3 Perkhidmatan Pemasaran Unit Trust Bahagian 3.1 3.2 3.3 Pemasaran Unit Trust Profesional Prinsip Asas Pemasaran Unit Trust Pilihan Pelaksanaan yang ada Muka 2 5 5 6 12 14 15 17 19 22 41 48 48 49 50 66

Bab 4 Glosari Istilah Amanah Saham

Bacaan Tambahan dari Artikel dan Berita Ringkasan dan Rumusan (dalam B.Inggeris) Contoh Prestasi Dana Unit Trust Cadangan dan Tip Pelaburan Unit Trust Rujukan Penutup

70 89 95 103 104 105

Hak Cipta Terpelihara 2006

-3-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

SINGKATANASB ASN BNM JKKM KWSP EPU FMUTM Panduan KLSE/BSKL MOF/KKM NAB PDUT/OBOS PNB Peraturan ROC/PS SS PSDBD PPAS/UTPRE SPAS SAS Amanah Saham Bumiputra Amanah Saham Nasional Bank Negara Malaysia Jawatankuasa Keluaran Modal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Unit Perancangan Ekonomi Persekutuan Pengurus-Pengurus Amanah Saham Malaysia Panduan Terhadap Tabung Amanah Saham 1997 Bursa Saham Kuala Lumpur Kementerian Kewangan Malaysia Nilai Aset Bersih Orang Berurusan Dalam Amanah Saham Permodalan Nasional Bhd Peraturan 1997 Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) Pendaftar Syarikat Suruhanjaya Sekuriti Pertubuhan Selia-Diri Barisan Depan Peperiksaan Prapendaftaran Amanah Saham Syarikat Pengurusan Amanah Saham Skim Amanah Saham

PERUNDANGAN Akta Pemegang Amanah 1949 Akta Syarikat 1965 Akta Industri Sekuriti 1983 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 Peraturan 1996 Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) PANDUAN Panduan Dana Amanah Harta 1996 Panduan Dana Amanah Saham 1997

Hak Cipta Terpelihara 2006

-4-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAB 1

MEMAHAMI UNIT TRUSTBAHAGIAN 1.1: MEMPELAJARI MATLAMATBab ini menumpu pada memberikan pengetahuan asas tentang unit trust kepada pembaca. Pada akhir bab ini, anda dapat: memahami apakah unit trust. memahami struktur asas SAS, dan berupaya menerangkan ciri-ciri asas. Membiasakan diri dengan pelbagai jenis produk unit trust. Lain pelabur lain keinginan. Dengan yang demikian, memang penting mempastikan produk unit trust memenuhi matlamat setiap pelabur. Memaham dan biasa dengan instrumen pelaburan Unit Trust Malaysia, termasuk gambaran menyeluruh akan kelas-kelas aset. Memaham dan berupaya menerangkan kesan inflasi dan cukai pada pelaburan unit trust. Memaham kesan kos dan caj yang berkaitan langsung dengan pelaburan dalam unit trust. Berupaya mengukur dan menginterpret data prestasi pelaburan asas. Menyedari sejarah dan perkembangan Industri Unit Trust Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara 2006

-5-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

BAHAGIAN 1.1.2Apakah Unit Trust?

CIRI ASAS

Unit Trust adalah suatu bentuk pelaburan berkumpul yang membenarkan pelaburan yang mempunyai matlamat serupa mengumpul dana masing-masing untuk dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana secara professional . Pemegang saham unit trust tidak membeli sekuriti secara langsung dalam portfolio. Pemilikan dana dibahagi ke dalam unit kelayakan. Semasa nilai dana meningkat atau menurun, nilai setiap unit bertambah atau kurang. Setiap pelabur menerima sijil kelayakan, dikenal sebagai sijil unit trust. Jumlah unit saham yang dipegang bergantung pada harga belian semasa pelaburan dibuat dan jumlah wang dilaburkan oleh pelabur. Hari ini banyak SPAS yang tidak menerima dividen (skrip). Walau bagaimanapun, para pelabur, boleh memohon satu sijil yang dikenakan sedikit bayaran. Pulangan pelaburan bagi pemegang saham unit trust biasanya dalam bentuk dividen dan naik nilai modal, yang datang dariapda kumpulan aset yang menyokong SAS. Setiap unit saham layak menerima jumlah pendapatan yang sama, ditentutkan oleh paras dividen dan naik nilai modal atau turun nilai dalam satu-satu jangka masa. Di beberapa negara dimana unit trust begitu terkenal sebagai wahana pelaburan, jumlah dan jenis pemilihan pelaburan unit trust hampir tidak berkesudahan. Seseorang pelabur kerap menghadapi kesukaran untuk memilih apakah jenis SAS yang diminati untuk pelaburan. Di Malaysia, jumlah dan jenis SAS juga berkembang dengan cepat. Contoh-contoh termasuk simpanan, pertumbuhan, dinamika, harta dan dana bon.

