Bay’ al inah dan bay dayn

  • Published on
    14-Apr-2017

  • View
    1.311

  • Download
    3

Embed Size (px)

Transcript

  • Dr Salmy Edawati Yaacob

    Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

    2015

  • Bay al-Inah: Definisi

    Bahasa

    Hutang (bahasa)

    Jual beli semula: jual belisesuatu produk yang dilakukan secara bertangguh masa atau penjualan barang yang harganya ditangguhkan kemudian barangan tersebut dibeli semula dengan tunai dengan harga jauh lebih rendah

  • Bay al-Inah: Definisi

    Istilah

    Kontrak yang dilakukan antara penjual (pemilik harta) dengan pembeli untuk menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membeli semula dengan harga tunai yang kurang daripada harga jualan.

    Jual beli yang dilakukan secara bertangguh dan menjual semula barangan yang asama dengan harga yang rendah secara tunai utk melupuskan hutangnya (Ibn Abidin)

  • Bay al-Inah: Contoh

    A menjual sebuah laptopnya dengan harga RM2000 kepada B dengan bayaran tangguh selama 12 bulan. Setelah selesai akad jual beli tersebut, B terus menjual laptop yang sama kepada A dengan bayaran tunai dengan harga RM1500.

  • Bay al-Inah: Pensyariatan

    Imam Syafe menerima jual beli ini sebagai sah walaupun terdapat ulama-ulama lain yang tidak menerimanya:

    Harus berdasarkan:

    1) Qias kepada hadis Rasulullah yang membenarkan jual beli buah tamar yang tinggi kualitinya dengan buah tamar yang rendah kualitinya.

    2) Zahir kontrak yang sudah mencakupi rukun dan syarat jual beli tanpa melihat kepada niat dan objektif orang yang berkontrak.

  • Bay al-Inah: Rukun dan Syarat Sah

    Rukun

    Penjual

    Pembeli

    Barang yang dibeli

    Harga

    Sighah

    Syarat sah

    Dua kontrak berasingan yang perlu dibuat. Kontrak jualan pihak bank kpd pelanggan scr tangguh dan kontrak belian semula pihak bank drpd pelanggan scr tunia

    Brangan/aset bukan daripada barangan ribawi

    Setiap dua kontrak perlu ada elemen2 asas dan perlu memenuhi syarat

  • Bay al-Inah: Isu Kontroversi

    Golongan yang Mengharuskan al-Inah

    Imam Syafei, Zahiri, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad (mazhab Hanafi)

    Hujah: Hadis drpd Ibnu Umar yg meriwayatkan bhw Rasulullah s.a.w membenarkan jual beli buah tamar yang kurang kualiti dengan buat tamar yang bermutu tinggi.

    Konsep asas; rukun dan syarat sah jual beli adalah mencakupi dalam jual beli inah. Asas hukum dikira pada zahir perilakunya dan tidak mengambil kira apa yang terseirat kpd kehendak dua pihak yg berakad.

  • Bay al-Inah: Isu Kontroversi Golongan yang Tidak Mengharuskan al-Inah

    Maliki, Hanbali, Hanafi

    Hujah: Hilah riba sama ada riba fadl (pertambahan harga) atau riba nasiah (pertangguhan bayaran)

    Nas: Hadis Aisyah apabila Ummu Mahabhah memberitahu beliau bahawa dia telah mempunyai hamba perempauan dan menjual kepada Zaid bin Arqam dengan harga 200 dirham sampai dia dapat membayarnya. Kemudian Zaid menjual kembali hamba tersebut kepada beliau secara tunai dengan harga 600 dirham. Aisyah berkata kpd Ummu Mahabhah: Ia adalah sesuatu yang salah yang dijual atau dibeli dan beritahu kpd Zahid bhw jihad yg dilakukan bersama Rasulullah tidak memberi erti kpdnya kecuali dia bertaubat drpd perbuatannya.

    Menolak bukan faktor tambahan harga ttp penegahan yang tidak bermotifkan utk dapatkan barangan ttp utk dapatkan pinjaman berbentuk riba.

  • Bay al-Dayn: Definisi Bahasa

    Hutang atau harga barang secara hutang

    Jual hutang: seorang pemiutang menjual hak hutangnya ke atas penghutang kepada penghutang itu sendiri atau kepada pihak ketiga.

    Istilah

    Sesuatu harta yang sabit atas tanggungan seseorang dengan berlakunya sebab-sebab yang menentukan pensabitannya.

    Kaedah penjualan hutang yang wujud hasil daripada akad pertukaran yang mana akad pertukaran tersebut terdapat beberapa jenis kontrak spt bay al-salam, istisna, BBA, murabahah dan ijarah.

    Akad jual hak hutang yang terbentuk hasil drpd aktiviti perniagaan yg selaras dengan syarak.

    Satu bentuk perniagaan di mana seseorang yang mempunyai hak mengutip hutang yg akan matang pd masa hadapan boleh menjual haknya kpd org lain dgn harga yg dipersetujui bersama.

  • Bay al-Dayn: Kes

    Penjual hutang akan menjual hutangnya pada harga diskaun bukan pada harga kos kerana pembeli sama ada penghutang atau pihak ketiga tidak akan membeli hutang tersebut jika harga tidak dikurangkan.

    Kontrak bay al-dayn boleh dikategorikan sebagai salah satu kontrak jual beli dalam Islam iaitu jual beli diskaun (bay muwadaah) atau jualan pada harga kos (bay tawliyyah) jika pembeli membeli hutang pada harga kos.

  • Bay al-Dayn: Pensyariatan Al-Quran

    Al-Baqarah 2:275 -dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (jual beli secara umum)

    Al-Baqaraf 2:282- Wahai orang2 yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh masa tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya (membenarkan urusniaga secara hutang)

    Al-Sunnah

    Aisyah meriwayatkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w tlh membeli makanan daripada seorang Yahudi dan menangguhkan tempoh bayaran kpd masa tertentu dan mencagarkan baju besinya sebagai jaminan.

    Tiada ijma terdahulu yang tidak mengharuskan bay al-dayn. Fuqaha berpendapat bahawa jual beli ini harus selagi tidak terdapat unsur gharar dan riba

  • Bay al-Dayn: Rukun dan Syarat Sah

    Rukun

    Penjual

    Pembeli

    Barang yang dibeli

    Harga

    Sighah

    Syarat Sah

    Hutang yang dijual beli hendaklah harga barangan/byrn perkhidmatan yg ditangguh ke suatu masa tertentu

    Harga tangguh terbit dr transaksi jualbeli yg cukup syarat sah dan brg diterima olh pembeli

    Harga tidak boleh terbit dr brgan ribawi

    Byrn perkhidmatan dr kerja yg halal

    Jualbeli hutang dengan wang tunai

  • Bay al-Dayn: Manfaat

    Mewujudkan sumber kewangan yg diperlukan oleh unit pengeluaran, perniagaan dan perkhidmatan melalui penjualan dokumen dan surat sekuriti mengikut peraturan tertentu.

    Membantu penjual dan pengeksport mendapat wang tunai utk dijadikan modal pusingan perniagaan memandangkan jualannya dengan harga tertangguh

    Membolehkan bank mengumpul wang tunai dengan cepat utk memenuhi kehendak pelanggan yg mungkin mengeluarkan wang dlm akaun mrk scr mendadak melalui penjualan dokumen dan surat yg ada dlm simpanannya.

  • Terima kasih