SIRAH: HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH

  • View
    2.899

  • Download
    2

Embed Size (px)

Transcript

  • 1. HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH

2. Maksud @ makna hijrah.. Hajara ) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain @ berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Istilah meninggalkan sesuatu yang dilarang. 3. Hijrah yang dituntut pada masa kini ialah: 1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an- Nasai daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah? Baginda menjawab (maksudnya), Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya. 4. 2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Muawiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya), Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain) 5. Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya), Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi. (Riwayat Ahmad) 6. 3. Memberi sedekah. Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya), Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta? Badwi itu menjawab, Ya. Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, Adakah kamu mengeluarkan zakatnya? Dia menjawab, Ya. Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya? Dia menjawab, Ya. Lalu baginda bersabda (maksudnya), 7. Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun. Ketika mensyarahkan Hadis ini, al-Hafidz Ibn Hajar berkata, Hadis ini menunjukkan kelebihan mengeluarkan zakat unta, iaitu dengan mengeluarkan hak Allah pada unta itu menyamai kelebihan hijrah. Hadis ini juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang menetap di negerinya dengan menunaikan zakat unta, akan memperoleh ganjaran hijrah dan menetap di Madinah. 8. Berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. (Hadis riwayat Abu Dawud) Hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci Hijrah orang Islam dari Mekah ke Yathrib (Madinah) bermula 1 muharram 1 hijrah dari tarikh itulah bermulanya tahun Islam (tahun Hijriah) 9. Strategi Hijrah Rasulullah SAW Menurut Stone dan Wankel dalam buku Pengurusan (terjemahan Ibrahim Yaakub,1986) menyatakan perancangan strategik ialah proses perancangan jangka panjang bagi sesuatu organisasi membentuk wawasan, dasar, hala tuju, membuat keputusan dan pelan tindakan untuk mencapai matlamat tertentu. Kelebihan besar perancangan strategik ialah sesuatu organisasi itu dapat memberi keyakinan tinggi dan meletakkan matlamat jelas kepada pekerja atau tenaga penggerak terhadap sesuatu program dilaksanakan. 10. Membina masjid ~Masjid berfungsi sebagai ~Tempat perhimpunan umat islam untuk berbincang dan sebagai pusat pengajian ~Tempat tinggal bagi mereka yang tiada kediaman ~Tempat beribadat 11. Memperkenalkan Piagam Madinah dengan tujuan menyatupadukan masyarakat madinah yang terdiri daripada golongan Islam , Yahudi dan Arab bukan Islam Membangunkan kota Madinah berdasarkan aspek ekonomi, politik dan sosial Sumber perundangan islam ialah al-Quran, hadis, ijmak dan qias Memperkenalkan konsep persamaan antara manusia Menghapuskan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin 12. Kepentingan hijrah SECARA UMUM Mematuhi perintah Allah menerusi wahyu - Menuntut keredhaan Allah bagi menegakkan agamanya. Bidang ketenteraan islam berkembang dengan cepat dan berjaya menguasai dunia Membentuk masyarakat yang bersatu padu yang dipandang tinggi oleh ummah - Masyarakat ummah yang mencerminkan keagungan ajaran sosial dan keadilan kepada semua, tidak kira agama, bangsa dan keturunan 13. Sistem ekonomi islam dapat diwujudkan dan dipraktikkan sepenuhnya di Madinah - Islam mengharamkan riba, penipuan dan rasuah yang sering diamalakan oleh masyarakat Arab Jahiliyah Melahirkan tahun hijrah dalam taqwim (kalendar) islam. - Penetuan tahun hijrah dibuat pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al khattab iaitu pada tahun ke -17 hijrah (638 M) 14. PEMBANGUNAN JIWA Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud : 'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku'. Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. 15. PEMBANGUNAN MENTAL/PEMIKIRAN Akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Bermusyawarah dan berbincang akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Islam menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Firman Allah s.w.t dalam surah an- Nahl ayat 125 bermaksud : 'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'. 16. PEMBANGUNAN FIZIKAL/ TUBUH BADAN Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 : 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya' 17. SEKIAN Segala ilmu yang baik datang daripada Allah SWT dan segala kekurangan dalam penyampaian ilmu itu adalah kelemahan kami sendiri, namun semua itu datang dengan izin- Nya jua WAALLAHUALAM BISSAWAB (TAK DA ILMU TAK LEH JAWAB :D XD BD)