Januari 2015

  • Published on
    06-Aug-2015

  • View
    136

  • Download
    5

Embed Size (px)

Transcript

<ol><li> 1. Cabaran Melangkah ke hadapan, seluruh warga Kementerian mesti sentiasa menyantuni harapan masyarakat yang melihat pendidikan sebagai satu wadah penting pembangunan modal insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. Pada waktu yang sama, kita juga mesti menggembleng seluruh kudrat untuk menghadapi beberapa cabaran utama yang memberikan kesan langsung terhadap perancangan pendidikan di negara kita. ISU BULAN INI: 1. Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh 2. Pesanan &amp; Harapan Menteri Pendidikan 3. Apa Itu Dialog Prestasi? 4. Sudut PPPM 5. Kempen Melestarikan PPPM 2015 Komitmen KPM Transformasi pendidikan yang telah dimulakan pada tahun 2013 melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan terus diperkukuhkan pada tahun ini. Bagi sektor pelajaran, Kad Skor Menteri 2015 merangkumi 20 inisiatif utama yang memberikan tumpuan kepada Keberhasilan Murid berpandukan 6 Aspirasi Murid dan 5 Aspirasi Sistem yang telah ditetapkan di bawah PPPM. Untuk membuktikan komitmen dan keseriusan kita dalam melaksanakan apa yang telah dijanjikan, laporan prestasi akan terus dipantau melalui Kad Skor Menteri, laporan tahunan dan kajian pertengahan tahun. Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh Perubahan daripada amalan biasa penting bagi mencapai aspirasi Berdasarkan perancangan dan pemantauan yang rapi semua sasaran inisiatif penting dalam Gelombang Pertama PPPM 2013-2025 dapat dicapai pada penghujung tahun ini. Ini termasuk memperkasakan guru dan pemimpin sekolah, menerapkan kemahiran berfikiraras tinggi dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Di samping itu, usaha untuk memperkukuhkan aspek nilai, adab, perpaduan nasional dan semangat patriotism akan terus diberikan tumpuan utama selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya yakin transformasi pendidikan yang telah kita garap akan berjaya sekiranya kita berusaha tanpa mengenal erti putus asa, bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan berkhidmat dengan komitmen yang tinggi lagi berintegeriti. Kita perlu berusaha dan berubah daripada amalan biasa untuk melaksanakan transformasi pendidikan YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Bercakap kepada lebih 3000 warga pendidikan Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan Tinggi termasuk Pengurusan Tertinggi Kementerian, Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Naib-naib canselor dan pegawai-pegawai kanan kementerian, guru serta murid, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato Hj Muhyiddin b Hj Mohd Yassin menyeru warga pendidikan supaya bersama-sama menggembleng tenaga demi menjayakan agenda transformasi memartabatkan pendidikan Malaysia antara yang terbaik di dunia. Putrajaya 15 Jan. Transformasi Pendidikan yang dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan menjadi realiti sekiranya warga pendidikan meneruskan momentum yang telah dibina sejak tahun pertama ia dilancarkan. Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia di PICC Putrajaya </li><li> 2. Perdana Menteri Ucap Selamat Berjaya Buat Calon Hadiah Guru Global KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pencalonan Yasmin Noorul Amin sebagai antara 50 guru yang disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global anjuran Yayasan Varkey GEMS, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib melalui catatan Twitter beliau menzahirkan ucapan tahniah dan mengucapkan selamat berjaya kepada guru kimia itu yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya. "Tahniah Cikgu @rainameer kerana berada dalam kalangan 50 yang disenarai pendekkan untuk Hadiah Guru Global. Semoga berjaya," kata beliau. Yasmin, 38, disenarai pendek untuk anugerah yayasan itu, yang berpusat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. Beliau pernah bertugas sebagai jurutera sebelum memutuskan untuk menjadi pendidik. Anugerah itu dilaporkan menawar hadiah utama US$1 juta kepada pemenangnya. Pengumuman mengenai pemenang anugerah itu, yang dilihat sebagai 'Hadiah Nobel' bagi golongan pendidik, dijadual dibuat pada satu majlis di Dubai, Mac ini. Anjakan Januari 2015 Guru &amp; Pensyarah Kepada guru-guru dan pensyarah, hayatilah Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Sentiasalah ingatkan diri kita bahawa tugas sebagai pendidik adalah satu tugas yang amat mulia. Menjadi pendidik bukanlah semata-mata suatu profesion, tetapi suatu perjuangan untuk mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang. Saya percaya jika saudara dan saudari semua mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada tugas yang paling mulia ini, maka kita akan berjaya mencapai matlamat pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia Ibu Bapa Kepada ibu bapa, saya amat mengharapkan sokongan dan pelibatan anda semua dalam menjayakan dasar dan program pendidikan di negara ini. Saya tahu ibu bapa hari ini mempunyai harapan yang amat tinggi kepada Kementerian Pendidikan. Namun, saya percaya kita memerlukan satu usaha kolektif antara