Jenis jenis kata adjektif

  • Published on
    17-Jun-2015

  • View
    592

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis-jenis kata adjektif

Transcript

<ul><li> 1. Pengenalan Juga dikenali sebagai kata sifat. Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Contoh: 1. Adik saya tinggi. 2. Orang muda itu baik. 3. Hujan pagi ini amat lebat sekali. 4. Anaknya masih kecil lagi. 5. Buah durian itu belum masak lagi.</li></ul> <p> 2. Jenis Kata Adjektif Terdapat 9 jenis kata adjektif: 1. kata adjektif sifatan atau keadaan. 2. kata adjektif warna. 3. kata adjektif ukuran. 4. kata adjektif bentuk. 5. kata adjektif waktu. 6. kata adjektif jarak. 7. kata adjektif cara. 8. kata adjektif perasaan. 9. kata adjektif pancaindera. 3. 1. Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contoh: BaikLemahCurigaKasarCerdikBeraniPandaiTakutGopohSihat Contoh ayat: 1. budak baik selalu dipuji 2. pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. 3. kesemua ahli pasukan itu amat lemah. 4. 2. Kata Adjektif Warna Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contoh: MerahUnguPutihKelabuBiruHitamHijauKuningPerangJingga Contoh ayat: 1. baju merah itu kepunyaanku. 2. warna kuning warna diraja. 3. selendang kakak berwarna coklat. 5. 3. Kata Adjektif Ukuran Jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contoh: PanjangRendahPendekTebalKecilNipisBesarKerdilTinggirenek Contoh ayat: 1. pembaris panjang itu telah patah. 2. walaupun bertubuh kecil tetapi selera makannya besar. 3. lukanya dibalut dengan kain nipis. 6. 4. Kata Adjektif Bentuk Jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contoh: BulatBengkokLonjongLurusBujurBuncitBundarKempisLeperLekuk Contoh ayat: 1. pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk. 2. perut Si Luncai buncit. 3. tiang elektrik itu telah pun bengkok kerana dilanggar oleh kereta merah itu. 7. 5. Kata Adjektif Waktu Jenis perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh: BaharuLampauLamaLewatSegeraCepatSuntukLambatSilamawal Contoh ayat: 1. radio lama itu masih lagi digunakan. 2. pekerja itu terburu-buru ingin segera sampai ke destinasinya. 5. murid-murid itu didenda kerana datang lambat ke sekolah. 8. 6. Kata Adjektif Jarak Jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contoh: JauhHampirDekatrapat Contoh ayat: 1. rumah yang hendak dituju itu sungguh jauh. 2. rumahnya paling hampir dengan sekolah. 3. kawan rapat saya belajar di luar negara. 9. 7. Kata Adjektif Cara Jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contoh: CepatLincahDerasGopohLajuJelasLambatSeringPerlahanselalu Contoh ayat: 1. air sungai itu mengalir dengan deras. 2. orang yang lambat selalu rugi. 3. pemain lincah itu berasal dari utara. 10. 8. Kata Adjektif Perasaan Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. Contoh: RinduBerahiBenciRaguSeganKasihSukaCintaGembiraMarah Contoh ayat: 1. dia amat rindu akan emaknya. 2. saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya. 3. anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu. 11. 9. Kata adjektif Pancaindera Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. K.A Pancaindera Deria bauDeria rasa Deria dengarDeria sentuhDeria pandang Gabungan deria 12. (i) Deria rasa Contoh: SedapPahitManisMasinLazatTawarMasamLemakKelatPayau Contoh ayat: 1. bagi Nina, masakan ibu paling sedap di dunia. 2. pisang muda kelat rasanya. 3. sup yang dimakannya sungguh masin. 13. (ii) Deria Pandang Contoh: CantikBurukMolekTampanHodohComelKacakSegak Contoh ayat: 1. pemandangan di kaki bukit itu sungguh cantik. 2. Remy adalah pemuda paling kacak di kampung itu. 3. gelagat anak kecil itu sungguh comel. 14. (iii) Deria Dengar Contoh: BisingMersikMerduSerakNyaringGarauLunak Contoh ayat: 1. suara lelaki hodoh itu sungguh garau. 2. walaupun bertubuh kecil, tetapi suaranya sungguh nyaring. 3. tidak hairanlah dia mendapat tempat pertama kerana suaranya sungguh merdu. 15. (iv) Deria Bau Contoh: HarumTengikWangiSemerbakBusukHanyirHapakHancing Contoh ayat: 1. pakaian yang dicuci dengan serbuk daia itu sungguh wangi. 2. bau ikan yang sedang disiang itu sungguh hanyir. 3. bedak bayi itu harum baunya. 16. (v) Deria Sentuh Contoh: HalusKesatLicinLembapKasarLembutKeras Contoh ayat: 1. permukaan yang licin itu berbahaya untuk pejalan kaki. 2. walaupun lembap dalam pelajaran, Muthu tetap anak emas gurunya. 3. hasil tenunan Mak Jah sungguh halus buatannya. 17. (vi) Gabungan Deria Contoh: Bersih (pandang+bau) Selesa (sentuh+pandang) Tenteram (dengar+pandang) Contoh ayat: 1. Islam menggalakkan umatnya memakai pakaian yang bersih. 2. rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. 3. kehidupan orang Kampung Pisang kembali aman dan tenteram setelah penjenayah yang paling dikehendaki itu telah ditangkap polis. 18. Rujukan: 1. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga 2. http://portalbahasamelayu.fateback.com/ka djektif.htm 3. http://www.tutor.com.my/stpm/Golongan%2 0kata%20adjektif/golongan_kata_adjektif.ht m 4. http://zuraidaothman.blogspot.com/2010/08 /jenis-jenis-kata-adjektif.html</p>