What is blogging

  • View
    567

  • Download
    4

Embed Size (px)

Transcript

  • 1.1.0 What is Blogging Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris ialahsebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dandipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan,politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harianperibadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog,laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untukmeninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyakblog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu padagambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), danmerupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog"juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakanatau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut Mohd Zulfadli pula blog adalahringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapatatau penulisan secara peribadi mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsepblog adalah sama seperti diari harian. Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya yang reverschronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog penulisan terkini akan berada diatas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat mudah digunakan kerana tanpa kepakarandalam bidang teknikal orang ramai boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaanblog seolah-olah sama dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office. Sejarah blog bermula dengan penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Bargerpada 17 Disember 1997. Terdapat juga pendapat mengatakan terdapatnya seorang pelajar diKolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai telah menceburi dunia penulisanblog sejak 1994 selama 8 tahun. Beliau dipercayai antara blogger terawal dan impaknya dalampenulisan blog telah membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden.Perkataan blog akhirnya di terima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secarameluas.

2. Ramai penulis percaya blog lebih kepada berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isikandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Ini adalah kerana pelbagaimaklumat dan informasi dalam pelbagai bidang boleh dikongsikan secara global. Malah,pembaca boleh berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yangmembina terhadap catatan yang dibuat (Noor Fazlinda Binti Othman, 2010) Terdapat beberapa istilah asas bagi penggunaan blog iaitu blogging merupakan aktivitimengemaskini atau mengurus blog. Selain itu juga blogger juga membawa maksud pemilik ataupenulis blog. Blog juga merupakan artikel dalam tulisan oleh blogger. Blog berfungsi untukmenulis sesuatu artikel. Artikel tersebut juga boleh di berikan komen oleh pelawat danpembaca.Ini adalah antara ciri yang membezakan blog dengan web biasa. Pelawat bolehmenulis segala pendapat dan pandangan terhadap penulisan pemilik blog atau penulisnya.Namun ciri ini boleh di disablekan bergantung kepada pemilik blog. Blog juga mudah untuk dikemas kini kerana mudah digunakan. Enjin carian mudahmeng-index laman web jenis blog kerana ciri-ciri blog yang sentiasa dikemas kini. Laman webstatik pula sangat sukar dikemaskini dan tidak mampu dilakukan tanpa pengatahuan yang baikdalam bidang teknikal ini.2.0 Difference between A Blog and a Website2.1 BLOGPada amnya, log web atau blog (kata lahir daripada perkataan inggerisnya), Weblog merupakandiari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memopandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apasahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yangtetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatansecara berterusan.Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat bolehmembaca catatan terkini.Kemudian mereka boleh member komen terhadap erti anda, membuatpautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda.Dalam bidang pendidikan, blogpendidikan digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantuamalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007). Perbandingan di antara blog dan laman web adalah seperti berikut pertama Web adalahberbentuk statik manakala blog adalah bersifat dinamik. Web biasanyadihasilkan dengankandungan yang tidak diubah dalam jangka masa yang lamaberbanding blog yang akansentiasa dikemaskini oleh admin blog tersebut.Kedua pula ialah Web adalah kurang interaktif 3. berbanding blog. Buktinya amat mudah adalah dimanajarang pengendali laman webmenyediakan ruang untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web. Malah jika ada punruangan contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untukberinteraksi dengan admin berbanding blogyang mana pengunjung boleh meninggalkan komenterhadap post yang dibuat admindan pengunjung lain juga