viewFasa Perkembangan 10 minit Guru membahagikan murid-murid dalam kumpulan. Guru menjelaskan peraturan permainan “Round Robin”. Murid-murid diminta membuat dua bulatan, iaitu bulatan dalam dan bulatan luar. Kaedah: ...

  • Published on
    02-Apr-2018

  • View
    216

  • Download
    3

Transcript

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH TAHUN 4

Mata Pelajaran /Kelas

:

Sejarah Tahun 4 Sarawak

Masa

:

8.00 8.30 pagi (30 minit)

Tajuk

:

1. Mari Belajar Sejarah

Standard Kandungan

:

1.2 Pengertian Diri Dan Keluarga

Standard Pembelajaran

:

1.2.1 Menyatakan biodata diri.

Objektif

:

Selepas pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Mendengar cerita dan mencatatkan maklumat diri dalam kad biodata yang disediakan.

2. Memperkenalkan diri secara lisan dengan maklumat seperti nama, umur, tarikh lahir, tempat lahir, hobi, cita-cita, makanan kegemaran dan sekolah.

3. Membuat imaginasi dan melukiskan rupa wajah diri pada masa depan berdasarkan hasrat diri.

4. Mencatatkan usaha yang akan diambil untuk mencapai hasrat tersebut.

EMK

:

Kreativiti dan inovatif

Nilai murni

:

Hormat-menghormati, jaya diri

Bahan Bantu Belajar

:

Slaid Power Point, kad biodata, radio, kertas lukisan

Fasa

Aktiviti

Catatan

Fasa persediaan

5 minit

1. Guru menayangkan paparan slaid power point dan mengemukakan soalan.

2. Guru menayangkan slaid power point sambil memperkenalkan biodata diri.

3. Guru memperkenalkan tajuk hari ini Pengertian Diri

BBB: Slaid power point

(Gambar guru pada zaman kecil)

Fasa Imaginasi

10 minit

1. Guru mengedarkan kad biodata.

2. Guru menyampaikan cerita berkronologi untuk membimbing murid-murid mengimbas kembali sejarah sendiri.

3. Murid-murid mencatatkan maklumat sendiri berdasarkan bimbingan guru.(maklumat dicatat dalam bubble map)

BBB: Kad biodata, slaid power point

i-think:

Bubble map

Fasa Perkembangan

10 minit

1. Guru membahagikan murid-murid dalam kumpulan.

2. Guru menjelaskan peraturan permainan Round Robin.

3. Murid-murid diminta membuat dua bulatan, iaitu bulatan dalam dan bulatan luar.

4. Semasa muzik dimainkan, murid-murid yang berada di bulatan dalaman akan bergerak ikut arah jam manakala murid-murid di luar bulatan akan bergerak melawan arah jam.

5. Muzik dihentikan dan murid-murid dikehendaki memperkenalkan diri kepada kawan yang berhadapan dengan diri.

6. Muzik diteruskan dan murid-murid akan terus memperkenalkan diri kepada kawan yang berhadapan dengan sendiri setiap kali muzik berhenti.

7. Selepas aktiviti dijalankan, murid-murid dipilih secara rawak untuk memperkenalkan salah seorang kawan yang telah menyatakan biodata diri semasa permainan.

BBB: Radio

Kaedah:

Permainan Round Robin

Kecerdasan pelbagai: Kinestetikinterper-sonal

Nilai:

Hormat menghormati

Fasa Tindakan

5 minit

1. Murid-murid dibimbing untuk membuat imaginasi dan melakarkan rupa wajah diri pada masa depan.

2. Murid-murid mencatat hasrat terhadap diri sendiri dan cara mencapai hasrat tersebut.

BBB:

kertas lukisan

EMK:

kreatif dan inovatif

Nilai:

Jaya diri

Lampiran : Gambar Guru zaman kanak-kanak