Wan tugasan

  • View
    147

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

PERHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri dan ibu saya kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan tugasan. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan pensyarah saya iaitu Noor Azah Binti Md Noor dan Wong Shin Voon Johnathan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak universiti yang telah menyediakan akses yang terkini seperti e-perpustakaan untuk memudahkan saya membuat rujukan serta sumber-sumber bacaan mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan tugasan dengan jayanya.

PENGENALANUntuk berjaya , pelbagai matlamat hendaklah ditentukan dalam pelbagai aspek atau bidang pelajaran mahupun kerjaya. Tindakan membuat pelbagai matlamat ini pula hendaklah dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil seperti matlamat dalam seminggu, sebulan atau enam bulan atau setahun. Usaha memecahkan matlamat sebegini memudahkan saya untuk mencapai matlamat. Kejayaan kecil yang diperoleh boleh menjadi landasan atau asas yang baik untuk memperoleh kejayaan yang lebih besar. Untuk berjaya dalam pelajaran, matlamat-matlamat yang tertentu mesti dibuat oleh saya dalam aspek subjek yang tertentu juga. Adalah menjadi satu kebaikan jika semua matlamat ini boleh dibahagikan kepada beberapa segmen masa yang tertentu seperti matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh seminggu, sebulan atau setahun. Pembahagian matlamat sebegini memudahkan untuk mengetahui pencapaian dalam memperoleh matlamat pembelajaran itu. Tindakan sebegini juga membolehkan memperoleh kejayaan awal sebelum mendapatkan kejayaan yang lebih besar dalam matlamat pembelajaran. Walau bagaimana pun matlamat yang ditentukan oleh saya sendiri juga memberi kesan kepada kehidupan seperti keutamaan belajar selama tiga jam sehari sudah pasti menjejaskan masa bersama-sama dengan keluarga pula. Jika perkara timbul, saya perlu sedar bahawa harus mementingkan matlamat yang lebih besar yakni berjaya dalam pendidikan dan kerjaya. Pada umumnya saya membahagikan matlamat mereka kepada tiga aspek utama iaitu matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek dan matlamat jangka sederhana. Tidak kira apa matlamat yang telah ditentukan, saya harus bijak memilih matlamat yang bersesuaian dengan diri berdasarkan faktor masa dan kemampuan untuk mencapainya. Sikap menggunakan matlamat individu lain bukanlah sesuatu yang bijak kerana setiap individu mempunyai kemampuan belajar yang jauh berbeza. Apabila sudah memilih matlamat tersebut, tentukan pula keutamaan-keutamaan yang perlu diberi perhatian. Sudah pasti keutamaan yang paling penting perlu mendapat perhatian yang paling banyak daripada diri sendiri. Pada masa yang sama, pastikan juga setiap keutamaan penting itu diberikan tempoh masa yang bersesuaian supaya sejajar dengan tempoh untuk memperoleh matlamat yang sudah dipilih. Perlu diingati bahawa keutamaan yang paling penting harus diberi tempoh masa yang paling banyak untuk memastikan keutamaan itu berjaya dilaksanakan. Kadangkala akibat sesuatu keadaan yang tidak mampu dikawal oleh saya, sesuatu matlamat itu perlu berubah. Biasanya masalah peribadi seperti kecederaan fizikal, masalah keluarga dan sebagainya boleh menjejaskan penumpuan kearah mencapai sesuatu objektif yang telah disusun oleh saya. Perubahan ini mungkin bukan dalam bentuk matlamat itu tetapi dalam aspek tempoh masa untuk mencapainya atau bagaimana untuk memperolehnya pula. Saya mampu membuat pelan matlamat mereka seolah-olah mempunyai satu panduan yang jelas tentang arah yang hendak mereka capai atau lalui terutama apabila perancangan matlamat mereka itu mengalami sedikit masalah atau terganggu. Perlu juga diingati disini bahawa setiap kejayaan yang dicapai baik kecil sekalipun perlulah dihargai dan diakui oleh saya sendiri itu. Kemampuan untuk menghargai kejayaan yang sebegini mampu memberikan batu lonjakan atau perangsang kepada saya untuk memperoleh kejayaan yang lebih baik pula pada masa hadapan.

