Western Foods

  • Published on
    07-Jan-2016

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BEST

Transcript

Puding Triffle (Resepi Turun Temurun) kononnye la...ngggee..

ezralovescook@myresipi.com Nama pudding ni mmg pnjg sbb xtau nama sebenar puding ni so main letak je nama..tp yg pasti mmg sedap terutama dimakan sejuk..& senang jgk nk buat..thanx utk makchaq yg bg resepi ni! Resepi WAJIB tiap kali raye..Smua rumah aunt2 hidang triffle nih..;)

Created on : 24-01-2010 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi ezralovescook

1623Share

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ) Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding. 3 sudu besar Tepung kastard 1 sudu besar Gula 1 cawan air 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap) 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona) 1 cawan air untuk larutkan Jelly Cara-cara 1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul) 2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana. 3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil) 4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi. 5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard. 6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba

Puding trifle

daniaelyza@myresipi.compuding trifle. * Gambar dari laporan masakan oleh misz_su

Created on : 18-10-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 5-7 ) 1 tin susu cair 1 sd besar gula 4 sd besar tepung kastard 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard biji kek gulung sederhana saiznya 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 1 peket agar-agar jeli kristal Nona 1 mangkuk air panasCara-cara1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Easy Pasta Bake

mutiarazura@myresipi.comItalian recipe yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

Created on : 05-11-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

281Share

Bahan-bahan ( 6 orang kot ) 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni) 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu) 1 ulas bawang putih dicincang halus 1 labu bawang besar dicincang halus 1 tin sedang tomato puri 1 tin cendawan butang - dihiris 1 biji lada benggala - didadu 1 kiub stok ayam atau lembu ikut jenis daging yang digunakan 1 batang carrot didadu 1 batang celery didadu 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket) 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar) Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) Garam dan gula secukup rasa Bahan sos putih : 2 sudu besar butter 1 sudu besar tepung gandum 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je) Secubit lada hitam dan garamCara-cara1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Spaghetti gerenti sedapNo picture45 minit sahaja

Created on : 24-08-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

18Share

Bahan-bahan ( 5 orang makan ) 1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan) 1/2 labu bawang putih (dipotong halus) 3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur) 1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan 1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant) 1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus) 5 sudu besar minyak kelapa sawit 1/2 sudu kecil garam 1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur 2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur Bawang besar sebijik atau sebijik setengahCara-cara1. Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau3. Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat4. Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat5. Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...6. Tambah air dalam secawan & kacau hingga sebati & letak garam7. Tambah hirisan cendawan butang tadi & kacau lagi sampai mendidih...8. Letak spaghetti dalam pinggan & tuang kuah atasnya, kemudian letak beberapa hiris broccoli & capsium tadi....9. * Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi... Broccoli & capsium dicelur dalam air mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal... Selamat mencoba...

Smashed Potato

fizammar@myresipi.comresepi ni dpt dr internet..tp nk share kat cni.owps, tp gmba ni mmg i punye..hehe..ok tak?sedap, tp mane leh same btl2 mcm kfc ye tak?

Created on : 28-09-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

231Share

Bahan-bahan ( 2 org ) 5 biji ubi kentang butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup) 1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air) 1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa) Or gravy (dicipta sendiri) sauce black pepper(botol) kiub ayam air tepung jagungCara-cara1. utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)2. utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.3. mknlah smashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!

Macaroni & cheese (goreng)

mrsdayat@myresipi.commy own version.heheh..very cheesy.tak sesuai utk yg tgh berdiet

Created on : 30-04-2007PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

244Share

Bahan-bahan ( 2 org ) Setengah biji bwg besar (potong dadu) 2 biji bwg putih (tumbuk) 2 tbsp tomato puree 2 tbsp cili boh sedikit daging cincang 2 tbsp susu segar 3 genggam macaroni 2 keping keju cheddar(parut) sedikit olive oil utk menumis sedikit garam dan ajinomotoCara-cara1. Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air2. tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree4. masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak5. Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar6. bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

Spaghetti Mudah

missima@myresipi.comResepi campak-campak..Mudah..

Created on : 19-02-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

18Share

Bahan-bahan ( 4 orang ) Spaghetti sos tradisional Prego Lada kering kisar Bawang besar Holland Bawang putih Cendawan Butang Daging Kisar Bebola Ikan Daun ketumbarCara-cara1. Rebus Spaghetti dgn sedikit minyak.2. Rebuskan daging kisar.. asingkan air jgn dibuang3. Tumiskan bawang holland yang telah di potong dadu bersama dengan bawang putih yang telah dicincang.4. Bila telah sedikit garing, masukkan lada kering kisar. Kalau suka pedas boleh letak banyak. saya telak 2 sudu jer.5. Kemudian, masukkan sos tradisional prego dalam 5 sudu. Tum