kerajaan, ibu bapa dan komuniti untuk menjayakan hasrat pendidikan Negara. Untuk itu, tiada apa yang saya harapkan daripada para ibu bapa dan masyarakat, melainkan sokongan dan dokongan anda semua terhadap segala inisiatif KPM untuk melonjakkan kualiti pendidikan Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan Kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan, anda adalah pembuat dasar dan sebahagiannya merupakan pelaksana dasar. Bagi saya, dasar yang baik adalah dasar yang boleh dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu, suka saya ingin berpesan kepada pegawai-pegawai saya di Kementerian apabila kita menggubal sesuatu dasar kajilah secara terperinci bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan Pesanan &amp; Harapan YAB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia Para Pelajar Berikanlah tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. </li><li> 3. Apa Itu Dialog Prestasi? Dialog Prestasi adalah salah satu program utama dalam pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP). Dialog Prestasi perlu dilakukan diantara pihak Kementerian dengan Jabatan Pelajaran Negeri, JPN dengan PPD, PPD dengan pemimpin sekolah di daerah masing-masing dan akhirnya sekolah diantara pentadbir sekolah dengan guru-guru diperingkat sekolah. Dialog Prestasi ialah satu forum atau perbincangan berfokus untuk menyemak prestasi dan isu-isu berkaitan berdasarkan data dan fakta serta diakhiri dengan satu set langkah-langkah yang konkrit tindakan susulan atau penyelesaian masalah. Perbincangan dua hala berdasarkan data dan fakta akan memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak memahami dan mengetahui masalah sebenar serta memikirkan cadangan penyelesaian. Oleh itu pelaksanaan dialog perstasi perlu dirancang dengan rapi seperti menyediakan analisis berdasarkan data-data dan fakta. Tujuan utama dialog prestasi ialah melaksanakan pemantauan (checkpoint) yang kerap antara pihak atasan dan pelaksana untuk menilai dan memastikan penyampaian berada pada landasan yang betul serta sebagai satu eleman untuk mengekalkan rutin pengurusan prestasi sentiasa berapa ditahap tinggi Fokus dan akauntabiliti: Memastikan organisasi fokus kepada penyampaian dan memastikan akauntabiliti (positif dan negatif) Memantau prestasi: Memahami jika sistem itu berada pada landasan yang betul untuk menyampaikan aspirasinya Mengenal pasti masalah: Mengemukakan isu-isu yang menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca Penyelesaian masalah dan sokongan: Menyediakan forum untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi amalan terbaik Memajukan isu: Memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi Objektif Dialog Prestasi JPN Sabah dan JPN Kedah merupakan JPN terawal melaksanakan Dialog Prestasi dengan pihak pengurusan Tertinggi KPM di bawah program rintis. Berdasarkan maklum balas yang positif, beberapa siri Dialog Prestasi diantara pihak Pengurusan Tertinggi KPM dengan pihak JPN lain telah diadakan dan memberi kesan yang baik. Melangkah kehadapan pihak PADU telah melaksanakan penambahbaikan dengan memperkenalkan pelaksanaan Dialog Prestasi secara audio visual (Audio Video Conference ) dengan JPN Perak pada 24 November 2014 dan disusuli dengan JPN Sabah dan JPN Sarawak secara serentak pada 12 Disember 2014. Pelaksanaan Dialog Prestasi secara atas talian merupakan inovasi kearah penjimatan kos dan masa berbanding dengan kaedah bersemuka seperti amalan biasa. Anjakan Januari 2015 Sesi dialog prestasi diantara Pengurusan Tertinggi KPM dengan pihak JPN </li><li> 4. Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami. Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. info@padu.edu.my +03 8872 1605 Pelaksanaan Sudut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa Penataran Maklumat PPPM dan Pengurusan Perubahan (PMPP) bagi menyokong Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dalam usaha meningkatkan kefahaman warga pendidikan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Antara strategi penataan maklumat yang telah dilaksanakan adalah Sudut PPPM. Sudut PPPM dilaksanakan di setiap institusi pendidikan seperti di sekolah- sekolah, institut perguruan dan kolej matrikulasi di seluruh Malaysia. Ia dilaksanakan bagi memudahkan warga pendidikan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Anjakan Januari 2015 Aktiviti PPPM 2013-2025 semakin rancak di peringkat sekolah dan daerah diseluruh Negara. Tahun ini Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Kempen Melestarikan PPPM 2015 bagi memastikan setiap sekolah di daerah tersebut mengetahui dan memahami Aspirasi yang digariskan di bawah PPPM. Usaha yang dijalankan oleh PPD Sandakan di bawah pimpinan En Sharif Mahad Sharif Attar telah mendapat sambutan hangat daripada warga pendidikan Sandakan dan menampakkan hasil yang positif apabila terdapat perubahan yang ketara dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan aspirasi PPPM 2013-2025. Kempen Melestarikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015 Antara sekolah-sekolah di daerah Sandakan yang telah menjayakan kempen melestarikan PPPM 2015 </li></ol>