Falsafah pendidikan

  • Published on
    30-Jun-2015

  • View
    543

  • Download
    5

Embed Size (px)

Transcript

<ul><li> 1. FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ~DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)~ EID1263 PENSYARAH PENSYARAHPROF MADYA DR OSMAN BIN PROF MADYA DR OSMAN BIN SABRAN SABRAN</li></ul> <p> 2. FALSAFAH FALSAFAH PENDIDIKAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KEBANGSAAN 3. PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah pendidikan kebangsaan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep pendidikan kebangsaan, penyataan falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat pendidikan negara dan nilai-nilai murni. Selain itu guru boleh meningkatkan kefahaman dan memahami secara yang lebih jelas mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekali gus dapat memahami dan mengaplikasikan amalan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. KONSEP PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bermatlamat; 1- Memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara 2- Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, terlatih Tegasnya pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bahagian 2 Perkara 12 dalam Perlembagaan Negara menyebutkan bahawa : setiap warganegara berhak mendapat peluang pelajaran yang sama tanpa diskriminasi agama, kaum, keturunan &amp; tempat lahir. 5. Tun Abdul Razak telah mengetuai satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 ditubuh bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini telah mengeluarkan laporan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak menjadi asas kepada pembentukan Ordinan Pelajaran 1957. 6. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dibentuk pada tahun1987; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 7. TUJUAN PENDIDIKAN NEGARA Membentuk peribadi warganegara yang seimbang Memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan tingkahlaku manusia Membentuk pekerja yang positif, cekap dan bertanggungjawab Membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi Membentuk individu yang berdaya usaha Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup 8. PENYATAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANSelari dengan prinsip rukun negara: 1. Percaya dan patuh kepada tuhan 2. Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional 3. Berakhlak mulia 4. Berketerampilan 5. Berkeupayaan memberikan sumbangan kearah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara 6. Setia kepada negara dan bertangunggajawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia 9. HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MATLAMAT DAN MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Hubungan keduanya menyentuh: 1. Pendidikan suatu usaha berterusan 2. Mengembangkan potensi individu 3. Perkembangan potensi individu 4. Insan yang seimbang dan harmonis 5. Unsur intelek 6. Unisur rohani 7. Unsur emosi 10. Sambungan: 8. Unsur jasmani 9. Kepercayaan kepada Tuhan 10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan 11. Rakyat Malaysia yang berketerampilan 12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia 13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab 14. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 15. Rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara 11. HURAIAN MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu 2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara 4. Memberikan peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia 12. HURAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Matlamat pendidikan merupakan cita-cita dan hasrat murni ia berjalan selari dengan matlamat negara. Pendidikan merupakan saluran paling berkesan untuk menjayakan cita-cita negara. Matlamat pendidikan ini jelas melahirkan insan yang baik, sekali gus menjadikan rakyat dan warganegara yang baik. 13. HURAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA Matlamat pendidikan merupakan cita-cita dan hasrat murni ia berjalan selari dengan matlamat negara. Pendidikan merupakan saluran paling berkesan untuk menjayakan cita-cita negara. Matlamat pendidikan ini jelas melahirkan insan yang baik, sekali gus menjadikan rakyat dan warganegara yang baik. Dalam konteks sisitem pendidikan, nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai yang luhur dan murni. 14. NILAI MURNI Mengikut Tajul Arifin dan Noraini (1992) nilai-nilai tersebut ialah: 1. Baik hati 2. Berdikari 3. Berhemah tinggi 4. Hormat menghormati 5. Kasih sayang 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan fizikal dan mental 15. 10. Kejujuran 11. Kerajinan 12. Kerjasama 13. Kesedaran 14. Kesyukuran 15. Rasional 16. Semangat masyarakat 16. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DARI PERSPEKTIF MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Menurut Wan Bakar (1991) terdapat beberapa unsur dalam falsafah pendidikan kebangsaan seperti: 1. Pendidikan seumur hidup 2. Pembangunan seluruh potensi insan dari segi rohani 3. Pembentukan insan soleh yang tunduk dan patuh kepada Allah 4. Pembentukan insan dwifungsi, iaitu sebagai ibad dan khalifah 5. Kesepaduan ilmu dan amal soleh untuk mencapai alfalah (kemengan) 17. RUMUSAN Matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan sepanjang hayat merupakan pendidikan yang selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. Nilai-nilai murni merupakan nilai yang menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasulila manusia dalam hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Falsafah pendidikan kebangsaan dari perspektif matlamat pendidikan islam ialah berusaha menterjemahkan islam (tauhid) kedalam kehidupan pelajar. 18. ANALISIS FPK Melatih guru yang mencukupi untuk sekolah rendah dan menengah Pendidikan kewarganegaraan Perkembangan pendidikan vokasional Teknologi dalam pendidikan Mata pelajaran kemahiran hidup/manipulatif Penerapan nilai-nilai murni 19. Pelaksanaan kurikulum baru sekolah rendah dan menengah Pendidikan moral kepada setiap murid Pendidikan pra-sekolah Menjalankan ko-kurikulum di semua peringkat Penerapan nilai-nilai Islam 20. IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KEPADA PERANAN GURU Mesti cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik, Peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara Menjadi seorang guru yang serba boleh. 21. Sambungan.. Mesti mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa. Dan juga mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. 22. KESIMPULAN: CIRI-CIRI GURU YANG BAIK Mesti mempunyai penampilan diri yang menarik. Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri . 23. Sambungan Mesti bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas. Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain.</p>