Pendidikan Khas

  • Published on
    30-Jun-2015

  • View
    459

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan Khas

Transcript

<ul><li> 1. 1 1.0 PENGENALAN Syukur dan rasa bertuah kerana saya telah menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali telah memberi saya peluang untuk mengkaji elemen-elemen bagi meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas. Elemen yang harus saya terapkan ialah elemen sukan dan permainan, rekreasi, muzik dan serta seni suaian. Setiap satu elemen ini mempunyai kepentingannnya tersendiri dan perlunya dalam hidup kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam elemen-elemen ini tersirat beberapa pecahan yang boleh membantu mereka dalam kehidupan. Contohnya, dari segi fizikal, sosial, emosi dan kognitif. Hal ini jelas sekali lengkap dari segi penghayatan, pengamatan dan pengukuhan dalam pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas. </li></ul><p> 2. 2 2.0 MENSINTESIS MAKLUMAT (A) Sukan dan Permainan 3. 3 (b) Rekreasi 4. 4 ( c ) Muzik 5. 5 ( d ) Seni suaian 6. 6 3.0 HURAIAN SINTESIS MAKLUMAT Di dalam tugasan ini, terdapat empat jenis aktiviti yang boleh meningkat kualiti hidup kanak-kanak pendidikan khas, iaitu sukan dan permainan, rekreasi, muzik serta seni suaian. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh guru bersama murid-murid pendidikan khas. (a) Sukan dan permainan Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.Manakala sukan mempunyai nilai yang tertentu di dalam kehidupan seseorang dan mempunyai kepentingan di dalam kehidupan orang kurang upaya. Sukan orang kurang upaya telah wujud lebih 100 tahun Antara contoh aktiviti sukan permainan ialah bola sepak, badminton, bola keranjang dan olahraga. Aktiviti seperti ini mampu meningkatkan banyak kemahiran dalam diri kanak-kanak pendidikan khas. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti ini dapat membantu dari segi : i) Fizikal Aktiviti sukan yang ringan amatlah sesuai dengan kanak-kanak pendidikan khas. Contohnya, guru pendidikan khas boleh mengubah suai sukan yang dimainkan oleh kanak-kanak arus perdana kepada satu jenis permainan yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak berkeperluan khas seperti boleh sepak, para guru boleh mengecilkan saiz padang dan memperbesarkan jaring gol bagi membolehkan murid-murid ini dapat menjaringkan gol dengan senang. Dari segi fizikal, semasa aktiviti sukan ini otot kanak-kanak berkeperluan khas ini akan dapat di latih untuk digerakkan walaupun tidak mencapai gol. Walaupun sedikit, otot kanak- kanak ini mampu digerakkan. Hal ini lebih mendatangkan hasil daripada 7. 7 kanak-kanak ini hanya duduk. Selain itu, sebelum melakukan aktiviti sukan dan permainan, sudah semestinya guru akan mengarahkan murid- murid melakukan aktiviti memanaskan badan. Melalui aktiviti ini, murid dapat memanaskan badan yang mampu menggerakkan otot sendi dan kanak-kanak dapat melakukan aktiviti pernafasan yang baik untuk jantung dan paru-paru. Dalam erti kata lain, aktiviti menarik nafas ini mampu merangsang aktiviti pengaliran oksigen dalam badan yang mampu meningkatkan kadar pernafasan ke tahap yang lebih baik terutamanya kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan iaitu asthma. Ini memberikan peluang kepada paru-paru untuk dilatih dalam melancarkan pengaliran oksigen yang akan membantu pergerakan otot. ii) Sosial Sukan dan permainan memerlukan kerjasama di dalam kumpulan jika sukan dan permainan itu memerlukan banyak ahli di dalam satu pasukan. Oleh itu, murid-murid akan berkerjasama dalam mencapai kejayaan. Selain itu, sukan dan permainan juga mampu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Contohnya, sebelum melakukan bertanding ataupun bermain, mereka pasti akan melakukan latihan dalam kumpulan seperti permainan bola tampar yang memerlukan 6 orang pemain. Setelah itu, dalam masa latihan ini, pastinya murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain dan hubungan silaturahim dapat dijalinkan serta merta dan kerjasama dalam menjaringkan bola ke pasukan lawan juga dalam dipupuk. Dari fokus lain, semangat kekitaan akan secara tidak langsung akan berkekalan walaupun menang dan kalah pada akhir pertandingan mahupun hanya permainan. Selain itu juga, sukan permainan ini akan memberikan murid- murid semangat pasukan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Dalam aspek sosial, sukan permainan akan meningkatkan kemahiran bertutur dalam diri murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid- murid autisme dan disleksia yang lebih gemar menyendiri. Melalui aktiviti seperti ini, mereka akan dapat bercakap lebih banyak semasa aktiviti sukan dijalankan. Sekurang-kurangnya aktiviti sukan dan permainan 8. 