boleh menjawab komen daripengunjung pertama tadi.Ketiga ialah Web adalah bebentuk formal, menampilkan imej korporatdan kadangkala bersifat seperti gedung jualan manakala blog adalah merupakan catatanperibadi. Kebiasaannyaweb digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk menunjukkanimej korporatmereka selain menyampaikan maklumat mereka disitu . Terdapat juga webyangmempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Blog juga sebenarnyatidakketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan tetapi ramai yangmenggunakanblog sebagai pengganti buku catatan harian mereka dengan mencatataktiviti harian atauberkongsi hobi secara online.2.2 LAMAN WEBLaman web ataupun website pula adalah sebuah cara untuk memaparkan diri anda di Internet.Boleh diibaratkan bahawa laman web kita adalah sebuah tempat di internet yang mana sesiapasahaja di dunia ini boleh mengunjunginya pada bila-bila saja dan mereka boleh mengetahuitentang diri kita, memberi soalan kepada kita, memberikan dan mengongsikan bahkanmengetahui, membeli dan menjual produk kita. Pengguna Internet semakin hari semakin bertambah banyak, sehingga menyebabkanpotensi pasaran yang berkembang terus. Semua orang menggunakan laman web untuk banyakperkara mulai dari perkara pendidikan sehinggakan kepada proses memesan makanan keranaprosesnya yang cepat,murah, mudah dan menyeronokkan. Pada hari ini orang lebih sukamencari maklumat tentang suatu produk dan pelbagai pekara melalui internet sebelummendapatkan sesuatu yang diinginkan itu. Di samping itu, laman web adalah merupakan sebuah kumpulan fail yang terletak padasebuah komputer yang disambung ke Internet. Ketika seseorang melawat laman web kita,mereka sebenarnya hanya disambung ke sebuah komputer dan komputer (yang kemudiandisebut sebagai Server) tersebut memberikan jumlah yang ingin mereka lihat.Ini kedengaranmudah, tetapi umumnya komputer biasa tidak mempunyai power dan software yang diperlukanuntuk bertindak balas terhadap semua permintaan yang diperlukan oleh pengunjung web anda.Selain itu, walaupun komputer atau server anda sanggup, komputer anda akan memerlukansambungan atau akses Internet yang cepat untuk melayani jumlah pengunjung web kita. 4. Berikut adalah merupakan beberapa fungsi laman web ialah membuat pengumumanatau notis pemberitahuan, memberikan perkhidmatan kepada pengguna atau pelanggan anda,menerima maklumbalas dari pengunjung laman web anda, berkongsi dan pengedaran fail dangambar, berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung anda yang berada di mana-manasahajadi dunia. Dengan wujudnya berbagai kekeliruan dan perdebatan mengenai perbandingan diantara laman dan blog, ianya telah terbukti membawa kesukaran kepada ramai usahawan danpeniaga dalam talian untuk menggunakan dua peranti online yang berbeza ini dengan betuldalam perancangan pemasaran mereka. Adalah sangat penting untuk semua orang untukmemahami perbezaan utama diantara laman blog dan laman web yang mana kita harusmengenali dengan lebih mendalam mengenai kekuatan dan kelemahan keduanya dan apakahfungsi pemasaran yang terbaik untuk dilaksanakan melalui dua medium ini. Perbezaan utama di antara blog dan laman web adalah di mana fungsi utama sebuahblog ialah berfungsi sebagai log web ataupun sebagai sebuah diari online. Sebagai sebuah diarionline, seorang blogger boleh mencipta pelbagai komen peribadi yang menarik ataupunmemberikan pelbagai pandangan dan maklumat mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan.Blog juga adalah senang dan cepat untuk dicipta. Blog juga merupakan satu langkah yangpaling murah untuk mengiklankan perniagaan kepada komuniti online. Di sebalik itu pula, sebuah laman web pula merupakan sebuah halaman rasmi danmerupakan sebuah tempat atau lokasi kepada perniagaan yang berasaskan web. Kita hanyaperlu menyediakan satu peralatan e-perniagaan di mana pelanggan boleh membuat pembeliansecara online. Sebagai kesimpulannya, blog dan laman web adalah tidak dapat mengatasi masing-masing sebagai pilihan utama pengguna oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsitersendiri yang sangat penting dan sangat berguna dalam memastikan kejayaan sesuatupemasaran dan juga perniagaan secara online. 5. 3.0 Free Blogging Platforms for Teachers and Students Edublogs adalah laman di mana pengguna boleh membuat blog sendiri seperti diwordpress.com, blogspot dan lain-lain. Keunikan Edublogs adalah ia menjurus kepadapendidikan serta sesuai digunakan untuk pendidikan. (http://edublogs.org) Diantara ciri-ciriedublogs yang dipaparkan ialah : 1. Selamat dan Dipercayai - Blogs boleh dirahsiakan (private) atau terbuka(public)kepada orang ramai. 2. Edublogs dibenarkan oleh kebanyakan sekolah (international) di mana platform blog(contohnya blogspot dan wordpress) yang lain tidak. 3. Mesra pengguna (pelajar) memudahkan Guru