Hak Cipta Terpelihara 2006

-6-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

Para pelabur unit trust secara umumnya pelabur kecil yang sama ada tidak ada masa atau tidak condong memegang portfolio pelaburan secara langsung atau saham. Di samping itu, mereka gemar melabur dalam wahana pelaburan yang selamat dan ternama. Unit Trust membenarkan pelabur kecil telus kepada pendedahan pelaburan yang lebih luas yang mereka jarang dapati. Di Amerika Syarikat, skim pelaburan berkumpulan (SAS dan dana bersama) telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam tempoh lima ke tujuh tahun lalu. Pertumbuhan ini menggambarkan kesesuaian yang memberangsangkan dalam pelaburan unit trust bagi pelabur kecil untuk mengumpul modal dalam jangka panjang. Oleh sebab pelabur ingin melihat pulangan sumber kewangan mereka yang sukar diperoleh, unit trust menyediakan satu cara ideal bagi mereka mendapatkan pendedahan untuk pelaburan, yang dalam jangka panjang, sepatutnya menghasilkan pulangan kepada simpanan tunai dan simpanan tetap. Kos pulangan yang berpotensi tinggi ini adalah suatu risiko bagi syarikat-syarikat pelaburan. Dalam jangka pendek, ketentuan pulangan pelaburan kebanyakkan SAS adalah kurang daripada yang ditawarkan oleh simpanan tetap. Walau bagaimanapun, pelabur jangka pertengahan ke jangka panjang (5-20 tahun) pada umumnya memberikan pulangan lebih baik pada paras risiko yang boleh terima. Pembiayaan Pelaburan dalam Pembelian Unit Trust Pelabur boleh mendapat pinjaman berjangka daripada institusi kewangan bagi tujuan melabur dalam dana unit trust. Apakah Pembiayaan Pelaburan Dana Unit Trust? Melabur dalam dana unit trust adalah sangat menarik kepada pelabur kecil kerana mereka dapat terlibat dalam pelaburan dana dengan modal serendah RM100.00 dan menikmati pulangan baik dalam tempoh jangka sederhana ke jangka panjang. Walau bagaimanapun, sesetengah pelabur suka mendapat pendedahan maksimum daripada

Hak Cipta Terpelihara 2006

-7-

E-book Jana Wang dengan Unit Trust

pertumbuhan aset sebagaimana unit trust dan mereka meminjam dana untuk melabur, dengan harapan kadar pulangan pada pelaburan akan melebihi kos pinjaman, sehingga menambah peningkatan keuntungan tambahan. Ini dikenal sebagai penuasan (atau peminjam) ke dalam pelaburan. Teknik ini mempunyai kesan membenarkan jumlah lebih kecil modal anda ditambah modal dipinjam untuk menuas ke dalam portfolio pelaburan. Anda sebenarnya menggunakan modal orang lain di samping anda sendiri mendapat pendedahan kepada pelaburan yang diperlukan. Dengan menggunakan modal orang lain; ahli kewangan mengenakan faedah dan barangkali, bayaran dan caj lain. Kesan penuasan ini boleh mendatangkan kemungkinan pelabur mendapat pulangan lebih besar daripada apa yang boleh dicapai sekiranya mereka menggunakan modal sendiri. Walau bagaimanapun, ada sedikit kekurangan di sini. Nilai pelaburan boleh jatuh, sekiranya berlaku kejatuhan saham pasaran. Sementara nilai pelabu