Folio Biologi Ekosistem Terancam

  • Published on
    19-Jun-2015

  • View
    2.620

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Covers all required contents.

Transcript

<ul><li> 1. Provided by: www.littlenotestoshare.blogspot.com </li></ul><p> 2. SENARAI KANDUNGAN PERKARA M/S Pendahuluan Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem Fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon Kepentingan pengurusan terancang aktiviti pembangunan dan ekosistem Rumusan Penghargaan 3. PENDAHULUAN Dengan populasi manusia di dunia kini yang menjangkau hampir 7 bilion, pembangunan dalam bidang pertanian, perindustrian dan perubatan juga turut berkembang dengan pesat. Pembangunan ini adalah bagi menampung keperluan hidup manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan juga pebagai aktiviti sosial manusia yang lain. Dalam keghairahan memenuhi keperluan hidup populasi yang semakin bertambah, banyak habitat-habitat yang merupakan kediaman berjuta-juta spesies flora dan fauna dimusnahkan. Secara tidak langsung, pemusnahan ini menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu, bagi memastikan langkah-langkah yang sewajarnya boleh diambil, kita hendaklah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang mengancam ekosistem dan kesan-kesannya terhadap ekosistem terlebih dahulu. Dengan ini, langkah-langkah yang lebih berkesan dapat diatur. Teruskanlah bacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ekosistem terancam kita. 4. AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM Penyahhutanan Hakisan tanah Banjir kilat Tanah runtuh Kepupusan flora dan fauna Pertanian Eutrofikasi Perindustrian Pencemaran air, udara, terma dan bunyi Pembakaran terbuka Pemanasan global Perubahan iklim 5. PENYAHHUTANAN Salah satu aktiviti manusia yang mengancam ekosistem ialah penyahhutanan. Penyahhutanan ialah tindakan pembersihan hutan. Aktiviti ini mempercepat hakisan tanah, menyebabkan banjir kilat dan mengakibatkan tanah runtuh serta kepupusan flora dan fauna. Hakisan tanah didefinisikan sebagai kehilangan tanah disebabkan tiupan angin, hujan atau penyalahgunaan baja. Hakisan tanah boleh berlaku hasil daripada pembalakan tidak terancang, kaedah pertanian monokultur, peragutan berlebihan dan lain-lain. Banjir kilat berlaku dalam masa yang singkat dan mendadak semasa hujan lebat. Kekerapan berlakunya banjir kilat paling mungkin disebabkan oleh kekurangan tempat tadahan air sebagai kesan pembalakan berlebihan, amalan pertanian yang tidak wajar dan lain-lain. Pemendapan sungai disebabkan oleh hakisan tanah juga menyumbang kepada banjir kilat. Tanah runtuh berlaku kesan daripada pergerakan tanah di cerun bukit semasa atau selepas hujan lebat. Hal ini dipercepat oleh penyingkiran berlebihan tumbuhan di lereng bukit dan pelepasan gas berasid yang berlebihan. Pengumpulan air dalam tanah akan melembutkan lapisan tanah. Hal demikian mempercepat proses larut lesap tanah semasa hujan. Kepupusan flora dan fauna berlaku kerana habitat mereka dicerobohi akibat daripada aktiviti penyahhutanan yang dilakukan oleh manusia. Aktiviti ini menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat semulajadi mereka. Dengan itu, secara tidak langsung flora dan fauna juga diancam kepupusan. 6. PERTANIAN Pertanian merupakan salah satu aktiviti manusia yang mengancam ekosistem. Antara kesan buruk pertanian terhadap ekosistem termasuklah eutrofikasi. Eutrofikasi ialah proses pengayaan air tawar seperti kolam dan tasik yang mengakibatkan pertumbuhan alga tanpa kawalan, yang seterusnya menyebabkan kepupusan spesies air tawar. Eutrofikasi dalam bidang pertanian disebabkan oleh penggunaan baja secara berlebihan. Bahan utama yang terlibat ialah nitrat dan fosfat. 7. PERINDUSTRIAN Perindustrian menyebabkan penghasilan bahan buangan yang amat banyak. Bahan buangan ini akan menyebabkan pencemaran air, udara, terma dan bunyi. Pencemaran ialah perubahan sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang tidak diingini pada alam sekitar dan disebabkan oleh bahan berbahaya atau tenaga yang dibebaskan oleh aktiviti manusia. Pencemaran mempengaruhi laut, sungai, tanah dan atmosfera. Ia juga mengancam kehidupan dan habitat manusia, haiwan dan tumbuhan serta ekosistem. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan buangan industri ke dalam sungai, atau laut. Bahan pencemarnya ialah bahan toksik industri elektronik seperti arsenik, plumbum, merkuri dan zink. Bahan-bahan pencemar ini mencemar air secara fizikal. Pereputan sisa organik pula mengurangkan kepekatan oksigen dalam air. Pengumpulan toksik kimia itu tidak dapat diuraikan melalui rantai makanan organisma akuatik menyebabkan keracunan haiwan akuatik dan manusia. Bahan toksik ini juga merosakkan organ badan, menyebabkan penyakit kanser dan juga mutasi. Pencemaran udara adalah disebabkan oleh kehadiran bahan-bahan pencemar dalam udara yang berbahaya kepada hidupan dan persekitaran. Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum, diesel dan gas dalam kilang merupakan salah satu punca pencemaran udara. Pembakaran bahan api fosil ini menghasilkan gas seperti sulfur dioksida dan oksida nitrogen. Pembakaran sampah dan kepulan asap serombong kilang pula menghasilkan karbon dioksida, karbon monoksida dan jelaga iaitu partikel karbon yang tidak terbakar. Pertambahan gas karbon dioksida dalam atmosfera banyak memerangkap haba dan menyebabkan kesan rumah hijau. Sulfur dioksida dan oksida nitrogen merupakan gas berasid yang larut dalam wap air untuk membentuk asid seperti asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Apabila hujan, hujan asid mengakibatkan tanah dan air sungai berasid dan ini membahayakan tumbuhan dan haiwan di dalam sungai dan di hutan. Pencemaran terma ialah pembebasan haba yang berlebihan ke alam sekitar. Punca pencemaran terma ialah pembuangan air panas dari kilang. Kilang menggunakan air sebagai agen penyejuk. Air menjadi panas dan air panas yang terhasil dialirkan ke dalam sungai atau laut yang akan meninggikan suhu air. Apabila suhu air menjadi 5 C melebihi suhu air biasa, hidupan akuatik akan mati. Air yang panas ini mengurangkan keterlarutan oksigen dalam air dan menyebabkan pengurangan oksigen terlarut dalam air. Pencemaran bunyi ialah keadaan di mana terdapat bunyi yang berlebihan di persekitaran sehingga mengganggu keselesaan hidup. Telinga manusia hanya dapat menerima bunyi yang kurang daripada 80 dB. Mesin dan jentera dalam kilang menyebabkan pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi boleh membawa kepada beberapa jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sakit kepala. Kesan pencemaran bunyi yang lain termasuklah tertekan, hilang tumpuan dan gangguan tidur. 8. PEMBAKARAN TERBUKA Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong. Secara umumnya, setiap kali api dinyalakan di luar, pembakaran terbuka berlaku. Antara kesan pembakaran terbuka ialah pemanasan global dan perubahan iklim. Pembakaran terbuka mengakibatkan pemanasan global iaitu peningkatan suhu bumi. Pemanasan global merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro. Pemanasan global mendatangkan masalah yang serius kepada ekosistem seperti kenaikan aras laut, pencairan glasier, banjir dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Perubahan iklim berlaku kerana pemanasan global. Sesetengah kawasan akan mengalami kemarau yang berpanjangan sementara sesetengah kawasan mengalami hujan ribut yang kuat. 9. FENOMENAKESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON Kesan rumah hijau ialah fenomena di mana haba terperangkap oleh gas tertentu di dalam atmosfera sehingga menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Contoh-contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, iaitu gas rumah hijau yang utama, metana, oksida-oksida nitrogen dan klorofluorokarbon (CFC). Dua pencemaran karbon dioksida yang utama ialah pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan yang mengurangkan kadar penyingkiran karbon dioksida. 10. PERKAITAN ANTARA KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA DALAM ATMOSFERA DAN PEMANASAN GLOBAL Sebagaimana kita tahu, karbon dioksida ialah salah satu gas rumah hijau. Gas ini menyerap sinaran inframerah yang dipancarkan oleh permukaan bumi dan menghalang sinaran itu daripada terlepas ke angkasa lepas. Karbon dioksida yang dihasilkan di kawasan tertentu akan tersebar dengan sekata di seluruh bumi. Pemanasan global bermaksud kenaikan suhu global. Peningkatan kepekatan karbon dioksida akan meningkatkan jumlah haba yang terperangkap di bumi. Haba yang terperangkap akan menyebabkan kenaikan suhu bumi. Oleh itu, kesan pemanasan global adalah lebih besar apabila kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera semakin meningkat. 11. PENIPISAN LAPISAN OZON Penipisan lapisan ozon adalah disebabkan oleh peningkatan kepekatan CFC di dalam atmosfera. CFC kekal di dalam atmosfera bagi suatu jangka masa yang panjang dan menyingkirkan molekul ozon dengan bertindak dengan molekul ozon secara berterusan. CFC telah digunakan sebagai penyejuk dalam penyaman udara dan peti sejuk, propelan dalam tin aerosol, agen peniup buih dalam pembungkusan polistirena dan pelarut untuk elektronik. Kesan pemanasan global dan penipisan lapisan ozon ialah: 1. Perubahan cuaca. 2. Pengeluaran pertanian berkurang. 3. Peningkatan paras air laut kerana pencairan litupan ais kutub. 4. Peningkatan kesan kerosakan sinaran ultraungu kerana perisai lapisan ozon menipis. Sebagai kesannya, kejadian katarak dan kanser kulit meningkat dan organisma lebih mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh sistem keimunan yang lemah. Sinaran ultraungu memecahkan ikatan dalam CFC dan membebaskan atom klorin. Atom klorin bebas bertindak balas dengan molekul ozon (O3) untuk menghasilkan klorin monoksida dan molekul oksigen. Molekul oksigen bebas memecahkan ikatan dalam klorin monoksida dan membebaskan atom klorin semula. Atom klorin bebas akan mengulangi proses penipisan lapisan ozon. 12. KEPENTINGAN PENGURUSAN TERANCANG AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM KEPENTINGAN Pembangunan diperlukan untuk memenuhi keperluan populasi manusia yang semakin bertambah. Contohnya, lebih banyak tanah dieksploitasikan untuk aktiviti pertanian untuk membekalkan makanan yang mencukupi kepada populasi manusia yang semakin bertambah. Pembangunan juga diperlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. KESAN PENINGKATAN POPULASI PENDUDUK Penggunaan makanan meningkat, oleh itu lebih banyak tanah diperlukan untuk pengeluaran makanan. Bekalan air bersih semakin berkurang. Pembasmian hutan meningkat, dan hal ini mengurangkan biokepelbagaian. Masalah pencemaran alam sekitar meningkat. Penangkapan ikan berlebihan di laut. Sumber tenaga semakin berkurang. Penyakit tersebar dengan cepat dan mudah. LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN KESEIMBANGAN ALAM 1. Pelaksanaan undang-undang Kerajaan Malaysia berazam untuk mencapai pembangunan mampan. Banyak undang-undang telah dilaksanakan, misalnya Akta Kualiti Alam Sekitar, Akta Racun Perosak dan Akta Perhutanan Nasional. 2. Penggunaan teknologi Buangan pertanian dan domestik diproses untuk menghasilkan baja dan eksploitasi bakteria tertentu seperti Pseudomonas untuk membersihkan tumpahan minyak adalah antara contoh yang baik. 3. Pendidikan Pendidikan dalam pengurusan sumber alam sekitar telah dilakukan oleh kerajaan, termasuk kempen kurangkan, guna semula dan kitar semula sumber. Tabung Alam Sedunia (WWF), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah membantu mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi alam sekitar. 4. Pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air, flora dan fauna hutan dan paya bakau Undang-undang dikuatkuasakan untuk mencegah pembuangan domestik dan industri ke dalam sungai tanpa dirawat terlebih dahulu, dan pemantauan yang lebih kerap untuk mencegah aktiviti pembalakan haram. Kaedah pertanian yang tidak mampan adalah dilarang. Langkah-langkah diambil untuk mencegah peragutan lampau oleh haiwan. 5. Pelaksanaan kawalan biologi Kawalan bahan kimia seperti racun perosak yang mencemarkan udara dan air. Kawalan biologi boleh dicapai dengan menggunakan pemangsa semulajadi bagi perosak supaya populasi perosak dikekalkan pada tahap yang rendah. Pengawalan populasi tikus oleh burung hantu di dalam ladang kelapa sawit adalah salah satu contoh kawalan biologi. 6. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui Tenaga yang boleh diperbaharui yang biasa digunakan ialah tenaga hidroelektrik, tenaga biojisim dan tenaga suria. Tenaga 13. hidroelektrik boleh digunakan untuk menggantikan stesen janakuasa elektrik yang membebaskan banyak bahan pencemar ke alam sekitar. Tenaga biojisim boleh digunakan untuk menggantikan bahan api fosil pada masa depan sementara tenaga suria digunakan untuk peralatan rumah dan pejabat. 7. Penggunaan tenaga yang cekap Tenaga harus digunakan dengan cekap untuk mengelakkan pembaziran. Peralatan elektrik harus dimatikan suisnya apabila tidak digunakan. Kerajaan menggalakkan rakyatnya berkongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam supaya menjimatkan bahan api dan mengurangkan pembebasan bahan pencemar ke persekitaran. 14. RUMUSAN Muka bumi ini didiami oleh pelbagai organisma yang hidup bersama. Manusia merupakan golongan cerdik pandai yang dinamik dan berupaya menguasai seluruh alam ini. Walau bagaimanapun, manusia telah menjalankan pelbagai aktiviti yang telah mendatangkan kesan buruk terhadap ekosistem semata-mata untuk pembangunan dan keselesaan diri. Ekoran itu, nyawa dan keselamatan hidupan lain turut terancam. Fenomena ini tidak akan berlaku jika kesemua proses pembangunan dijalankan dengan perancangan teliti dan mempunyai pengurusan pembangunan ke arah keseimbangan alam sekitar. Manusia haruslah memikul tanggungjawab yang dimandatkan oleh Tuhan untuk menguruskan ekosistem dengan sempurna agar semua hidupan di bumi in dapat hidup dengan selesa dan harmoni. Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam ekosistem, nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama. Maka, kita hendaklah bersama-sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan mula menghargai dan memulihara alam sekitar. 15. PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. saya telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan folio Biologi ini. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Biologi iaitu ____________ kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama...</p>