8 mampu memberi mereka peluang untuk bertutur dengan kawan-kawan mahupun para guru yang menjadi orang yang boleh berinteraksi selain ibu bapa di rumah. Murid-murid juga akan dapat belajar cara berhubung dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur terutamanya dengan masyarakat sekeliling. iii) Emosi Sukan dan permainan juga mampu memberikan impak yang positif kepada elemen emosi dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Melalui bermain mereka akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah. Semasa aktivit permainan dijalankan, mereka akan dapat membuang rasa bosan kerana mereka menjalankan rutin yang sama iaitu pergi ke sekolah dan balik rumah serta pada waktu malam akan tidur awal. Selain itu, aktiviti permainan ini jug dapat mengajar mereka erti kalah dan menang dalam pertandingan. Hal ini akan memberi mereka kesedaran bagaimana mengawal perasaan jika menang mahupun kalah. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan bersikap panas baran jika kalah kerana disini meraka dilatih oleh guru dan mereka akan menerima kekalahan atau kemenangan itu dengan tenang. iv) Kognitif Bermain boleh merangsang murrid-murid berkeperluan khas untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini mereka akan menjadi lebih kreatif. Contohnya, semasa sukan bola tampar mereka akan belajar cara untuk menampar bola dengan betul untuk mendapatkan mata. Daripada ini, mereka dengan sendirinya 9. 9 akan secara tidak langsung akan berfikir dengan kreatif cara untuk mengalahkan pihak lawan. Daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan dalam sukan seperti ini. Secara ringkas, sukan permainan adalah penting dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. (b) Rekreasi Rekreasi merupakan perkataan Latin iaitu recreatio yang bermaksud menyegarkan. Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Rekreasi juga merupakan aktiviti yang menyihatkan bagi semua golongan masyarakat dari segi mental dan fizikal. Rekreasi ini juga boleh dilakukan secara berulang bagi mengurangkan tekanan, meluahkan perasaan dan juga menikmati keindahan alam serta berehat sebentar daripada rutin harian yang membebankan. Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi amat disokong kerana ia dapat memberi faedah-faedah yang boleh meningkatkan kualiti hidup mereka suatu hari nanti. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti rekreasi ini dapat membantu dari segi : i) Fizikal Rekreasi juga mampu memberikan faedah dari segi fizikal iaitu dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus. Dari segi motor kasar, sebagai contoh semasa melakukan perkhemahan pada waktu pagi sudah semestinya murid-murid akan melakukan aktiviti senaman pagi. Dalam aktiviti ini, pergerakan otot mampu digerakkan bagi menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan peluh. Mereka biasanya akan 10. 10 melakukan aktiviti pergerakan anggota badan dari kepala sehinggalah ke kaki. Di sini, motor kasar akan dapat dipertingkatkan dengan kaedah penghayatan dan juga melakukan sendiri aktiviti ini bersama rakan-rakan. Dari segi motor halus murid-murid diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti bersama. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti berkayak, menunggang kuda dan bekhemah boleh menguatkan otot serta, koordinasi, fleksibiliti , posisi badan serta meningkatkan focus membuat sesuatu perkara. ii) Sosial Rekreasi juga mampu meningkatkan elemen sosial dalam diri kanak- kanak berkeperluan khas kerana banyak aktiviti rekreasi yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dan berkerjasama antara satu sama lain bagi melakukan aktiviti seperti mendirikan khemah, menyalakan ungun api dan mengayuh kayak. Selain itu, dengan melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan semua guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik. Oleh itu, pelajar dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi. iii) Emosi Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan, menambah keyakinanan diri, bersedia menerima risiko, bersemngat dan berani. Selain itu mereka meresa bangga akan pencapaian dalam aktiviti 11. 11 tersebut sekaligus meningkatkan perasaan seronok untuk menyertai semula aktiviti rekreasi tersebut. Perkhemahan dapat menenangkan fikiran murid-murid serta mereka akan bersikap ceria dan melupai perkara yang tidak baik. Apabila murid-murid berkeperluan khas ini menjalankan aktiviti rekreasi seperti latihan dalam kumpulan mereka akan dibahagikan kumpulan secara rawak. Disebabkan itu dalam satu kumpulan akan ada murid yang berbeza, latar belakang, jantina dan etnik. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan bahawa : Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat. iv) Kognitif Rekreasi sememangnya akan membentuk daya pemikiran yang sangat kreatif kepada murid-murid. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan demi memberi mereka peluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Contohnya, ketika mendirikan khemah, mereka hendaklah mempunyai perlatan yang lengkap untuk membina khemah. Jika tidak lengkap, mereka akan berfikir cara alternatif bagi menyiapkan khemah mereka dengan mungkin mengambil kayu dari hutan. ( c ) Muzik Sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang. Muzik merupakan seni bunti atau media yang melibatkan penggunaan alat muzik atau suara. Dalam meningkatkan kualiti hidup, muzik 12. 12 merupakan elemen yang sangat penting kerana muzik dipercayai dapat menenangkan fikiran seseorang. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana muzik ini dapat membantu dari segi : i) Fizikal Apabila murid-murid mendengar muzik, mereka akan mengerakkan badan mengikut rentak irama. Sebenarnya, sistem saraf utama akan terus melalui system saraf deria rasa dan seterusnya ke otak untuk diproses iaitu memberi isyarat untuk menari atau menggerakkan badan ketika mendengar lagu. Proses ini sangat bagus kerana menghubungkan sel-sel otak murid-murid berkeperluan khas. Selain itu juga, terdapat gelombang bunyi terus ke saraf motor dengan melalui tulang belakang yang menyebabkan otot-otot bergerak mengikut isyarat yang diterima iaitu berbeza daripada penerangan sebelum ini di mana ia menerima tanpa arahan terus dari otak. ii) Sosial Dari segi sosial, melalui muzik mereka akan dapat berinteraksi dengan para guru, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling termasuklah keluarga. Contohnya, semasa menyanyi mereka akan berlatih berkali-kali untuk mencapai ton suara yang sesuai. Daripada latihan ini, berlakulah interaksi sosial antara para guru dan murid-murid dengan secara tidak langsung. Oleh itu, muzik boleh meningkatkan kemahiran bertutur dengan berinteraksi jika murid-murid hendak bertanya soalan cara untuk bermain alat muzik dengan betul kepada guru mahupun masyarakat sekeliling. ( d ) Seni suaian 13. 13 Seni memberi maksud yang subjektif kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain. Menurut Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa : Manusia yang dilahirkan dengan potensi dalam tujuh jenis kecerdasan. Melalui terapi seni, ia akan dapat meningkatkan dan memperkembangkan bakat serta potensi kanak-kanak berkeperluan khas. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana seni suaian ini dapat membantu dari segi: i) Fizikal Sesungguhnya seni suaian ini mampu memberi impak positif dalam elemen fizikal kerana semasa aktiviti seni dijalankan, motor kasar dan motor halus boleh ditingkatkan. Contohnya, semasa aktiviti melukis dan mewarna, tangan mereka dapat digerakkan dengan mudah dan pergerakkan tangan ini mampu meningkatkan motor halus terutamanya kanak-kanak yang menghidapi penyakit cerebelum palsy yang tidak dapat menggerekkan tangan dan anggota tubuh yang lain. ii) Kognitif Aktiviti seperti melukis dapat meningkatkan daya pemikiran dan imaginasi. Apabila guru mengarahkan mereka untuk melukis sesuatu seperti bunga, murid-murid akan dapat mengambarkan bentuk, saiz dan warna bunga terutamanya bunga yang mempunyai warna yang terang seperti bunga tulip, bunga raya, dan bunga teratai. iii) Sosial Elemen sosial juga dapat diterapkan semasa aktiviti seni suaian dilakukan. Contohnya, semasa guru membawa mereka keluar dari bilik darjah untuk 14. 14 melukis di pondok, mereka akan berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan. Mereka mungkin akan bertanyakan soalan kepada rakan-rakan tentang topik yang dipelajari dan proses ini boleh meningkatkan kemahiran bertutur dan elemen sosial dalam diri mereka. Hal ini amat membantu terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi seperti autisme. iv) Emosi Seni suaian ini dapat membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal.Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan, emosi mereka melalui seni. Mereka tidak akan berasa malu dan berasa yakin untuk belajar. 15. 15 4.0 REFLEKSI REFLEKSI OLEH : ALEXSON ANAK HAWELL Menurut Dewej, J (1993) di dalam buku How We Think mentafsirkan refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi masalah dan bakal menyelesaikannya secara praktik. Di dalam buku How We Think yang ditulis oleh Dewej, J pada muka surat 9, pemikiran refleksi ialah "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the li...</p>