Reality therapi SITUASI

  • View
    930

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Transcript

  • 1. Klien lebih senang dikenali dengan nama Alin (bukan nama sebenar), berumur 13 tahun dan berbangsa Melayu. Mempunyai hobi melukis jika ada masa lapang dan membaca buku cerita. Klien merupakan anak yang ke empat daripada lima orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai Pembantu Am Rendah manakala ibunya hanya sebagai surirumah sepenuh masa yang membantu keluarga dengan membuat kuih muih dan menjualnya setiap pagi. Kini klien menetap di asrama dan pulang ke rumah ibu bapanya setiap bulan di Teluk Intan, Perak. Klien merupakan seorang pelajar yang sederhana dalam akademik dan diterima masuk ke sekolah ini setelah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan PMRnya nanti bagi menandingi abangnya
  • 2. Klien mempunyai sedikit masalah dengan rakan- rakannya yang menyebabkan kebanyakan rakan-rakannya menjauhkan diri daripadanya. Mempunyai kawan baik tetapi tinggal sekampung dengannya. Di sekolah ini, klien tidak mempunyai kawan baik. Sepanjang sesi, dapat dilihat bahawa penerapan agama dalam diri klien adalah baik kerana sepanjang sesi juga klien ada menyebut akan unsur-unsur agama dalam butir bicaranya. Ibu bapanya juga kelihatan memberi didikan yang baik dalam agama. Klien boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar yang sederhana besar. Berat badannya 47 kg. Namun begitu, klien mempunyai masalah migrain yang menyerangnya agak teruk dan kerap hingga ada di antara rakan-rakannya yang bosan dengan migrainnya itu.
  • 3. Model dan PendekatanBagi kes ini pendekatan Terapi Realiti digunakan dimana terapi ini telah diutarakan oleh William Glasserdi mana terapi ini kaunselor bertindak secara aktif,mengarah, didaktik dan kognitif. Di samping itu, iajuga mengikat kontrak dengan klien di dalam usahaklien untuk mengubah tingkah lakunya. Dalam terapiini, ia langsung tidak memperdulikan peristiwa-peristiwa masa lampau dan tidak juga memberiperhatian atau fokus kepada sikap, celik akalataupun motivasi-motivasi tidak sedar.
  • 4. Menurut Amir Awang (1989), terapis realiti yakin yang kliennya mempunyai keupayaan- keupayaan tertentu untuk melakukan sesuatu pada masa kini bagi mengubah tingkah lakunya. Terapis juga yakin tentang adanya komitmen di dalam diri klien untuk mengubah, untuk merancangkan rancangan-rancangan tindakan dan seterusnya untuk melakukan tindakan- tindakan yang dirancangkan itu.
  • 5. Terapi realiti mempercayai bahawa setiap individu, biar apa sekali pun latar kebudayaannya, mempunyai satu keperluan pokok iaitu keperluan untuk mempunyai identiti. Identiti yang dipunyai oleh seseorang itu berbeza dengan identiti yang dipunyai oleh orang lain, dan perbezaan-perbezaan ini dapat dilihat dari segi tingkah laku, perasaan, pemikiran, destini dan lain-lain lagi.
  • 6. Walaupun wujud perbezaan-perbezaan seperti dinyatakan, namun bagi terapi realiti, kita boleh menggolongkan identiti ini kepada dua golongan iaitu: - identiti berjaya - identiti gagal Semua orang akan tergolong ke dalam salah satu daripada dua golongan ini. Sungguhpun begitu, semua orang akan berusaha ke arah mencapai identiti berjaya kerana ia memberikan rasa kepuasan dan keselesaan manakala identiti gagal akan membawa perasaan-perasaan yang tidak enak, dan yang menyakitkan.
  • 7. Identiti berjaya atau identiti gagal ini terhasil melalui tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan yang dibuat sendiri oleh individu yang berkenaan. Oleh yang demikian, dia sendirilah yang mempunyai segala keupayaan untuk mengubah identitinya dan untuk mengubah identitinya, ia hendaklah mengubah tingkah lakunya. Di samping kepercayaan atau andaian itu, terapi realiti juga yakin bahawa di dalam diri setiap individu itu terdapat tenaga untuk berkembang. Tenaga inilah yang akan sentiasa mendorong individu untuk berfikir, merasa dan bertindak dengan cara-cara tertentu yang akhirnya akan membawa kepada identiti berjaya atau identiti gagal. Masalah penyesuaian yang dihadapi oleh individu itu timbul dari kegagalan individu untuk memenuhi keperluan- keperluannya. Tanda-tanda kegagalan ini menjelma di dalam, berbagai bentuk. Tanda-tanda ini akan luput bila sahaja individu berjaya memenuhi keperluan-keperluannya.
  • 8. Masalah utama yang dihadapi oleh klien ialah tentang penyesuaian dirinya terhadap persekitarannya. Klien yang pertama kali tinggal di asrama merasakan dirinya tidak diterima oleh rakan-rakan lain kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Klien merasa rendah diri bila dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Klien merasakan saiz tubuh badannya yang agak kecil itu mempengaruhi sikap rakan-rakan terhadap dirinya apatah lagi ada di antara mereka yang menegur akan badan klien yang berbau. Ini antara penyebab klien akan mengasingkan diri dan kurang bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
  • 9. Klien telah mencipta identiti gagalnya dengan membentuk tingkah laku yang berupa pengasingan. Apa yang dikatakan oleh rakan-rakan tidak diterimanya dengan positif tetapi menganggap ianya sebagai satu cercaan dan penghinaan dan ini menyebabkan klien berasa sangat rendah diri. Pengasingan ini adalah tindakan dan keputusan yang dipilih oleh klien dan kini masalah mula timbul apabila klien tidak mempunyai sesiapa sebagai tempat untuk berbincang tentang pelajaran mahupun masalahnya. Keadaan dirinya menyebabkan klien malu untuk memulakan sebarang persahabatan. Masalah yang timbul akibat pengasingan inilah yang menyebabkan tenaga untuk berkembang klien mula terbentuk. Tenaga inilah yang mendorong individu untuk berfikir, merasa dan bertindak dengan cara yang dipilih klien yang akhirnya membawa kepada identiti gagal klien. Emosi klien kini terganggu adalah hasil daripada tingkah laku yang tidak sesuai atau tidak kena.
  • 10. Menurut Sabariah Siron (2005), apabila identiti gagal klien telah dikenal pasti, kaunselor perlu membina semula konsep dalam identiti gagal klien agar identiti berjaya dapat dibentuk. Ini adalah sangat penting kerana seseorang yang mempunyai identiti kejayaan dapat melihat diri mereka boleh memberi dan menerima kasih sayang, merasa mereka adalah signifikan kepada orang lain, merasa berkuasa, mempunyai perasaan diri yang berguna, memenuhi kehendak diri tanpa mengganggu orang lain. Terapi realiti menekankan konsep tanggungjawab yang didefiniskan sebagai tingkah laku untuk memenuhi keperluan seseorang tanpa mengganggu orang lain. Seseorang yang bertanggungjawab mempunyai autonomi ke atas diri sendiri kerana ia memenuhi keperluan dan matlamat hidupnya.
  • 11. Kaunselor perlu menolong klien sedar dan selepas itu menolong klien untuk meningkatkan tahap kesedaran itu. Setelah klien sedar tentang tingkah lakunya yang tidak berkesan untuk mengawal dunianya, ia akan lebih terbuka kepada alternatif cara untuk bertingkah laku. Oleh itu, terapi realiti lebih kepada mengajar klien cara yang lebih berkesan untuk menangani dunia (Corey, 1999). Asas utama terapi realiti adalah menolong klien menilai sama ada keperluannya realisitk dan sama ada tingkah lakunya dapat menolongnya. Klien perlu membuat keputusan jika apa yang dilakukan tidak berkesan untuk memenuhi keperluannya. Dia juga perlu menentukan apakah perubahan-perubahan tingkah laku yang ia patut lakukan. Selepas membuat penilaian ini, ia akan dibantu oleh terapis untuk membuat perancangan untuk berubah.
  • 12. Dalam sesi pertama ini, seperti kebiasaannya, kaunselor akan membina hubungan terlebih dahulu memandangkan ini adalah kali pertama klien berjumpa dengan kaunselor. Secara tidak langsung hubungan yang mesra nanti tidak menyebabkan klien kekok dalam meluahkan permasalahannya. Penerokaan dibuat selepas kaunselor yakin bahawa klien semakin mesra dan tidak takut-takut dan malu- malu. Menurut Glasser (1992), prosedur ke arah perubahan adalah berdasarkan kepada andaian bahawa manusia dimotivasikan untuk berubah apabila: