Zaman Prasejarah Merujuk Zaman Paleoliti1

  • View
    184

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

Zaman prasejarah merujuk zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Jelaskan pengertian prasejarah dan huraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dengan merujuk ketiga-tiga zaman. Pendahuluan :

Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia. Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan. Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ). Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 35 000 SM. Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.

Isi : Zaman Prasejarah Awal :

Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar. Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.

Zaman Paleolitik Awal :

Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah. Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting Kayu yang ditutupi dengan rumput. Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali. Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian.

Zaman Paleolitik Akhir

Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis. Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus. Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang. Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum. Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang. Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur. Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata.

Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir. Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka memburu.

Zaman Mesolitik :

Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM. Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian. Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak. Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia. Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai. Mereka juga menternak binatang seperti anjing, babi, unta dan lain-lain Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan.

Zaman Neolitik :

Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia. Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka. Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks. Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban. Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian.

Kesimpulan :

Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan. Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun.

Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik Pendahuluan : Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi. Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu. Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates. Isi-isi : Tempat Tinggal / Petempatan : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )

Neolitik :

Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )

Kegiatan Ekonomi Utama : Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.

Neolitik :

Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru

Teknologi peralatan : Paleolitik :

Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.

Neolitik :

Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam

menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang