Pantun permainan cari perkataan

  • Published on
    24-Jul-2015

  • View
    581

  • Download
    10

Transcript

Slide 1

PANTUN EMPAT KERAT PERMAINAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYIDISEDIAKAN OLEH : HASYIMAH, AISYAH, HALIMAH, EMYLIANA, AZILAH

BSS3073 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSANDR. NORAZIIMAH ZAKARIAKUMPULAN BPantun 1Pakai baju warna biru,Pergi ke sekolah pukul satu;Murid sentiasa hormat guru,Kerana guru pembekal ilmu.Jawapan :Hormat Pantun 2Dua tiga kucing berlari,Mana nak sama si kucing belang;Jika tidak menjaga bumi,Nanti datang bencana alam.Jawapan :Bertanggungjawab Pantun 3Pergi mendaki Gunung Daik,Hendak menjerat kancil dan rusa;Bergotong-royong amalan yang baik,Elok diamalkan setiap masa.Jawapan :Bekerjasama Pantun 4Budak-budak berkejar-kejar,Rasa gembira bermain di sana;Kalau kita rajin belajar, Tentu kita akan berjaya.Jawapan :Rajin Pantun 5Kelapa tua dibelah-belah,Sudah dibelah lalu dikukur;Sungguh banyak nikmat Allah,Sifat mulia pandai bersyukur.Jawapan :Bersyukur Pantun 6Ubat ini sangat masyhur,Diminum dengan air hangat;Jadi anak hendaklah jujur,Hidup tenang dunia akhirat.Jawapan :Jujur Pantun 7Terik mentari enak berenang,Sambil makan buah kelapa;Berbuat baik menolong orang,Pasti dapat banyak pahala.Jawapan :Tolong-menolongPantun 8Sungguh terang cahaya bulan,Bulan mengambang tampak menawan;Hendaklah sabar menempuh dugaan,Hidup memang banyak cabaran.Jawapan :Sabar Pantun 9Bangun pagi pergi ke sungai,Bawa umpan pancing ikan keli;Harta di dunia tiada nilai,Jika dibanding ikhlas di hati.Jawapan :Ikhlas Pantun 10Pergi rumah Pak Ali makan biskut,Siti berlari kejar rama-rama;Bukan kami kaki penakut,Berani kami korbankan nyawa.Jawapan :Berani TAHNIAH