Institusi Pemerintahan Islam Madinah

• Published on
20-Jul-2015

• View
244

• Download
4

Embed Size (px)

Transcript

INSTITUSI PEMERINTAHAN ISLAM MADINAH (IHEH2103)

INSTITUSI PEMERINTAHAN ISLAM MADINAH

(IHEH2103)Asas Pembentukan Negara Islam MadinahPenghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah merupakan titik permulaan kepada wujudnya negara Islam di Madinah.

Sebelum penghijrahan Nabi SAW berlaku, sudah tersebarnya Islam di Madinah melalui orang-orang Ansar yang telah turut serta dalam Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2.

Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin UmmahNabi Muhammad adalah pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan pemimpin & org pertama menegakkan Negara Islam di Madinah.

Baginda juga bertindak sebagai pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah tentera & sebagai panglima dalam peperangan.

Nabi Muhammad SAW telah merangka dasar pemerintahan dan pentadbiran, sekali gus membentuk struktur kerajaan yang agak berbeza dengan keadaan sebelumnya yang terikat dengan sistem kabilah. Pemantapan Kepimpinan MelaluiPembinaan MasjidMasjid merupakan institusi sosial yg cukup penting yg berfungsi sbg pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, pengadilan (mahkamah) dsb. Contoh : Terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah.

Pengukuhan PersaudaraanBaginda menyatukan semua penduduk Madinah yg terdiri drpd pelbagai kaum & agama di bawah panji2 & menghapuskan asabiyah. Contoh : i. Muhajirin dengan Muhajirin.ii. Ansar dengan Ansar.iii. Muhajirin dengan Ansar.

Persaudaraan Muhajirin & AnsarBaginda menggalakkan mereka saling bantu membantu dalam apa jua keadaan. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

Perjanjian Dengan Orang Bukan IslamBaginda membuat perjanjian antara muslim & bukan muslim utk sama2 menjaga kedamaian Madinah yg baru ditubuhkan.

Membentuk DasarBaginda menyusun & membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam yg baru.

Meletakkan Sistem MasyarakatBaginda meletakkan dasar bagi sistem sosial, ekonomi & politik bagi membentuk & melahirkan masyarakat yg merangkumi hak2 keadilan & kebebasan seluruh penduduk Madinah.Menubuhkan Sistem PemerintahanBaginda membentuk organisasi kerajaan yg merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai & kakitangan di peringkat pusat & wilayah.

Menubuhkan Sistem PencukaianBaginda membentuk sistem kewangan yg merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanimah dll.

Mengembangkan IslamBaginda menghantar utusan kpd penduduk2 luar Madinah, pembesar2 Arab & ketua2 Negara di Semenanjung Tanah Arab menyeru mrk memeluk Islam. Sbhgn mrk menerima Islam & ada yg tidak menerima Islam.

Contoh Teladan Yang BaikBaginda sentiasa menunjukkan cth yg baik kpd org Islam & bukan Islam. Sikap & peribadi Baginda itu telah menawan hati ramai org bukan Islam yg akhirnya mrk memeluk agama Islam.

Mewujudkan Piagam MadinahMerupakan sebuah piagam yang dijadikan panduan untuk membentuk sebuah negara Islam yang berdaulat.

Piagam Madinah bukan sahaja membentuk persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.

Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum.

Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.

Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh.

Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara.

Melalui Pengiktirafan Nabi SAW telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.Digubal sebelum terbentuknya negara Islam Madinah dan menjadi sistem perundangan tertinggi negara.

Piagam yang mengandungi 47 fasal ini digubal bersumberkan wahyu dan norma masyarakat tanpa menjejaskan hak-hak orang Islam dan bukan Islam.

Selain itu, mengandungi tanggungjawab warga Madinah dalam mempertahankan negara selain mengiktiraf kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi negara. Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara MusyawarahBaginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik.

Di dalam peperangan Badar misalnya Nabi SAW tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka.

Bertindak hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah.

Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazraj.Mewujudkan Tentera Islam di Madinah

Memimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.

Mengadakan Hubungan Luar :Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

Peranan Khulafa Al-RasyidinMereka mewarisi satu kerajaan Islam yg diasaskan oleh Rasulullah, mereka mempunyai tanggungjawab & peranan yg besar utk memastikan kelangsungan kerajaan Islam.

Peranan Khulafa :

Memimpin umat Islam & kerajaan Islam Madinah, mengakui Rasulullah sbg ketua Negara & menguruskan kepentingan umat Islam.

Memperkukuhkan kedaulatan & kewibawaan kerajaan Islam & memperluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke kawasan luar drp semenanjung Tanah Arab.

Meletakkan gabenor2 di negeri2 yg baru dibuka.

Memastikan keberkesanan pengurusan ke atas wilayah2 yg baru dibuka.

Memantapkan & mengemaskini struktur pentadbiran & organisasi kerajaan supaya lebih cekap & berkesan.

Memperkukuhkan ekonomi negara & mempertingkatkan lagi pendapatan Negara.

Meluaskan penyebaran Islam ke kawasan2 di luar Tanah Arab dgn menghantar pendakwah2.

Memajukan ibu kota Islam di Madinah sbg pusat kebudayaan & tamadun Islam.

Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah & Khulafa Al-RasyidinKeadilan : Semua rakyat mempunyai hak yg sama dari segi undang2 samada rakyat biasa @ pemimpin mempunyai kedudukan yg sama dari segi undang2. Sesiapa shj yg melakukan kesalahan pasti akan dihukum dgn seadilnya. (Tiada kekebalan dlm perundangan).

Pernyataan di atas dibuktikan perlaksanaannya di zaman Rasulullah apabila Zaid Bin Harith dtg menemui Rasulullah utk meminta diringankan hukuman ke atas seorg yg berkedudukan di kalangan suku kabilahnya.

Kesamarataan : Rasulullah meletakkan manusia itu di atas dasar persamaan di dlm syariat Allah, yg mengukur martabat hanyalah Allah menurut amalan & taqwa.

Kebebasan : Memberi hak kebebasan kpd rakyat menepati fitrah manusia, kerana ia menjadi hak tabie yg perlu diberi & diawasi utk keperluan hidup manusia. Sbgmana makhluk lain mempunyai fitrah maka manusia juga ada fitrah tersendiri.

Kebebasan yg dimaksudkan juga iaitu tiada paksaan beragama walaupun mengajak mrk menganut Islam & memberi kebebasan berfikir dgn cara yg tidak menganggu kepentingan manusia seluruhnya serta memberi kebebasan bekerja yg munasabah utk keperluan mereka.

Kebebasan menasihat-menasihati sbg kewajipan semua pihak termasuk thdp khalifah Islam.

KesimpulannyaInstitusi Pemerintahan Islam Madinah...

Pemerintahan & pentadbiran Islam memaparkan peranan Rasulullah dgn meletakkan batu asas yg cukup kukuh dlm pentadbirannya.Baginda telah meninggalkan kerajaan kpd seluruh umat Islam. Ketika itulah, umat Islam mengamalkan sistem syura utk melantik seorg pengganti. Pengganti2 baginda terdiri drp 4 org sahabat kanan : Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman Affan & Ali Abi Talib (Khulafa al-Rashidin).Setelah itu, kepimpinan diteruskan oleh Kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan sebagainya.

Berpandukan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi Saw sebagai tunjang utama pemerintahan.

SEKIAN . . .