Aktiviti 1Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda capai. Selalunya melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh.Di dalam kehidupan semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Apakah matlamat hidup dan sejauhmanakah matlamat itu tercapai? Matlamat terbahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang merupakan suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan. Tetapi pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita dapat merealisasikannya.Apa yang saya hendak menyatakan di sini setiap individu perlu juga mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupakan tindakan serta keperluan yang harus dilaksanakan setiap hari.Contohnya saya bekerja untuk menyara keluarga dan ingin lulus cemerlang dalam jurusan yang saya ambil iaitu ijazah sarjana muda pengurusan (kepujian).Matlamat jangka pendek merupakan tindakan yang saya perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang saya iaitu ke arah kecemerlangan. Menetapkan satu matlamat di akhir pengajian adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah kejayaan. Kenapa matlamat penting bagi saya kerana matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya saya tidak berusaha untuk memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan samaada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan bagi saya dan setiap orang.Ianya merupakan satu susunan kerja yang perlu saya lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit ke arah kejayaan. Matlamat jangka pendek bagi saya sebagai seorang pekerja ktm (Keretapi Tanah Melayu) ini boleh dibuat dalam bentuk seperti jadual kerja .Ia merupakan satu jadual masa yang menyenaraikan segala kerja samaada yang berkaitan dengan tugasan yang berikan oleh majikan ataupun kerja-kerja harian yang saya rancang sendiri. Ini memberi satu maklumat kepada saya mengenai apa yang harus dilakukan dan dicapai pada hari tersebut. Sebagai seorang pelajar (Open Universiti Malaysia) pula kerja khusus merupakan matlamat jangka pendek bagi saya.Jadi, saya membuat lembaran analisis subjek yang diambil pada setiap semester.Ianya merupakan satu helaian yang memuatkan topik-topik bagi satu-satu subjek yang tertentu yang telah diajar oleh pensyarah. Di dalam aspek pembelajaran saya mencatat perkara-perkara yang saya masih tidak faham dan menetapkan satu target masa untuk menyelesaikannya. Dengan adanya jadual kerja dan lembaran analisis pelajaran, saya akan sentiasa mempunyai satu matlamat jangka pendek dalam proses pembelajaran.Selain itu dengan adanya konsep e-Pembelajaran yang dibantu oleh Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan antara faktor yang banyak membantu saya sebagai penuntut OUM, yang sudah semestinya waktu untuk menghadiri kelas. Melalui LMS, saya dan tenaga pengajar akan berinteraksi antara satu sama lain di dalam kuliah atau tutorial yang dijalankan secara maya melalui internet.Pendekatan ini, yang meliputi perbincangan melalui ruangan sembang, forum dan e-mel, kedengaran kurang formal tetapi kelas maya ini sentiasa diawasi oleh fasilitator atau tutor yang menjadi perantara.Malah dalam peraturan yang ditetapkan oleh LMS, setiap pertanyaan atau isu yang diajukan penuntut perlu diberikan maklum balas oleh perantara dalam masa 24 jam bagi menjamin sistem pembelajaran ini sentiasa efektif dan efisien. Selain itu, penggunaan alat pembelajaran seperti perpustakaan digital juga memudahkan mendapatkan bahan rujukan seperti e-jurnal dalam bidang pengajian yang diambil. Dengan ini saya dapat menyelesaikan satu-satu tugasan yang diberikan kepada saya. Bagi saya memenuhi matlamat jangka pendek adalah jalan ke arah mencapai matlamat jangka panjang. Sesungguhnya seorang yang mempunyai matlamat jangka pendek yang jelas serta berusaha mencapainya adalah lebih baik daripada seorang yang mempunyai matlamat jangka panjang tetapi tidak berusaha untuk membuat perancangan dan tindakan untuk mencapainya. Matlamat jangka pendek adalah merupakan jambatan emas ke arah memenuhi matlamat jangka panjang. Manakala matlamat jangka panjang tidak tercapai sekirannya ianya tidak disusuli dengan tindakan. " Sesuatu perancangan yang dilaksanakan dengan sempurna adalah lebih baik daripada perancangan yang sempurna tetapi tidak dilaksanakan " ( Tun Dr.Mahathir Mohamad )Kemahiran penetapan matlamat amat penting bagi memastikan saya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melakukan perubahan dalam diri saya dan keluarga. Kemahiran menetapkan matlamat dapat memberi manfaat dalam semua aspek kehidupan kerana merupakan proses mendapatkan apa yang saya mahu?Saya telah membentuk matlamat yang jelas dan membahagikannya kepada dua tahap iaitu Peranan Hidup dan Masa. Peranan hidup iaitu sebagai pekerja dan juga pelajar merupakan penting dalam kehidupan saya. Setiap pekerja mempunyai amanah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Bagi pekerja, memelihara amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab maka hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baik mungkin dan tidak menyalahgunakannya. Kita menggalas amanah untuk melaksanakan tugas dengan penuh minat, ketekunan, kegigihan dan kesungguhan yang tinggi. Kita diseru agar mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat kita bekerja, mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya. Asas kepada nilai amanah seseorang pekerja juga hendaklah sentiasa berusaha memanfaatkan masa bekerja untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia perlu me