Langkah langkah

  • Published on
    19-Jun-2015

  • View
    493

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sports

Transcript

<ul><li> 1. Langkah-langkah untuk Menjaga Alam SekitarAlam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dannegara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungaidan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidakbertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai -sungai,penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukanhanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu,untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.Langkah-langkah yang boleh diambil adalahmelalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentukcara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentangisu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini keranatelevisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiappelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentangkeadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untukmenjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentangisu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaranini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakanmedia tersebut berbanding media-media lain.Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempenyang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alamdan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjagaalam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang</li></ul><p> 2. memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan penggunasupaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapatberjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotorboleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapatmengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupanhijau di bumi ini.Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialahmelalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikattertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalampelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologidan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-gurusekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal inipenting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajarmelalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankanagar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkattinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi danhubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapatdipupuk dalam diri pelajar .Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untukmengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapatmengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologimoden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahanminyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semulabahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahanplastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusansisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasangpada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadargas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara disekeliling. 3. Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikutpertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentangbetapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkansemula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukankerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memeliharaalam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitardaripada terus tercemar.Punca Berlakunya Pencemaran Alam SekitarAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuanmencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekelilingdan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yangmembawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifatfizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yangmeliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untukmasalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. 4. Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidakbertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untukmenjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnyamembuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkinmereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisamakanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yangbersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengansampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasipengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannyakilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksiktersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengankawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskanasap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaranudara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawabdan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang merekacipta sendiri. 5. Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabilapihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan,mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbulterutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dankeuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akandijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yangakan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akanmenghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologitinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projekpembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jikatanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merahmengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskantahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yangseterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dankapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaranalam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaanakan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jikapeningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahappencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaanbilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untukbergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramaimenggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan 6. di jalan raya.Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dandaya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepasatau mendarat terutama dikawasan perumahan yangberhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan dayapendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor jugamenjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.Antara punca lain penyebab berlakunyapencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokoktua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanamansemula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secaraterbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dankesihatan manusia.Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salahsatu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnyamembuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak denganmengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangatpenting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripad 7. a pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspekinilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambillangkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaranalam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikankehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam SekitarKesan Pencemaran Alam Sekitar 1Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Diantara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadapudara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa kesemasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.Pencemaran udara memberi kesan yang sangat burukterhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga caraiaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas,gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar 8. sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan denganadanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomisebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan haiwanakan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka.Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan.Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akanmenyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangannyawa kerana bahan bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut.Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumiini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalamalat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkanlebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahariboleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaranmatahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutubbumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. 9. Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkanterbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogenoksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen(NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera danseterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pulabergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-samadengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan danjuga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu,asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang danmenjadikannya tidak subur.Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia padamasa...</p>