industry report

• Published on
02-Jul-2015

• View
2.791

• Download
5

Embed Size (px)

Transcript

1. LAPORAN LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT
JALAN LOW TI KOK
HULU LANGAT 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN
AMINAH BINTI HAJI ALBANI
DIPLOMA USULUDDIN 0904 2104
LAPORAN DIKEMUKAKAN UNTUK BAHAGIAN PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG SELANGOR
PERAKUAN
Laporan ini adalahhasilusaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan atau sumber-sumber yang berkaitan

( AMINAH BINTI HJ ALBANI )Tarikh:
Pelajar Latihan Praktikum
Kolej Dar al-Hikmah, Kajang Selangor
Disahkan oleh :

( USTAZAH NORIYANTI BINTI MISNUN ) Tarikh:
Pegawai Unit Undang-undang Keluarga
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh, Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurniaNya akhirnya saya berjaya menghabiskan Latihan Praktikum saya di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat yang bermula pada 7 Mac dan berakhir pada 7 Mei 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Dar al-Hikmah kerana memberi keizinan kepada saya untuk menjalani Latihan Praktikum bagi melengkapkan kredit pengajian dalam program diploma Usuluddin saya selama 2 tahun 6 bulan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini kepada saya, tanpa kalian, saya pasti tidak mampu untuk berada dalam keadaan seperti sekarang ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada bahagian Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat kerana sudimenerima saya sebagai pelajar Praktikal di PAID, dengan bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat terutamanya di bahagian unit undang-undang keluarga dansemua kakitangan PAID tidak mungkin saya lupakan. Kemesraan dan ukhwah yang terbina, meninggalkan kenangan yang terindah dalam hidup saya.
Tidak dilupa setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkanbuat kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dari segi kewangan. Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa berada di belakang saya, terima kasih dengan semangat yang kalian berikan akhirnya saya berjaya menamatkan latihan Praktikum saya dan juga individu-individu yang telah membantu saya terima kasih saya ucapkan.
PENDAHULUAN
Latihan praktikum merupakan salah satu latihan yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang mengikuti program diploma dan persijilan di Kolej Dar al-Hikmah. Latihanpraktikum merupakan salah satu latihan yang mana memberi peluang kepada pelajar untuk merasai alam pekerjaan. Kebiasaannya pelajar Kolej Dar al-Hikmah digalakkan menjalani latihan praktikal pada semester akhir selama 2 bulan bagi pelajar Pengajian Islam dan Psikologi. Manakala bagi pelajar program diploma Kauseling diwajibkan menjalani latihan praktikal selama 4 bulan. Latihan praktikal diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan program pengajian yang mereka pelajari. Ianya juga bertujuan untuk memberi pengalaman dengan lebih formal supaya pelajar dapat memahami kegiatan-kegiatan yang biasa dijalankan di sesebuah agensi-agensi atau organisasi.
Saya merupakan pelajar program diploma Usuluddin. Program pengajian yang saya ikuti sangat berkaitrapat dengan agama, metod dakwah dalam masyarakat dipraktikkan hasil daripada didikan pensyarah-pensyarah dan bentangan dari kitab-kitab yang menjadi rujukan selama saya berada dalam program pengajian ini. ilmu Usuluddin kebiasaannya menerangkan tentang metod dakwah, pemahaman berkenaan dengan agama-agama serta amalan ritual yang dilakukan oleh setiap agama serta ibadah dan wasilah menuju kepada pencipta kita yanng agung Allah s.w.t
Oleh kerana saya mengambil program diploma pengajian islam Usuluddin saya mengambil keputusan untuk menjalani latihan praktikum di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Ini kerana, di pejabat agama terdapat banyak bahagian yang berkait rapat dengan program diploma yang saya ambil. Selain daripada itu juga, menjalani latihan praktikum di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sekaligus memberi peluang kepada saya untuk berada lebih dekat dengan masyarakat dan dapat mempraktikkan apa yang saya pelajari selama ini.
SEJARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Bermulanya sejarah penubuhan JAIS daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat semasa zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang mana banyak menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada ketika itu. Baginda mengarahkan supaya kerajaan negeri Selangor menubuhkan jabatan hal ehwal agama islam. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Segala pembiayaan pengurusan adalah diperuntukkan oleh bahagian diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada ketika itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal berkaitan dengan penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Hasil daripada perkembangan ini, maka ditubuhkan secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948 di bangunan lama kelab diraja Selangor.
LATAR BELAKANG PAIDHL
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat atau dikenali sebagai PAIDHL merupakan salah satu pejabat agama yang beroperasi untuk sekitar Hulu Langat meliputi 7 daerah seperti kajang, Ampang, Cheras, Semenyih, Bangi, Beranang dan seri kembangan. PAIDHL merupakan salah satu pejabat agama yang paling tersibuk di Selangor kerana kepadatan penduduk di mukimnya. PAIDHL menempatkan 9 unit, 2 daripadanya adalah unit yang berada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor manakala 7 unit berada di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Antara unit-unit yang terdapat di PAIDHL ialah unit Pengurusan, unit Pengurusan Masjid, unit Wakaf, unit Undang-Undang Keluarga, Bahagian Pembangunan Insan, unit Penguatkuasa, unit Dakwah, unit Penyelidikan dan unit Pendidikan. Kesemua unit ini mempunyai peranan masing-masing.
Terletak di Jalan Low Ti Kok berhampiran dengan Mahkamah Syariah Kajang, kawasan yang berhampiran dengan bandar memudahkan masyarakat untuk berurusan dengan PAIDHL. PAIDHL sekarang diketuai oleh seorang Qadi gred s44, dibantu oleh 4 orang pegawai gred 41 dan beberapa kakitangan tetap, kontrak dan sambilan. PAIDHL berpeggang pada misi untuk menjadikan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sebagai pejabat yang terbaik, menjadi contoh dunia dan disegani dan diredhai Allah serta melahirkan masyarakat Islam yang maju,berjaya,progresif,dinamik dan diredhai Allah berlandaskan dengan al-Quran dan as-Sunnah selaras dengan visi negeri selangor menjadi negeri maju. Visi ini menjadi sumber kekuatan kepada para kakitangan PAIDHL untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua masyarakat.
Dengan perkhidmatan yang cukup baik dikalangan kakitangan, PAIDHL mempunyai target yang begitu besar untuk dicapai antaranya ialah Memastikan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan sejajar dengan prosedur kualiti kerja MS ISO 9001 : 2000. Memastikan perancangan, pengurusan dan perlaksanan program - program dakwah kepada masyarakat islam dan bukan islam berjalan dengan lancar dan berkesan, memastikan penguatkuasaan dan pemantauan perlaksanaan undang - undang kekeluargaan islam Selangor dan enakmen jenayah syariah Selangor berjalan dengan berkesan dan berkhemah,
untuk menjadikan masjid, surau, sekolah - sekolah agama sebagai institusi unggul islam dan pemangkin kepada pembangunan ummah yang muttaqi, Memastikan perancangan dan perlaksanaan program kekeluargaan dan sesi kaunseling berjalan dengan berkesan, memastikan perlaksanaan projek - projek pembangunan fizikal JAIS berjalan dengan lancar, memastikan aktiviti - aktiviti penyelewengan akidah dapat dibanteras, memastikan program -program islam yang dianjur dan dijalankan oleh mana-mana isntitusi islam, agensi - agensi kerajaan dan swasta dalam daerah dikawal dan dipantau, memastikan institusi - institusi pendidikan islam swasta melaksanakan sistem pendidikan islam yang tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan, memastikan sekolah - sekolah agama JAIS diselia dengan berkesan dan memastikan setiap pertuduhan didaftar ke mahkamah serta penyediaan laporan perbicaraan dengan berkesan.

PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI
Pada hari pertama berkunjung ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat saya diberi taklimat oleh pihak Qadi selaku pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat kemudian bertemu dengan Pegawai di bahagian Pengurusan untuk mengetahui di unit mana kami akan diletakkan. Akhirnya saya bersama dengan saudara Muhammad Husaini Lasin ditempatkan di unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL.
Ketika berada di unit Undang-Undang Keluarga kami banyak menguruskan berkenaan dengan kerja-kerja pengkeranian membntu menyediakan fail-fail aduan kes kekeluargaan dan juga menyiapkan buku-buku rekod berkenaan dengan aduuan kes kekeluargaan, nikah luar Negara, poligami dan berkenaan dengan wali hakim. Selain daripada itu, saya juga diminta untuk membantu menyediakan statistik berkenaan dengan kes cerai, aduan kes kekeluargaan,poligami dan wali hakim. Walaupun pada asalnya saya tidak memiliki sebarang pengetahuan untuk menyediakan statistik, Alhamdulillah atas bantuan dari pegawai-pegawai bahagian Unit Undang-Undang Keluarga saya akhirnya mahir untuk membuat statistik. Di bahagian Unit Undang-Undang juga, saya di ajar untuk menyediakan surat-surat permohonan berkenaan dengan cerai, wali hakim dan surat-surat panggilan untuk menghadiri sesi kauseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah. Dan kebiasaannya surat-surat ini ditujukan kepada pihak Mahkamah Syariah agar kes-kes berkenaan dapat dipanjangkan ke Mahkamah.
Selama berada di unit Undang-Undang Keluarga, saya memperolehi beberapa pengetahuan yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Antaranya ialah mereka memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana membaca buku enekmen undang-undang. Kebiasannya ilmu-ilmu seperti ini dipelajari oleh pelajar-pelajar yang mengambil jurusan undang-undang, namun pada kali ini saya juga berpeluang sama seperti mereka ( pelajar undang-undang).
Berada di unit undang-undang juga memberi peluang kepada saya untuk mendengar permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan rumahtangga, dan cara-cara untuk mengatasinya mengikut apa yang diajar oleh Islam melalui khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai-pegawai khidmat nasihat yang dilantik oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Dan adakalanya ianya menjadi satu cabaran terutamanya kepada Pegawai Khidmat Nasihat kerana terpaksa berdepan dengan karenah pasangan yang pelbagai.
Ada yang datang dalam keadaan marah dan ada juga yang datang dalam keadaan teresak-esak menangis. Namun para Pegawai bijak dalam mengawal situasi seperti ini. pernah sekali saya di beri peluang untuk berdepan dengan seorang klien yang mengadukan tentang masalah rumahtangga beliau, namun, saya hanya mampu memberi nasihat kepada beliau seperti mana yang dilakukan oleh pegawai-pegawai khidmat nasihat yang lain.
saya juga pernah diminta oleh pegawai untuk menerangkan kepada pasangan iran yang berkahwin bagaimana untuk mengisi borang permohonan nikah bagi pihak lelaki dan wanita. Ianya merupakan satu cabaran yang besar kepada saya kerana terpaksa bertutur dalam bahasa inggeris. Namun Alhamdulillah atas bantuan dari kakitangan PAIDHL akhirnya pasangan berkenaan dapat menyelesaikan segala prosedur perkahwinan dan melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Saya juga pernah bertugas dibahagian kaunter unit undang-undang keluarga. Ianya membantu klien-klien yang datang untuk menguruskan fail dan tarikh-tarikh temujanji mereka bersama pegawai-pegawai khidmat nasihat. Selain daripada itu juga, di bahagian kaunter, saya menguruskan berkenaan dengan proses pendaftaran kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Banyak pengalaman yang saya perolehi serta banyak benda baru yang saya belajar selama berada di unit undang-undang keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Terutamanya berkaitan pengkeranian, bahagian kaunter, dan juga mengetahui selok-belok berkaitan prosedur urusan perkahwinan dan perkahwinan luar Negara. Selain daripada itu, di unit ini juga kami diajar berkenaan dengan urusan rekod merekod data secara sistematik bagi memudahkan Pejabat Agama Islam Selangor membuat semakan serta pihak audit dari Pejabat pusat di Shah Alam Selangor. Dan kini, saya sudah mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan urusan pengkeranian di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
AKTIVITI YANG DISERTAI
Selama berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat saya telah menyertai 2 program besar yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan 1 program yang dianjurkan oleh bahagian negeri Selangor. 2 program yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat antaranya ialah program Karnival Maulidur Rasul yang bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 25,26 dan 27 Mac, Program ini anjuran Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Lanagt. Selama berlangsungnya karnival ini, kami berkampung di Masjid Jamek membantu urusetia-urusetia program. Antara aktiviti yang berlangsung seperti forum keluarga bertajuk indahnya perkahwinan yang dianjurkan oleh unit Undang-Undang Keluarga PAIDHL, pertandingan mengubah bunga, persembahan silat dan seni mempertahankan diri, pertandingan bercerita untuk kanak-kanak, pameran badan-badan amal dan banyak lagi. Dengan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan menjadikan program ini Berjaya dilaksanakan. Program islamik seperti ini sebenarnya salah satu wasilah dakwah kerana program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta memperingati akan peristiwa kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya, program seterusnya yang saya sertai ialah program ziarah Muallaf bersama dengan bahagian Pembangunan Insan. Kami menziarahi golongan Muallaf yangmiskin dan sakit. Sayu terasa melihat golongan Muallaf yang sakit dan ada juga diantara mereka yang dipinggirkan oleh keluarga, namun lafaz Syahadah masih menyala di hati mereka. Kami menziarahi dan menanyakan berkenaan barang-barang keperluan. Kemudian, kami membeli barang-barang keperlukan dan diserahkan secara terus kepada mereka [ golongan Muallaf ]. Sepanjang perjalanan saya berfikir, bertapa bertuahnya kita sebagai umat Islam dengan syariat dariNya mengajar kita agar saling bantu membantu dan mengasihi saudara...

Recommended

View more >